Friday 4 January 2013

Tokoh-tokoh Yahudi Yang Merosakan Pemikiran (Part 2)




SEORANG psikologi kelihatan sungguh resah. Ia diberitahu ada ahli psikologi muslim yang baru saja berjaya menasihati seorang ibu yang mempunyai seorang anak. Masalahnya, mungkin sesuatu yang biasa ataupun tidak.

Ahli psikologi muslim itu menerima aduan “unik” dari penjaga tersebut yang memiliki anak berusia tiga tahun.

Rupanya anak ini memiliki sesuatu yang luar biasa. Ia sering kelihatan tidak tenang, mudah marah dan, juga menyimpan kelakuan yang begitu aneh iaitu kerap menggaruk-garuk (maaf ingin saya katakan) kemaluannya. Lalu sebagai seorang psikatri muslim, kepada penjaga si anak itu, dia mengatakan bahawa tingkah laku sang anak adalah normal. Dengan ilmu psikologinya, ia menganalisis dan memberitahu bahawa perangai anak kecil itu disebabkan anak sedang menjalani tahap perkembangan seksual yang normal pada masa mumaiz. “Itu biasa, puan. Puan tidak usah khuatir akan tindakan anak puan itu,” lebih kurang begitulah pesan yang diberikan oleh ahli psikatri muslim kepada ibu yang sangat risau akan tindakan anaknya yang masih kecil itu.
Mendengar cerita ini, ahli psikatri tadi tercengang. Ia hairan mendapati seorang seorang ahli psikatri muslim memberi nasihat dengan kata-kata seperti itu. Bagaimana tidak? Nasihat ahli psikatri muslim itu tadi nyata merupakan teori-teori yang dikeluarkan Freud.
Sigmund Freud (1856-1938) adalah ahli psikologi Yahudi yang menyatakan bahwa kepuasaan peningkatan seksual seorang anak pada usia ini diperoleh dengan cara menahan dan mengeluarkan kotoran. Hal itu sedikit sebanyak membuatkan seorang anak itu kerap menggaruk kemaluannya berkali-kali sebagai sebuah kepuasan kepada dirinya. Freud memang beranggapan sumber kebahagiaan manusia bukanlah agama, namun seksualiti. Agama justru sebaliknya. Ia adalah ilusi. Ilusi yang sengaja diciptakan manusia dari mimpii-mimpinya. Seperti jika kita berdoa, kita tahu Tuhan tidak mampu dilihat, tapi sengaja "dihadirkan" manusia agar yakin doa mereka dimakbulkan
Kisah diatas pernah dibacakan oleh DR. Malik Badri pada tahun 1975 alam pertemuan tahunan ke-4 Kumpulan Ilmuwan Sosial Muslim (AMSS) Amerika dan Kanada.DR. Malik Badri sendiri adalah seorang ahli akademik muslim yang berasal dari Sudan yang kini mengajar di Fakulti Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Saat itu, secara lantang ia membawakan majalah berjudul “Psikologi Muslim dalam Liang Biawak”. Tulisan itu sendiri telah menggoncang denyut nadi setiap ilmuwan muslim yang bersekularisme (secara tidak sedar) yang melanda mereka.
Kata DR. Malik Badri juga, penggunaan ayat “dalam liang biawak” sengaja dipakai kerana bersumber dari hadis terkenal Nabi Muhammad SAW ketika baginda Rasulullah S.A.W meramalkan bahawa akan tiba saatnya nanti orang-orang Islam secara membabi buta mengikuti cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian). “Hal ini dengan indahnya diungkapkan dalam hadis nabi: bahkan jika mereka masuk dalam lubang biawak sekalipun, orang Islam tanpa berfikir panjang akan mengikutinya,” nyata DR. Malik Badri pada majalah yang kini telah menjadi buku berjudul Dilema Psikologi Muslim.
Rupanya inflitrasi teori dari seorang pengikut mazhab Hasidisme Yahudi bernama Sigmund Freud itu betul-betul memperjudikan maruah dan harga diri seorang gadis. Tengoklah perkembangan idea yang digariskannya pada teori  penis envy miliknya.
Menurut Freud, seorang anak gadis kecil yang berusia tiga tahun memiliki sikap "jealous" pada anak lelaki. Mereka berubah menjadi "self-minder" kerana merasa iri hati kerana tidak memiliki kemaluan seperti seorang budak laki-laki. Mulai detik itu, kata Freud, perempuan mulai membenci dirinya. Ada perasaan tidak adil meliputi hati setiap gadis cilik. Mereka tidak dapat menerima nasib yang telah ditakdirkan Tuhan . Seterusnya, terang psikatri Yahudi itu, jika hal ini tidak diatasi, anak cenderung menjadi self-introvert dan rendah diri pada masa dewasanya. Jadi masa silam amat memberi impak pada kehidupan yang mendatang.
Tidak hanya itu, Freud juga mengulas tentang kepribadian seorang gadis kecil seperti "merendahkan/memalukan" mereka. Ulas Freud, anak perempuan yang berusia tiga tahun memiliki keinginan untuk meniduri ayahnya, ya dalam kata-erti sebenarnya. Perasaan sayang terhadap ayah membuak-buak, menyebabkan sang kecil mempunyai kedengkian terhadap seorang ibu. Inilah yang kemudian menjadi "perkara-penting" dalam dunia psikologi pada abad ke-20  dan dikenali sebagai Kompleks Oedipus.

Zakaria Ibrahim dalam bukunya Psikologi Wanita memberikan suatu fakta yang lebih menyedihkan lagi. Ia menemukan bahawa sebahagian psikologi yang melibatkan proses inilah yang menyebabkan kenapa banyak anak perempuan suka menyiram pokok bunga atau berkebun. Sebab dengan memegang selang air atau gagang penyiram, anak perempuan merasakan seolah-seolah sedang memegang kemaluan dan kencing dengan jarak yang jauh. Pernahkah kita mendengar kisah Havlock Ellis tentang seorang pesakit wanita yang tersentak begitu mendengar suara pancuran air pancut? Ya kira-kira seperti itu idea  Freud.
Rupanya idea Freud tidak semanis seperti yang ia bayangkan. Daniel Goleman, bekas peengkaji sains tingkah laku di New York Times mengatakan bahawa gambaran Freud tentang diri manusia merupakan model paling dekat yang dapat diraih peradaban Barat. Di Seville, Spanyol pada tahun 1986 sekelompok ilmuwan berjumpa, termasuk ahli-ahli psikologi, ilmuwan syaraf, ahli genetik, antropologi, dan ilmuwan politik, dan menyatakan bahawa tidak ada dasar ilmiah bagi anggapan bahawa manusia seperti yang digambarkan oleh Freud. Freud dinilai mengada-adakan dan terlalu memaksa percepatan proses kedewasaan psikologi manusia bahawa anak berumur tiga tahun sudah mempunyai berahi tinggi untuk meniduri orang tuanya.
Bahkan Ibrahim al-Jamal, dalam bukunya Penyakit-penyakit Hati menemukan suatu penemuan yang berbeza dalam Oedipus Kompleks. Menurutnya, perkara yang terjadi sebenarnya adalah pembalikan dari skema anak-ibu dalam Oedipus Kompleks. Selama ini kita kenal bahawa kompleks tak lazim ini berpusat  daripada aktiviti erotik sang anak terhadap ibu atau ayahnya. Namun kita tak dapat mengelak sekiranya terjadi  sesuatu yang agak jarang jika seorang ibu yang sangat mencintai anaknya, hingga keduanya mengalami masalah psikologi.
Inilah gambaran orang yang tidak memiliki iman. Bahawa manusia seakan-akan amat mudah dikaburi oleh nafsu jasmaninya. Padahal, dalam tiap diri manusia telah tertanam sebuah fitrah. Ia diberi anugerah untuk bisa membezakan mana yang haq dan mana yang bathil. Bahkan dengan kesungguhannya ia mampu melawan sifat negatifnya itu.

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan sentiasa mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram[QS. 13:28]

AHAD, (29/7/2012), saya bertemu dengan salah seorang 
Calon Doktor Falsafah di Belgorad State University. Beliau menjelaskan pengalaman-pengalaman uniknya selama menetap di Rusia. Khususnya pandangannya terhadap seks bebas di Negera Komunis tersebut.
Lelaki 40-an itu mengatakan pada saya bahawa Rusia untuk urusan seks tidak jauh berbeza dengan di mana-mana buah negara lain di dunia. Kerana sepanjang hubungan itu dilakukan atas dasar suka sama suka, maka tidak akan terjadi suatu masalah. Masalah baru terjadi ketika cinta dilakukan dengan adanya unsur pemaksaan. “Seperti pemerkosaan,” katanya.
Maka tidak hairanlah meski ada jabatan pernikahan & perkahwinan, tapi gelombang perzinaan betul-betul menular di Negara Eropah itu. Rusia bukanlah negeri tanpa agama, tapi mereka bukanlah negara yang menjadikan agama sebagai sumber undang-undang. Agama Kristian di Rusia juga dikatakan telah atau hampir mati serta pupus di dalam diri masyarakat di sana.
Mendengar pernyataan dari Calon Doktor Falsafah dari Russia itu, kita tentu ingat nama seorang Tokoh Yahudi bernama Lawrence Kohlberg (1927-1987). Bagi anda yang aktif dalam bidang pendidikan mahupun psikologi tentu tidak asing mendengar nama professor dari Amerika Syarikat (USA) tersebut. Ia adalah tokoh yang memegang kunci di sebalik kejayaan suatu program yang dikenali "character-education".
Perspektif Karakter dalam kamus rujukan Kohlberg memang bermasalah. Bagi pendidikan karakter,seorang anak yang melakukan hubungan seks tidak tergolong dalam golongan sang-pendosa sepanjang masa itu jika dilakukan dengan penuh tanggungjawab. Ertinya, jika seorang perempuan hamil kerana hubungan haram tersebut, maka yang lelaki sedia untuk menjadi ayah kepada anak tersebut. Jadi Kohlberg mahu mengatakan bahawa yang jadi masalah bukan masalah hubungan zinanya, tetapi bentuk tanggungjawab yang ditunjukkan. Dalam pemahaman Islam, tentu ini suatu masalah besar.
Islam mengajar sesiapa sahaja yang melakukan perzinaan tanpa didahului hubungan pernikahan, maka dia tergolong dalam kumpulan dosa besar. Tidak diikuti jika ia mahu bertanggungjawab atau tidak. Pelaku perbuatan zina yang belum memenuhi kriteria al-muhshân (belum menikah), maka hukumannya adalah disebat sebanyak seratus kali. Ini adalah kesepakatan para ulamak berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah (sebatlah) tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera (sebatan)”. [An-Nûr/24:2]
Sedangkan pelaku perzinaan yang pernah menikah akan dikenakan hukum rejam (dibaling dengan batu) sampai mati. Hukuman ini berdasarkan al-Qur`an, hadits mutawatir dan ijma’ kaum muslimin. Ayat yang menjelaskan tentang hukuman rejam dalam al-Qur`an meski telah dihapus lafadznya namun hukumnya masih tetap dibuat. Umar bin Khatthab Radhiyallahu ‘anh menjelaskan dalam khuthbahnya :
“Sesungguhnya Allah telah menurunkan al-Qur`an kepada NabiNya dan diantara yang diturunkan kepada beliau adalah ayat Rejam. Kami telah membaca, memahami dan mengetahui ayat itu. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melaksanakan hukuman rejam dan kamipun telah melaksanakannya setelah beliau. Aku khawatir apabila zaman telah berlalu lama, akan ada orang-orang yang mengatakan: “Kami tidak mendapatkan hukuman rejam dalam kitab Allah!” sehingga mereka sesat lantaran meninggalkan kewajiban yang Allah Azza wa Jalla telah turunkan. Sungguh (hukuman) rejam adalah benar dan ada dalam kitab Allah untuk orang yang berzina apabila telah pernah menikah (al-Muhshân), bila telah terbukti dengan kesaksian atau kehamilan atau pengakuan sendiri”.
Kohlberg sendiri memilki jejak langkah dalam zionis yang kuat. Ketika Perang Dunia ke-II berakhir pada tahun 1945, Kohlberg melakukan perjalanan ke Eropah untuk melaksanakan misi pembentukan Negara Israel raya. Dia kemudian menjadi sukarelawan untuk membantu penyeludupan bangsa Yahudi keluar dari Eropah dengan melalui Britain ke Palestin. Atas keberaniannya itu, Kohlberg sempat ditangkap dan ditahan di Siprus. Kerana penyeludupan bangsa Yahudi ke Palestina termasuk  dalam jenayah Dunia pada masa itu. Namun barisan tentera Yahudi, Haganah, berjaya membebaskan Tokoh Pendidikan Karakter ini. Kohlberg pun berjaya dibebaskan dan kembali ke USA pada tahun 1948.
Kohlberg juga menemui ‘ilham’ dalam merancang pendidikan karakter dari Sistem Kibbutz di Israel. Sistem Kibbutz adalah sistem yang lebih serupa dengan sistem dalam konsep komunisme. Mengenai hal ini, Karl Marx pernah berkata bahawa ideologi dari para pendiri kibbutz sangat dipengaruhi oleh sosialisme dan zionisme. Dasar pendiriannya dipengaruhi oleh dua dasar ideologi ini: pengalaman pahit dengan antisemitisme yag terjadi di diaspora. Mereka juga dipengaruhi oleh sistem kemasyarakatan patriakhalis yang diwarisi dari Eropah Timur. Dari dasar inilah para pendiri kibbutz mempraktikkan di dalam pemukiman-pemukiman mereka. Mereka menganut sistem tidak ada kelas dalam masyarakatnya. Masing-masing dari anggotanya ‘memberikan apa bisa dia perbuat’ dan ‘akan mendapatkan akan apa yang dia perlukan” (Wikipedia)
Memang pada intinya sistem Kibbutz ini sangat kental mewarnai konsep "character-education" bahawa baik-buruk suatu nilai ditentukan dalam sebuah konsep yang disepakati manusia secara bersama-sama. Jadi Hukum Tuhan tidak diambil kira. Ianya serupa dengan negara komunis.
Oleh kerana, sangat wajar sekali jika Profesor Dadang Hawari, dalam dialognya masa lalu, mengatakan betapa hancurnya Amerika Syarikat sebagai sebuah negara. Karena perzinaan, homoseks, lesbianisme dimana-mana atas nama kebebasan melaksanakan Hak Asasi Manusia. Ya hak asasi untuk bebas dari aturan yang diciptakan Tuhan.







No comments:

Post a Comment