Sunday 14 December 2014

Bangsa Melayu, Pencipta Angka Kosong '0' Pertama Di Dunia?


Di dalam buku-buku teks yang kita atau anak-anak kita singkap dan pelajari pada hari ini mungkin menyatakan bahawasanya Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi atau lebih mudah digelar al-Khawarizmi yang telah mencipta sistem angka terutamanya nombor kosong ini. Sumber ini diperoleh melalui kajian dan pembacaan yang dibuat ke atas salah satu karya beliau yang dipanggil sebagai Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wal Muqabbala (837). al-Khawarizmi yang merupakan salah satu tokoh ilmu hisab atau matematik dunia sebenarnya bukanlah mencipta angka sifar '0', tetapi beliau telah memperkenalkan nombor ini di Iraq setelah lawatannya di India pada ketika itu.

Melalui hal ini Tamadun Eropah melalui Fabonacci atau dikenali dengan jolokan Leornado of Pisa, seorang pemikir Itali pada tahun 1202 telah memperkenalkan angka sifar di dalam karya beliau yang berjudul Liber Abaci . Angka zero atau cipher ini telah ditakrifkan oleh mereka sebagai "tiada apa-apa", "kod", "rahsia" mahupun "mesej rahsia" terkandung di dalam angka itu.



Bagaimanapun, melalui penelitian terhadap buku-buku seperti The Universal History of Number (1998) yang telah diterjemahkan dari hasil karya oleh George Ifrah, Histoire Universelle des Chiffres (1981). Nombor-nombor atau simbol-simbol kosong mungkin telah diguna pakai lebih awal di Alam Melayu. Di dalam buku tersebut, George menyebut beberapa nombor kosong telah ditemui tulisan-tulisan pada batu-batu bersurat sekitar Nusantara dan antaranya ialah prasasti tembaga Sankheda di India pada 594, Trapaeng Prei di Kemboja (683), Kedukan Bukit, Sumatera (683), Kota Kapor, Sumatera (686), Dinaya, Jawa (793), Po Nagar, Vietnam (813) dan Bakul, Vietnam (829). Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kajian yang telah dibuat oleh Joseph Needham, pengkaji sejarah China daalam buku beliau yang berjudul Science and Civilisation in China (1959). Needham menyatakan bahawa simbol ‘0’ sebenarnya ditemukan di bahagian timur tamadun India, iaitu bahagian yang paling hampir dengan China yang menganggap ‘0’ sebagai tempat kosong.

Pada tahun 1979, seorang profesor undangan di UUM, Frank J. Swetz pernah menyebut bahawa etnik Batak di Sumatera memiliki sistem angka merangkumi '0' yang lebih tua usianya daripada yang terdapat dalam sistem angka Hindu-Islam. Frank juga menyatakan bahawa bukti memperlihatkan 17 maklumat mengenai penemuan nombor '0' di alam Melayu berbanding hanya 7 maklumat sahaja yang dapat dikaitkan dengan penemuan angka kosong di India.

Terdapat juga dalam kalangan para pensyarah di Malaysia yang membahaskan mengenai perkara ini sehngga di peringkat antarbangsa. Antaranya ialah Dr Muhammad Alinor, Prof Dr Shaharir Mohamad Zain yang kini mengajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Abdul Latif Samian (UKM), Prof Datuk Dr Abdul Razak Salleh (UKM), Dr Mat Rofa Ismail (Universiti Putra Malaysia) dan beberapa pelajar mereka yang turut sama-sama membantu.

Penemuan bukti ini tidak boleh disangkal lagi apabila Amir Aczel, ahli Matematik US yang telah mendedikasikan hidupnya untuk mencari asal-usul bagi angka '0'. Beliau (Amir) berjaya menemui bukti mengenai penciptaan angka kosong di atas sebuah batu bersurat yang terdapat di dalam sebuah hutan di Kemboja. Beliau yang telah berkongsi kajian beliau di dalam The Huffington Post turut berkata: 

"Angka '0' bukan sahaja satu konsep kosong atau tiada apa-apa, yang membolehkan kita untuk melakukan aritmetik dan algebra dan untuk menentukan nombor negatif, tetapi ia juga merupakan salah satu peranti penting. Dalam peranan itu, sifar membolehkan asas-10 sistem nombor kita untuk hidup, supaya angka 10 yang sama boleh digunakan berkali-kali, pada kedudukan yang berbeza dalam nombor. Ini akhirnya telah menjadikan sistem nombor kita  lebih baik dan hebat. Tanpa angka sifar kita mungkin masih  terperangkap dalam Zaman Pertengahan!."

Tamadun Maya-Aztec di Amerika Tengah juga berjaya mencipta simbol ‘0’ ini yang mana ia menyerupai kulit siput. Namun mereka dipercayai tidak memindahkan pengetahuan itu kepada perabadan bangsa-bangsa lain sehingga diwarisi pada zaman moden dengan satu hipotesis. Namun bagi Amir Aczel pula, sistem '0' yang digunakan oleh tamadun tersebut tidak pernah digunakan oleh mana-mana tamadun lain yang terdapat di dunia. Amir Aczel juga meneruskan hujahnya bahwa tamadun-tamdun lain seperti Tamadun Rom dan Tamadun Mesir tidak memperlihatkan sebarang bukti bahawa tamadun-tamadun tersebut yang mengasaskan angka sifar yang digunakan pada hari ini.

Nombor '0' di atas batu bersurat yang ditemui di Kembuja
Amir Aczel dalam kajiannya turut memetik hasil kajian George Coedes, seorang ahli arkeologi Perancis yang menyatakan bahawa angka sifar sebenarnya datang daripada timur (Kemboja/Funan), yang mana hasil arkeologi yang telah membuktikan penggunaan angka '0' di Alam Melayu tersebut telah ditemui beliau dalam runtuhan sebuah kuil abad ke-7 di rantau Mekong. Aczel  turut menyatakan bahawa Coedes, seorang pakar dalam bahasa Khmer Purba, turut menterjemahkan penggunaan sifar yang pertama seperti di bawah:

"Chaka parigraha 605 pankami ROC ..." yang bermaksud "Era Chaka telah mencapai 605 pada hari kelima bulan menyusut ... ". Nombor '6' di sini muncul dalam bentuk terbalik '9', sebagaimana angka enam yang ditulis dalam Khmer Purba .

Dengan bukti-bukti di atas, jelaslah bahawa bangsa Melayu yang telah mencipta angka '0' yang pertama di dunia, atau lebih tepat lagi ciptaan masyarakat Funan/Chenla (sekarang Kemboja) atau masyarakat Empayar Sriwijaya (kerajaan agung Melayu) kerana terdapat bukti tambahan seperti perkataan tujuh (7) dan saribu (1000) telah turut ditemui pada batu bersurat Vo-Canh di Kemboja sekitar kurun keempat. Antara bukti-bukti lain yang ditemui termasuklah tiga perkataan pembilangan duaratus (200),sariwu tluratus sapulu dua (1312) dan dualaksa (20,000) pada prasasti Kedukan Bukit pada tahun 683, perkataan sapuluh dua (12) dan dua laksa(20,000) di prasasti Telaga Batu (Sumatera) pada 683.

Wednesday 12 November 2014

Perfectibilist & Illuminati (Origins)

Logo Perfectibilist
Assalamualaikum W.B.T (Please read this article with your language using google translate)

Ya, tentu ramai sekali yang mengenali dan mengetahui mengenai Illuminati. Namun berapa ramaikah yang mengenali struktur organisasi 'Perintah Perfectibilist'. Hmmm. Mungkin agak kurang yang mengenali organisasi rahsia ini. Sebenarnya memang sukar atau tidak pernah juga di antara anda yang pernah mendengar organisasi rahsia ini kerana ianya adalah nama lain bagi 'Perintah Illuminati' dan organisasi ini cenderung kepada bentuk kemanusiaan berasaskan sekularisasi, logik & sains.

Adam Weishaupt
Pada abad ke 18, Adam Weishaupt yang juga pengasas bagi organisasi rahsia Illuminati telah merancang bagi menamakan organisasi tersebut sebagai Perfectibilist, namun atas sebab2 yang tidak diketahui oleh ramai pihak organisasi Perfectibilist atau Perintah Bravian Illuminati diubah namanya kepada Illuminati yang telah dikenali oleh segenap penduduk di dunia. Bagaimanakah Adam Weishpaut ini bercita-cita besar untuk menubuhkan organisasi rahsia yang hari ini telah mengubah dunia ini kepada dunia ciptaannya. Mungkin saya terpaksa membawa anda ke zaman kecilnya. Ahhh sebenarnya, saya begitu benci untuk menceritakan sosok kisah musuh2 monoteis ini, tetapi ianya adalah sebuah sejarah yang perlu difahami dan dipelajari kerana dengan sejarah lah mereka2 ini berjaya menguasai kita dengan mudahnya.


Makhluk bernama Adam ini telah dilahirkan di Ingolstadt (Munich), Bravia, German. German ketika zaman kelahiran Adam bukanlah seperti negara2 Eropah2 yang wujud ketika tu. Negara tersebut berbeza kerana ia dikatakan belum wujud lagi namun ia telah diperintah serta dikuasai oleh seorang putera, duke (pemerintah  dutch/Belanda),  dikuasai juga oleh maharaja, dan ia dapat dikatakan menjadi tanah jajahan (imperial state) yang tidak mempunyai pemerintahan yang berdaulat. Tidak dengan itu sahaja, kawasan kelahiran Adam juga ketika itu dibawah kuasa pihak gereja dan pemilik2 tanah kaya. Natijahnya di sini, kawasan kelahiran pengasas Illuminati itu tidak memperlihatkan suatu kebebesan yang hakiki termasuklah hak bersuara, beragama (gereja memaksa rakyat untuk menyokonggereja), serta hak berdemokrasi (rajanya berkuku besi). Oleh yang demikian, keinginan beliau untuk mengubah semua itu semakin kuat walaupun ketika itu beliau masih lagi seorang kanak2.

Setelah kematian ayahnya, Adam telah diambil menjadi anak angkat oleh seorang dekan universiti di Ingolstadt. Perkara itu telah mendatangkan manfaat kepada beliau untuk meneruskan cita2 beliau kerana sebagai seorang anak kepada dekan universiti, dengan automatik beliau juga akan disuntik dengan semangat inkuiri yang juga mampu memberi suatu implikasi kepada cita2 beliau itu. Di Perpustakaan Baron lah Adam mula mencipta tangga bagi membina istana impiannya. Di peprpustakaan itu, ianya tidak menyimpan bahan2 bacaan yang boleh didapati di perpustakaan2 lain kerana perpustakaan tersebut banyak menyimpan bahan2 bacaan yang telah diharamkan penggunaannya serta pembacaannya di Bravia. Perpustakaan itu juga lah telah menjadi saksi Adam dalam mengenali idea2 radikalisasi yang diperkenalkan oleh 2 orang tokoh Perancis yang terkenal iaitu Rosseau dan Voltaire. Bukan sahaja kehidupan beliau ketika kecil menjadi pendorong untuk menubuhkan organisasi yang telah menjadi penguasa dunia pada hari ini, malah didikan awal beliau turut mendorong dirinya itu untuk mengubah dunia ini.

Pendikan awal yang diperoleh Adam adalah berkaitan Pendidikan Jesuit. Pendidikan Jesuit yang dipelajari anak muda itu adalah berkaitan dengan penghafalan teks2 yang panjang lebar serta perdebatan2 yang bersifat tidak terbuka dan ini sangat menjelekkan beliau kerana tiada perubahan yang mampu diperoleh jika hal ini berterusan. Mahu tidak mahu, beliau tetap meneruskan pelajarannya sehingga beliau mendapat ijazah dalam bidang undang2. Beliau turut berjaya menjadi seorang professor dalam undang2 civil dan pengerusi undang2 Jesuit setelah beberapa tahun kemudian. Namun akhirnya beliau telah ditendang daripada badan undang2 itu kerana menentang ajaran Jesuit serta kebanyakan ahli badan tersebut berpendapat Adam yang bukan seorang Katolik tidak layak untuk memperoleh kerusi tersebut walaupun beliau berpendidikan tinggi dalam bidang Jesuit.

Walaupun ditekan oleh pihak beraja pada akhir abad ke 18, golongan Jesuit ini masih lagi mampu berkuasa penuh ke atas masyarakat lebih daripada kuasa raja itu sendiri dan ini menambahkan perasaan tidak puas hati lagi kepada Adam. Tahun demi tahun, Adam yng juga dekan fakulti undang2 telah banyak menghabiskan masanya  mencari dan menghasilkan buah2 pemikiran bagi menjatuhkan Jesuit dan pemerintahan beraja dan idea2 beliau itu boleh dianggap sebagai idea radikal atau revolusi dalam mobiliti sosial. Tidak terhenti dalam bidang sosial, Weishaupt juga menghasilkan idea mengenai sistem2 perubahan yang boleh disebarkan ke seluruh negara tanpa bimbang akan ancaman pihak berkuasa kerana kebanyakan buku2 Enlightenment (pencerahan) dibekukan dan dilarang penggunaannya di Eropah. Sangkaan beliau tepat dan hasil usaha beliau berjaya, idea-idea revolusi mampu menyerap ke dalam minda anak-anak muda secara perlahan-lahan dan mereka boleh diubah untuk melawan kerajaan mereka serta mengengam gelaran Revolutionary yang berjaya.

"Rakyat tidak akan bebas sehingga kepala raja terakhir mereka digantung dengan isi perut paderi mereka yang terakhir"
-Denis Diderot-


Sistem Sel Biologi turut digunakan dalam Illuminati
Setelah anda membaca quote diatas apakah perasaan anda? Sedih? Marah? Lihatlah betapa berjayanya Weishaupt dan kejamnya hasil2 pemikiran beliau yang telah dijadikan mastermind kepada anak muda sehingga hari ini. Weishaupt dalam menjayakan doktrin Perfectibilist beliau, telah menggunakan sistem sel (cell system). Ketua sistem sel ini akan mengetahui apa yang dilakukan oleh anak2 buahnya. Ini membolehkan organisasi ini terus melakukan kerja2 mereka dan mereka juga terpaksa menghadapi kemungkinan jika ada sel (rekruit) yang baru masuk ke dalam sistem sel mereka.

Rekruit yang terbaru biasanya akan menerima arahan daripada ketuanya yang tidak dikenali. Mereka tidak akan perasaan tindak tanduk dan akiviti orang yang tertinggi daripada mereka. Rekruit yang mempunyai potensi akan dicap oleh para pelatih rekruit (insinuator) dan mereka akan sentiasa diperhatikan di samping dianalisis oleh para pengintip (scrutators) demi mencari ahli2 yang terbaik dalam organisasi ini. Setiap kelas pangkat bawahan perlu memberi laporan kepada orang atasan setiap kali mereka menjalankan aktiviti mereka.

Lukisan Illuminati Council 
Organisasi ini sebenarnya telah mencorak hierarki dalaman mereka dengan menyalin hierarki Jesuit itu sendiri. Pengawas (prefects) akan mengawasi ahli2 individu, dekan (deans) akan mengawasi daerah dan pegawai wilayah akan mengawasi wilayah dan mereka juga mempunyai pengintip untuk mengawasi pengawas dalam setiap pertemuan rahsia yang dibuat. Untuk pangkat yang tertinggi atau lebih dikenali sebagai general, Weishaupt yang juga pengasas merupakan orang yang terlayak bagi kerusi tersebut. Hierarki di bawah beliau pula bertanggaungjawab membentuk dewan seperti di parlimen dan ia digelar sebagai aeropagus atau The Areopagite.

Setiap bulan ahli2 organisasi ini akan bertanggungjawab menghantar Quibus Licet kepada ketua2 mereka. Mereka juga bole menghantar Soli kepada ketua yang lebih tinggi pangkatnya daripada ketua mereka sendiri. Namun begitu jika mereka ingin bercakap dengan Weishaupt, ahli2 bawahan ini perlu menulis Primo yang akan dihantar kepada general secara terus. Semua surat akan disusun mengikut huruf2 dan difailkan secara tertib.

Mungkin ramai dari kita mampu membayangkan struktur2 dan pangkat2 yang ada di dalam organisasi tersebut dengan menggunakan imaginasi kanak-kanak atau tidak kurang juga daripada kita yang membayangkan bahawa Perfectibilist asal Illuminati sebenarnya mempunyai corak pentadbiran seperti corak pentadbiran di sekolah yang mana pengetua adalah ketua sekolah yang tertinggi. Namun inilah kesilapan terbesar yang telah dibuat oleh kita kerana kita mudah membuat tanggapan walaupun belum habis mempelajari mengenai dalam sesuatu hal tersebut, Sebenarnya struktur atau hierarki Perfectibilist ini begitu kompleks dan seperti apa yang anda telah lihat penulis belum menyentuh lagi bab2 mengenai darjah2 kebesaran seseorang ahli Illuminati, simbol2 yang digunakan serta ritual2 mistik dan pelik yang digunakan oleh mereka dalam setiap perjumpaan rahsia yang dibuat

Dengan kelas2 darjah kebesaran yang telah dicetuskan di dalam Perfectibilst oleh Weishaupt sendiri, beliau boleh menghapuskan ahli2 yang tidak layak serta tidak berkemampuan di samping mengangkat dan menjadikan ahli2 yang berkemampuan lebih terkenal di dalam dan luar organisasi.

Pada tanggal 1 Mei 1776 setelah menyusun semuanya secara teliti, Weishaupt bersama orang pengikut setianya telah menubuhkan Order Of Perfectibilist dan nama tersebut diubah kepada Order Of Illuminati atau secara ringkasnya dalam bahasa komunikasi mereka berbentuk bulatan kecil yang mempunyai titik di dalamnya.




Friday 6 June 2014

(Lagenda) Ilmu Semangat Harimau Dalam Bangsa Melayu

Assalamualaikum W.B.T
  
  Di dalam budaya masyarakat Melayu di Tanah Melayu suatu ketika dahulu, wujud satu kepercayaan mengenai lagenda semangat Harimau terutamanya ketika Malaysia belum lagi mencapai kemodenan yang dapat kita lihat seperti hari ini. Kadang-kadang kekeliruan berlaku bila kita mengatakan berkenaan Harimau Datuk (Tok Harimau), Harimau Jadian dan Manusia Harimau. Pelbagai istilah yang digunakan dalam mengatakan berkenaan jenis harimau di atas. Kadang-kadang kecelaruan bertambah rumit apabila bentuk kepercayaan ini mula difilemkan atau diterangkan oleh seseorang yang kononnya memang arif di dalam soal ini, dan penerangan yang dibuat oleh golongan tersebut sebenarnya lebih banyak kesalahannya berbanding maksud asal daripada istilah-istilah yang telah diberikan oleh nenek moyang kita sejak beberapa kurun dahulu.

Ok, saya akan mula menerangkan maksud bagi ketiga-tiga istilah tersebut berdasarkan apa yang saya fahami . Bahan-bahan yang dijadikan rujukan adalah seperti cerita2 di dalam majalah, surat khabar, internet dan lain-lain. Saya juga berpandukan cerita-cerita orang-orang kampung terutamanya yang terdapat di negeri Perak. Saya ingin memohon ribuan kemaafan jikalau penerangan saya ini berbeza dengan pemahaman yang diketahui oleh anda terutamanya yang bergelar 'Golongan Tua' atau Old Generation.

Harimau Datuk (Tok Harimau):
Harimau Datuk atau dalam bahasa mudahnya Tok Harimau adalah harimau penjaga kampung atau sesuatu daerah itu. Harimau ini asalnya adalah harimau yang sebenar yang hidup di hutan rimba. Kemudian harimau ini di pelihara oleh orang yang berilmu tinggi dalam ilmu harimau. Harimau ini menurut perintah tuannya, boleh disuruh untuk membuat apa sahaja. Biasanya pemiliknya mempunyai ilmu perabun yang membolehkan harimau itu tidak boleh dilihat oleh orang lain. Biasanya pemilik bagi Ilmu Tok Harimau ini adalah orang yang baik-baik yakni alim yang ingin mengekalkan keharmonian di dalam sesuatu kampung itu. Jikalau di lihat secara fizikal atau luarannya kadang-kadang pemilik ini seperti orang biasa-biasa sahaja. Harimau yang dimiliki oleh pengamal ilmu ini, pada masa-masa tertentu ianya akan balik ke hutan dan hidup liar seperti harimau-harimau lain, boleh berkembang biak serta memburu makanannya. Bila di panggil oleh tuannya atau bila diperlukan pada masa tertentu ia akan segera datang dengan kekuatan ilmu angin dari pemiliknya. Biasanya bila berada berdampingan dengan pemiliknya, bertih akan diberi sebagai makanan kepada harimau datuk ini sebagai imbuhan hubungan erat antara pemilik dengan harimau yang di pelihara. Kadang-kala harimau ini juga akan datang kepada ketika ia rindu akan tuannya terutamanya pada waktu malam. Saiz harimau datuk biasanya sebesar lembu dewasa dan berjantina jantan. Andainya diperlekeh ianya akan menampakkan diri, walaubagaimanapun tidak menganggu jika tidak melakukan perkara yang tidak menganggu ketenteraman.

Harimau Jadi-Jadian (Harimau Jelmaan):
Harimau Jadi-jadian merupakan makhluk halus yang berdamping dengan manusia sebagai sahabat. Biasanya makhluk halus ini akan merupakan diri atau menjelmakan diri sebagai harimau jadian jika terdapat kesusahan atau tuannya itu dianiaya. Makhluk-makhluk halus tersebut biasanya akan menjelma di dalam bentuk harimau kerana mereka ingin memenuhi permintaan tuan mereka serta harimau merupakan binatang yang signifikasi dengan kehidupan bangsa Melayu dan sikap binatang tersebut yang garang mampu mengerunkan musuh-musuh mereka juga menjadi pendorong bentuk harimau dipilih dalam penjelmaan ini. Terdapat perjanjian antara manusia dan makhluk ini agar perhubungan mereka dapat diteruskan dan ianya sentiasa diperbaharui. Makhluk halus ini juga berfungsi untuk menjadikan manusia yang sebagai sahabatnya sentiasa digeruni apabila dipandang. 'Harimau' ini juga berfungsi sebagai penjaga bagi rumah, keluarga, kebun atau harta benda bagi tuannya. Kebiasannya pendamping itu merupakan jin atau syaitan yang telah membuat perjanjian dengan manusia tersebut. Penjelmaan harimau jelmaan ini juga berlaku pada kerap kali berlaku pada waktu malam atau ketika pemilik bagi ilmu ini sudah meninggal dunia, kebiasannya senario ini berlaku apabila ada saksi yang merasakan deruan angin yang kuat dan melihat kelibat 'manusia' namun setelah itu kelibat 'manusia' yang dilihat oleh mereka itu tadi lesap dan mereka hanya mendengar ngauman seekor harimau jantan. Hal ini biasanya berlaku di kawasan-kawasan kampung sahaja.


Manusia Harimau (Harimau Jadian):
Harimau jadian atau were-tiger merupakan manusia yang mempunyai ilmu harimau dan mempelajarinya sehingga boleh berubah rupa kepada bentuk harimau itu sendiri. Ilmu ini didapati melalui mempelajarinya dari seseorang yang mempunyai ilmu sebegini ataupun mendapatnya melalui saka. Biasanya orang sebegini mempunyai kekuatan yang berlipat ganda dari kekuatan orang biasa apabila menjadi harimau. Ia juga mempunyai ilmu perabun dan ilmu angin yang tinggi. Orang sebegini biasanya sentiasa digeruni oleh orang disekelilingnya dan binatang liar mahupun harimau biasa. Dikatakan ilmu ini juga lebih hebat berbanding Ilmu Tok Harimau serta Ilmu Harimau Jelmaan. Pengguna bagi ilmu ini juga dikatakan mampu bersilat seperti seekor harimau dan mempunyai gerakan seperti seekor harimau. Mengikut lagenda , bangsa Melayu Kerinchi merupakan suku yang mempunyai kebolehan di dalam mengubah bentuk mereka kepada Harimau Jadian ini tanpa memerlukan saka bagi membantu mereka dalam transformasi tersebut. Wallahualam. Tidak pasti jika perkara ini benar, namun sehingga hari ini kebolehan mengubah bentuk mereka ini dikatakan masih dirahsiakan oleh mereka kerana dikhuatiri akan jatuh ke tangan orang yang salah. Kebolehan yang dimiliki oleh pengguna ilmu ini juga membolehkan mereka menggunakan ilmu ini untuk menentang makhluk hutan yang diberi gelaran Big-Foot yang mana sering menganggu anak-anak dara di dalam sesebuah kampung yang mana kelemahan lain bagi Big-Foot x2 tersebut adalah mereka juga takut akan api.
Perubahan dalam bentuk Harimau Jadian oleh sang penggunanya

Itu sahaja perkongsian ilmu yang ingin saya  kongsikan pada hari ini. 
Sebarang komen serta cadangan daripada anda adalah amat dialu-alukan oleh saya. Sekian terima kasih.