Saturday 17 December 2016

Hubungan Melayu & Amerindians (Orang Asli Amerika)

Sudah sekian lama rasanya di dalam hati saya ini ingin menulis artikel ini dek kerana melihat berapa ketersamaan fizikal di antara orang-orang Melayu dan orang asli Amerika atau kerap disebut sebagai Native American di kebanyakan makalah-makalah atau sumber-sumber ilmu yang dihasilkan oleh negara-negara Barat mengenai subjek berkenaan. Sudah semestinya apabila menyentuh mengenai pertembungan antara kedua-dua identiti, maka akan ada banyak perkara yang perlu dibincangkan sebelum saya dan yang membaca dapat memberi satu kesimpulan adakah kedua-dua ras ini mempunyai kaitan yang rapat sesama mereka.


Fakta mengenai perhubungan jalan laut yang dibuat oleh orang Melayu ke benua Amerika diperkuatkan lagi melalui kisah pelayaran Awang Hitam atau Enrique/Henry The Black ke sekeliling dunia dan akhirnya menjadikan beliau manusia pertama yang berjaya mengelilingi dunia melalui pelayaran.

Tadi kita telah melihat beberapa bukti mengenai perhubungan jalan laut yang menghubungkan antara bangsa Melayu dan orang Asli Amerika. Kali ini mari kita lihat hubungan secara geneology atau secara garis keturunan, yang mana terhasil melalui penghijrahan orang Melayu ke benua Amerika suatu ketika dahulu, Pernah suatu ketika, para pengkaji tidak kira saintis mahupun sejarahwan membentangkan sebuah teori mengenai "3 Gelombang" atau "3 Waves" apabila menyentuh berkenaan asal usul orang Asli Amerika ini. Banyak teori yang dibentangkan, tetapi yang paling menarik hati saya adalah di mana ada di antara pengkaji yang membentangkan garis keturunan The Indian bermula dari orang-orang Asia Tenggara/ Austronesia sebagai salah satu gelombang asal usul orang Asli Amerika ini. History of America hasil Muhammad Yamin telah mengolahkan sebuah hipotesis dimana gelombang yang pertama datang ke selat Bering, kira-kira 13000 tahun yang lalu daripada orang Mongol. Gelombang kedua pula datang daripada orang Asutronesia atau Melayu-Polinesia yang merentasi lautan Pasifik. Untuk gelombang ketiga pula didapati bahawa ianya datang daripada pelayar Austronesia/Melayu-Polinesia daripada New Zealand dan juga Asia Timur Jauh (Far East Asia) *Asia Tenggara, Nusantara, dan juga kepulauan-kepulauan pasifik.

Seorang penulis dari NatGeo News juga pernah menjalankan sebuah kajian mengenai asal usul Amerindians ini pada 2003. Beliau meletakkan sebuah permulaan di dalam penulisan beliau dengan sebuah persoalaan "Siapakah manusia pertama yang berada dan mejalankan kehidupan serta survival di Benua Amerika?" Di awal penulian beliau menyatakan kajian2 terdahulu yang telah dijalankan yang mana perolehan kajian2 yang telah diteliti oleh beliau dan beberapa buah universiti itu mendapati bahawasanya Amerindians berasal dari Timur Laut Asia. Ianya dittarikhkan pada 12,000 tahun dahulu. Namun yang demikian, keberadaan orang Asli Amerika tinggal di benua tersebut adalah lebih lama dari pentarikhan yang dikeluarkan. Jadi di sini sebuah persoalaan mula timbul, "Siapakah orang & kumpulan pertama yang berada di benua Amerika & dari manakah asal usul mereka ini?" Rujukan oleh penulis terhadap kajian yang telah dijalankan oleh sebuah badan di California akhirnya memberi suatu pencerahan kepada penulis. Di dalam kajian itu, mereka (badan penyelidik) telah menemui sebuah tengkorak yang kelihatannya lain daripada penduduk Amerindian yang dikaitkan dengan ras Mongoloid yang berasal Timur Laut Asia. Walaupun tengkorak itu hanya beberapa ratus tahun, namun para penyelidik tersebut membuat sebuah dapatan di mana, orang-orang Asia Tenggara yang pernah menakluki kepulauan Australia pada 60,000 tahun yang dahulu telah mula membuat sebuah perjalanan ke benua Amerika dan membuat petempatan yang pertama di tanah Amerika itu.

Tengkorak Luzia
Kenyataan di atas dapat diperkuatkan kehadiran sebuah bukti yang dinamakan - "Luzia". Luzia sebenarnya adalah sebuah rangka manusia yang berusia lebih daripada 11 ribu tahun di benua Amerika. Uniknya rangka ini juga tidak dapat diselaraskan dengan keberadaan ras Mongoloid di benua Amerika kerana ciri-ciri yang terdapat di rangka sangat berbeza dengan Amerindians yang bersalasilahkan orang-orang Timur Laut Asia kerana Luzia lebih mirip kepada Native Australia. Mereka juga meletakkan "Luzia" di bawah kategori "Paleoamerican"- orang Amerika di zaman batu. Kewujudan masyarakat 'Paleomerican" ini kemudiannya terganggu apabila ras Mongoloid dari Timur Laut Asia mula menyerang mereka di kawasan Utara benua Amerika. Berkenaan dengan kependudukan orang Asli Amerika di bahagian Utara benua tersebut, William Ellis di bukunya yang bertajuk " Polynesian Researches, Volume 1 " menyatakan penemuan rangka-rangka manusia yang kelihatan berpakaian berjubah dan yang uniknya gaya pemakaian mereka ini sama seperti mereka yang tinggal di Fiji serta Hawaii. Penemuan bukti di Kentucky dan Tennesse ini akhirnya merumuskan penulis dalam sebuah dapatan di mana Amerindians Utara mempunyai perkaitan dengan masyarakat Polinesia dan tidak mustahil juga dengan masyarakat Melayu kerana seperti mana yang telah disebutkan di atas, orang-orang Melayu di Asia Tenggara suatu ketika pernah menakluki kepulauan-kepulauan di sekeliling mereka. 



Tengkorak milik Aztekian
Selain bukti2 rangka juga, terdapat beberapa penyelidik yang mengaitkan Melayu dengan beberapa nama besar Amerindian seperti Maya dan Aztek. Antaranya adalah Samuel L. Mitchill yang memperkatakan sebuah teori bahawasanya "Orang Aztek itu sendiri adalah orang Melayu" serta Prof. Cyrus Thomas dan Edward Tregar yang mengetengahkan persamaan sistem sebutan orang Melayu dan orang Maya. Berkenaan teori yang disampaikan oleh Samuel dan rujukan silang yang boleh dibuat dengan penulisan di atas, mungkin kita dapat melihat sebuah logika di sebalik teori yang dibuat kerana dengan kewujudan Luzia yang berusia 11 ribu tahun dan dikatakan berasal dari Austonesia, tidak  mustahil jika kita dapat kaitkan bahwasanya orang Aztek itu adalah orang Melayu. Kerana kemunculan orang-orang Aztek ini di dalam ketamadunan purba Amerika hanyalah pada 715 tahu yang lepas - abad yang ke 14. Berkemungkinan Aztek yang membina tamadun yang gah itu adalah cucu-cicit kepada Luzia atau mungkin mereka adalah gelombang-gelombang yang berterusan yang berasal dari Asia Tenggara. Jika diperhatikan dua gambar di atas, dengan jelas kita dapat melihat serba sedikit persamaan di antara tengkorak Luzia dan seorang Aztekian, di mana mempunyai ruang mata dan hidung yang besar serta bentuk kepala yang hampir sama panjang dari depan ke belakang.

Antara persamaan sebutan (hampir) Maya dan Melayu: -

Curi - Melayu
Coi - Maya

Kuning - Melayu
Caan,cin - Maya

Ikan - Melayu
Cai - Maya

Rata - Melayu
Lacach (Lacha) - Maya

Kocak - Melayu
Coch - Maya

Meong (Kucing)- Melayu (Sunda)
Miz, Mio - Maya