Friday 15 March 2013

Pendedahan Rahsia Bahagian 3/13 : Moon Project

Assalamualaikum,
  Dalam Part 1 dan Part 2... kita sudah kenal sedikit sebanyak siapakah NASA dan mengetahui beberapa perkara tentang keadaan fizikal Bulan. Sekarang mari kita teliti cerita sebenar NASA membabitkan Projek Bulan (Moon Project). Photo yang saya sediakan ini rasanya cukup untuk memberikan maklumat2 yang NASA telah umumkan dan diperlukan bagi penerangan di dalam Part 3 ini.
Kita ambil contoh Misi Apollo 11 di mana pada misi inilah dikatakan Neil Armstrong dan Edwin E. Aldrin telah menjadi manusia pertama dan manusia kedua menjejakkan kaki di Bulan. Berikut ialah apa yang sebenarnya telah berlaku:



1. Sebelum pelancaran Apollo 11, beberapa sesi penggambaran telah dijalankan di dalam studio khas. Tujuan penggambaran dibuat ialah bagi menyediakan footage (video dan audio feed) yang akan digunakan bagi menutup aktiviti sebenar misi Apollo 11. Misi-misi yang sebelum atau selepas misi ini pun menggunakan Modus Operandi (MO) yang sama.

2. Geng2 jahat ini telah lama tahu apa yang ada sebenarnya di Bulan semenjak beribu-ribu tahun lagi. Setelah berjaya melenyapkan ilmu2 dan maklumat2 ini daripada pengetahuan dunia, mereka bimbang sekiranya ia jatuh semula ke tangan orang2 yang bukan daripada golongan mereka. Mereka juga bimbang kalau2 ada negara-negara lain yang mungkin bergabung untuk pergi ke Bulan terlebih dahulu di dalam era baru ini menyebabkan mereka tidak boleh mengada-adakan cerita palsu seperti yang mereka sedang buat sekarang.

3. Pengwujudan NASA dan kawalan ekonomi dunia memastikan setiap misi ke Bulan atau angkasa lepas hanya boleh dilakukan secara eksklusif .

4. Semua angkasawan yang menyertai misi pergi ke Bulan (tidak kiralah sama ada misi tersebut melibatkan pendaratan atau tidak) telah melalui program khas supaya boleh menyimpan rahsia sambil menjalankan tujuan2 sebenar misi.

5. Semasa misi dijalankan, mereka yang bertugas di “Ground Control Centre” di Bumi langsung tidak tahu langsung yang mereka sedang ditipu dengan footage dan data palsu yang kononnya dihantar oleh angkasawan ke Bumi. Footage palsu ini sebenarnya dipancarkan daripada studio khas di Bumi kepada angkasawan dan dipancarkan semula ke “Ground Control Centre”.

6. Semua misi ke Bulan langsung tidak melibatkan sebarang pendaratan. Kenapa? Nanti saya akan cuba jelaskan kepada anda semua apabila kita masuk Part 4 nanti di mana penerangan akan cuba dibuat tentang apa yang ada di Bulan.

7. Sehingga kini, secara rasminya dunia melalui semua pemimpin-pemimpin negara2  menerima membuta-tuli (blind acceptance) bahawa usaha2 NASA adalah usaha2 terpuji dalam memajukan tamadun manusia. Walaupun terdapat banyak persoalan2 yang mula ditimbulkan kebelakangan ini oleh beberapa kumpulan saintis alternatif, ianya dapat disenyapkan dengan mudah dan NASA boleh menafikannnya sambil memperlekehkan kumpulan2 saintis ini.

Ramai di antara mereka yang mula mempersoalkan tentang misi Apollo11 akan berkata... “Macam ni sahaja la... baik kita jumpa Neil Armstrong... selepas itu kita tanya dengan dia... betul ke misi Apollo 11 itu betul2 berjaya? Dan kita tanya dia tentang pengalaman dia semasa menjalankan misi tu... suasana di Bulan macam mana... apa yang dia nampak dekat sana?”

Ya, bunyinya memang macam mudah. Tapi Neil Armstrong selepas misi itu... beliau memang sentiasa melarikan diri daripada kemasyhuran dan mengelak daripada berbual tentang misinya itu. Kenapa? Adakah dia tidak sampai hati nak meneruskan lakonan pembohongan NASA? Ini ialah salah satu link yang mungkin boleh menggambarkan kehidupan Neil Armstrong selepas misi Apollo 11... kelakuannya memang menimbulkan keraguan...

http://www.enquirer.com/editions/1999/07/18/loc_neil_armstrong_the.html

Edwin Aldrin dan Michael Collins juga mempunyai reaksi yang lebih kurang sama dengan Neil Armstrong. Ish!!!!! musykil, dah buat perkara yang hebat... lepas tu reaksi yang ditunjukkan oleh mereka ni seolah2 macam reaksi orang bersalah atau acuh tak acuh pula.

Soalan lain yang boleh ditimbulkan juga... kenapa nama Apollo dipilih untuk siri misi-misi ke Bulan ini? Mereka memang tidak mempunyai idea untuk nama lain ke?


(Insyaallah akan saya sambung)

Saturday 9 March 2013

Pendedahan Rahsia Bahagian 2/13 : Tujuan Penubuhan NASA

Bismillahirahmanirahim,

Sebelum anda memulakan Part 2 ini, sila rujuk photo yang telah saya sertakan di bawah ini. Diharapkan photo ini sedikit sebanyak boleh memberikan maklumat2 segera tentang beberapa perkara yang akan saya sebut.

(i) Bulan dan perbandingannya dengan Bumi; 
(ii) Jumlah Bulan bagi tiap-tiap planet yang ada dalam sistem suria; 
(iii) Saiz dan Kedudukan Bulan yang menepati pengiraan Teori Phytogoras dan Nisbah Emas seperti yang telah ditetapkan Allah. Sedikit maklumat tambahan untuk anda semua
Jarak Bulan daripada Bumi ialah lebih kurang 400,000 km. Bulan tidak berpusing di mana kita hanya dapat melihat permukaan Bulan yang sama sahaja ketika di Bumi.


Sila Besarkan Gambar Di Bawah Ini Untuk Maklumat Tambahan Anda.  
                       
                   

Tujuan maklumat2 ini dikongsikan ialah supaya sekurang-kurangnya kita boleh membayangkan tempat yang kita tidak pernah  langsung pergi iaitu Bulan. Kalau gambaran tentang Bulan sudah jelas di dalam minda pemikiran kita,itu sudah menampakkan tanda yang baik untuk diri kita.
Sekarang mari kita cuba fahami dahulu tujuan NASA ditubuhkan.

          
                             


NASA bermaksud “National Aeronautics and Space Administration” . Mengikut cerita rasmi yang diberitahu dan dikeluarkan kepada kita, NASA ditubuhkan bagi memperkasakan sistem pertahanan Amerika Syarikat yang pada waktu itu sedang menghadapi tekanan Perang Dingin (Cold War) daripada negara Rusia. Perang Dingin ialah satu permainan di mana Amerika Syarikat dan Rusia berlumba2 menunjukkan kekuatan dan kebaikan ideologi masing2 dalam usaha untuk mempengaruhi negara-negara lain di dunia ini supaya memilih di antara mereka. Salah satu kategori pertandingan di dalam permainan ini ialah Perlumbaan Menguasai Angkasa (Space Race).

Apa yang mereka tidak bagi tahu kepada masyarakat umum seperti kita ialah Amerika Syarikat dan Rusia berpura2 sahaja berperang dingin dan lakonan yang dimainkan oleh mereka sebenarnya bertujuan menutup agenda sebenar mereka. 

Ok, jom kita sambung semula cerita tentang NASA. Sebenarnya tujuan NASA ditubuhkan adalah untuk menutup kisah sebenar kejadian alam ini termasuklah tentang ilmu-ilmu pengetahuan yang menyentuh perihal kejadian Bulan dan Angkasa Lepas. Ini kerana sekiranya maklumat2 sebenar terdedah, tiadalah lagi modal mereka untuk menidakkan kewujudan Allah dan Empayar jahat mereka akan runtuh dengan sendirinya. Walaupun geng2 jahat ini telah diizinkan Allah untuk menguasai ekonomi dan kewangan dunia, tugas untuk menutup kebenaran bukanlah suatu tugas yang mudah bagi mereka.

Sudah tentu Syaitan dan Dajjal tahu tentang betapa susahnya nak menutup kebenaran. Jadi mereka telah mengenalpasti tipu muslihat yang mesti dijalankan. Berikut ialah 5 muslihat tersebut yang mereka perlu usahakan terlebih dahulu sebelum boleh menubuhkan NASA:


(i) Mereka perlu menghapuskan semua rekod2, kitab2 dan pihak2 yang mengetahui tentang hal sebenar tentang Bulan dan angkasa lepas;
(ii) Mereka perlu menulis semula semua sejarah tentang ketamadunan dan ilmu2 yang telah dipelajari manusia yang terdahulu;
(iii) Manusia perlu dilalaikan dengan kesibukan bekerja serta menangani kesusahan urusan hidup supaya tiada masa langsung untuk terfikir tentang tipu muslihat mereka. Mengikut keperluan, hal2 seperti kegawatan ekonomi, hutang melampau, keganasan dan perang mesti diadakan sebagai upacara rutin sepanjang tahun;
(iv) Budaya moden yang berpaksikan hiburan2 dan aktiviti2 rekreasi keterlaluan perlu diadunkan di dalam sanubari semua orang supaya manusia sibuk melayan keseronokan ini dan memandang remeh sebarang nasihat atau peringatan oleh para Rasul2 dan para Anbiya.
(v) Semua pucuk pimpinan kerajaan-kerajaan seluruh dunia seperti Raja, Presiden dan Perdana Menteri perlulah dirantai oleh mereka.

Akhirnya pada 6 Ogos 1958, laporan dan kajian akhir mereka telah menunjukkan bahawa hal-hal (i) hingga (v) telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Apa yang mereka perlu lakukan kini ialah kekalkan sahaja pencapaian mereka ini. Dengan kata lain, tarikh 6 Ogos 1958 telah menjadi tarikh keramat bagi Syaitan, Dajjal dan konco2 nya di mana ketamadunan manusia telah berjaya dihancurkan dan dikawal sepenuhnya di bawah telunjuk mereka. Maka tidak lama selepas itu, pada 1hb Oktober 1958, NASA pun ditubuhkan secara rasmi oleh negara Amerika Syarikat.

Misi awal NASA ialah untuk menjadi penyelidik rasmi manusia tentang hal2 di angkasa lepas. Dengan kata lain, hanya mereka sahaja yang layak untuk mengkaji ilmu alam semesta, kita sebagai masyarakat umum hanya perlu membaca hasil2 kajian yang akan merka keluarkan nanti sebagai buku teks. Untuk makluman anda para pembaca yang saya hormati sekalian, telah lebih setengah abad kita ni mempercayai hasil tulisan NASA sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini penipuan mereka dibongkar. Macam mana pula boleh terbuka rahsia mereka ini? Siapa yang membukanya?

Misi Besar(Ultimate Mission) bagi NASA adalah menjerumuskan manusia ke dalam lembah “Atheism” yang menolak sebarang konsep ketuhanan terutamanya Agama Islam. Seterusnya mentaliti manusia akan bersedia untuk menerima Dajjal sebagai Penyelamat Dunia atau disebut sebagai Messiah oleh orang Kristian.


Wallahualam.

(Insyaallah akan bersambung)

Friday 8 March 2013

Pendedahan Rahsia Bahagian 1/13 : Misi ke Bulan


Amaran:JIKA ANDA MERASA PELIK SEMASA MEMBACA ARTIKEL YANG AKAN DIEDIT OLEH SAYA INI. MAKA SEBAIK_BAIKNYA ANDA MENUTUP SAHAJA WEBSITE INI. DAN SAYA MENGINGATKAN SEKALI LAGI BAHAWA SAYA HANYA MENGEDIT SAHAJA MAKLUMAT YANG AKAN DIPAPARKAN DI BAWAH INI. SEBARANG MASALAH YANG TERJADI TIDAK AKAN DITANGGUNG OLEH SAYA!!!!!!

Sebelum memulakan editing saya pada kali ini,marilah kita sama2 menadahkan tangan serta menyedekahkan al-Fatihah buat wira-wira yang telah terkorban semasa berjuang di Lahad Datu dan Semporna,Sabah.Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat. AL-FATIHAH.

Sejak kebelakangan ini kita acap kali didedahkan dengan penipuan2 dan konspirasi2 tangan yang tersembunyi.Dan setelah mendengarnya kita mungkin akan merasa pelik atau merasakan ianya sesuatu yang sangat mengarut.Kadang-kala ada di antara kita yang menganggap sesuatu yang seperti ini sesuatu yang bersifat SYIRIK kepada orang2 yang sentiasa mengambil berat terhadapnya.YA!!!! Itulah kebenarannya.Inilah yang berlaku di sekeliling kita.Mengapa perkara yang perlu diambil berat oleh semua pihak ini sering kali dianggap merepek,pelik,syirik dan tanggapan negatif yang lain.Ya jawapannya adalah kerana semenjak kecil kita telah diasuh oleh sistem Zionis untuk hanya percaya apa yang ditulis di dalam buku2 teks sekolah dan sistem maklumat serta berita yang memang semenjak awal lagi dibangunkan untuk membutakan mata kita daripada maklumat2 yang sebenar serta sahih.

Kita mulakan dengan Bulan dulu. Apa yang diberitahu kepada kita oleh NASA tentang Bulan ialah:
                                                                               
1. Bagi NASA bulan ialah tempat yang membosankan serta tandus. Berwarna kelabu kekuningan. Tidak seperti Bumi yang cantik dengan lautan dan daratannya.

2. Kononnya NASA juga sudah menghantar angkasawan2 mereka turun naik ke Bulan sebanyak tujuh kali (di antara Tahun 1969 hingga Tahun 1972) dan mendapati tiada apa lagi yang menarik lagi untuk dikaji di Bulan.

3. Oleh kerana NASA sudah menutup kajian mereka tentang Bulan, mereka sekarang menumpukan usaha2 mereka untuk menjelajah angkasa lepas lebih jauh lagi.... seperti meneroka planet2 lain dalam sistem suria dan juga meneropong lebih jauh sehingga ke sistem2 bintang lain serta galaksi2 lain yang sangat2 jauh. Sudah tentu mereka mahu menang dalam hal2 yang berkaitan dengan alam semesta ciptaan Allah ini.
                                                          
4. Kesimpulannya,bagi mereka orang2 biasa seperti kita ini tidak perlu mempelajari tentang Bulan yang sebenarnya. Cukuplah apa yang mereka hidangkan di dalam buku2 teks atau ensklopedia yang dibuat oleh mereka. Bagi mereka tidak ada apa lagi yang tinggal di atas permukaan Bulan itu.

Soalannya ialah... Benarkah begitu? Adakah wajar kita terima bulat2 sahaja tentang hal ini atau orang2 Barat menyebutnya sebagai Blind acceptance?

                                 

Oleh kerana kita semua tidak pernah pergi sendiri ke Bulan dengan menaiki Roket atau Kapal Angkasa atau melihatnya dengan menggunakan teleskop yang berteknologi tinggi maka terpaksalah kita menerima apa sahaja yang tertulis dengan menggunakan mata pena elektronik lalu dibukukan menjadi buku2 teks atau bahan2 bacaan sebagai rujukan bagi menambah ilmu tentang sesuatu atau alam semesta ciptaan Yang Maha ESA. Jika perkara ini berterusan,maka setelah nyawa kita hanya tinggal di paras hidung pun kita masih belum mengetahui kebenaran tentang Bulan ini.

Okay lah. Untuk editing saya yang pertama ni marilah kita lihat dulu perkara2 asas yang secara relatifnya ringan2 dan persoalan2 tentang Bulan yang pihak NASA rahsiakan supaya kita kekal dungu. Sekali lagi diingatkan... kalau anda sudah mula rasa sesuatu yang aneh atau pelik apabila membaca posting ni, eloklah dihentikan sahaja pembacaan anda ini.

Sekarang cuba fahamkan persoalan2 yang berkaitan dengan perkara-perkara di bawah ini:

1. Bulan bukan tempat yang membosankan dan tandus. Ya. Bulan juga bukan berwarna kelabu kekuningan. Bulan ialah seperti Bumi.... penuh berwarna-warni. Pendek kata... Bulan ialah sebuah planet mini yang mampu menampung pelbagai hidupan seperti di Bumi. WOW!!!! hebat bukan. Hmm, tetapi mengapa kita tidak pernah mendengar tentang hal ini? Kalau kita pernah dengar pun. bukankah cerita sebegini dianggap cerita dongeng? Dan bukankah orang yang mengatakan ini ialah fakta sebenar (seperti yang sedang saya buat sekarang ni ) sudah tentu akan dianggap gila atau mereng atau wayar di dalam kepala saya ini tersilap sambung atau mungkin anda cuba megatakan skru2 yang cuba mengukuhkan minda dan otak saya ini telah berkarat serta longgar?HAHAHAHA :D

2. Kenapa NASA bersusah payah mereka cerita yang hebat2 dengan kos berbillion2 USD untuk menyorokkan perkara2 yang sebenar? Sebelum persoalan ini terjawab.Marilah kita terutamanya yang beragama Ilam berfikir apakah perkara yang digeruni Puak Yakjuj-Makjuj moden ini atau dengan kata lain Zionis Laknatullah Ya... inilah kunci kepada jawapan persoalan ini. 

3. Siapakah yang tinggal di atas Bulan? Sabar, nanti di dalam bahagian-bahagian seterusnya akan diterangkan.

4. Adakah NASA betul2 telah menghentikan misi pergi ke Bulan dan kajian ke atasnya. Untuk mengukuhkan lagi pendirian NASA yang Bulan ni sudah tiada nilai untuk dikaji. Presiden USA yang masih kekal hari ini, Barrack Obama telah mengumumkan tidak lama dahulu yang Amerika Syarikat dengan rasminya menghentikan dan menutup "Projek Bulan". Adakah ini lakonan untuk mengaburi aktiviti2 mereka yang berkaitan dengan Bulan yang sebenarnya mereka sedang teruskan secara rahsia?

                                                    

5. Persoalan seterusnya, daripada mana saya dapat sumber maklumat ini? Sudah tentu bukan daripada internet atau buku2 hasil tulisan NASA dan penyokong-penyokongnya. Dan saya pun tidak bercadang untuk menerangkan daripada mana maklumat2 ini yang saya dapat kerana sebab2 tertentu. Jadi kalau anda rasa lebih percaya kepada NASA dan ingin memanggil saya sebagai seorang yang paranoid. Untuk ketiga kalinya... saya memohon jangan teruskan pembacaan anda.

6. Akhir sekali, timbul satu lagi persoalan. Apakah tujuan serta gunanya program2 angkasa lepas yang gah dan hebat sedang dijalankan sekarang? Adakah ianya untuk tujuan "show-off" atau propaganda sahaja? Nanti akan diterangkan.

(Insyaallah akan bersambung pada hari esok...Selamat malam semua,,,,,)