Saturday 9 March 2013

Pendedahan Rahsia Bahagian 2/13 : Tujuan Penubuhan NASA

Bismillahirahmanirahim,

Sebelum anda memulakan Part 2 ini, sila rujuk photo yang telah saya sertakan di bawah ini. Diharapkan photo ini sedikit sebanyak boleh memberikan maklumat2 segera tentang beberapa perkara yang akan saya sebut.

(i) Bulan dan perbandingannya dengan Bumi; 
(ii) Jumlah Bulan bagi tiap-tiap planet yang ada dalam sistem suria; 
(iii) Saiz dan Kedudukan Bulan yang menepati pengiraan Teori Phytogoras dan Nisbah Emas seperti yang telah ditetapkan Allah. Sedikit maklumat tambahan untuk anda semua
Jarak Bulan daripada Bumi ialah lebih kurang 400,000 km. Bulan tidak berpusing di mana kita hanya dapat melihat permukaan Bulan yang sama sahaja ketika di Bumi.


Sila Besarkan Gambar Di Bawah Ini Untuk Maklumat Tambahan Anda.  
                       
                   

Tujuan maklumat2 ini dikongsikan ialah supaya sekurang-kurangnya kita boleh membayangkan tempat yang kita tidak pernah  langsung pergi iaitu Bulan. Kalau gambaran tentang Bulan sudah jelas di dalam minda pemikiran kita,itu sudah menampakkan tanda yang baik untuk diri kita.
Sekarang mari kita cuba fahami dahulu tujuan NASA ditubuhkan.

          
                             


NASA bermaksud “National Aeronautics and Space Administration” . Mengikut cerita rasmi yang diberitahu dan dikeluarkan kepada kita, NASA ditubuhkan bagi memperkasakan sistem pertahanan Amerika Syarikat yang pada waktu itu sedang menghadapi tekanan Perang Dingin (Cold War) daripada negara Rusia. Perang Dingin ialah satu permainan di mana Amerika Syarikat dan Rusia berlumba2 menunjukkan kekuatan dan kebaikan ideologi masing2 dalam usaha untuk mempengaruhi negara-negara lain di dunia ini supaya memilih di antara mereka. Salah satu kategori pertandingan di dalam permainan ini ialah Perlumbaan Menguasai Angkasa (Space Race).

Apa yang mereka tidak bagi tahu kepada masyarakat umum seperti kita ialah Amerika Syarikat dan Rusia berpura2 sahaja berperang dingin dan lakonan yang dimainkan oleh mereka sebenarnya bertujuan menutup agenda sebenar mereka. 

Ok, jom kita sambung semula cerita tentang NASA. Sebenarnya tujuan NASA ditubuhkan adalah untuk menutup kisah sebenar kejadian alam ini termasuklah tentang ilmu-ilmu pengetahuan yang menyentuh perihal kejadian Bulan dan Angkasa Lepas. Ini kerana sekiranya maklumat2 sebenar terdedah, tiadalah lagi modal mereka untuk menidakkan kewujudan Allah dan Empayar jahat mereka akan runtuh dengan sendirinya. Walaupun geng2 jahat ini telah diizinkan Allah untuk menguasai ekonomi dan kewangan dunia, tugas untuk menutup kebenaran bukanlah suatu tugas yang mudah bagi mereka.

Sudah tentu Syaitan dan Dajjal tahu tentang betapa susahnya nak menutup kebenaran. Jadi mereka telah mengenalpasti tipu muslihat yang mesti dijalankan. Berikut ialah 5 muslihat tersebut yang mereka perlu usahakan terlebih dahulu sebelum boleh menubuhkan NASA:


(i) Mereka perlu menghapuskan semua rekod2, kitab2 dan pihak2 yang mengetahui tentang hal sebenar tentang Bulan dan angkasa lepas;
(ii) Mereka perlu menulis semula semua sejarah tentang ketamadunan dan ilmu2 yang telah dipelajari manusia yang terdahulu;
(iii) Manusia perlu dilalaikan dengan kesibukan bekerja serta menangani kesusahan urusan hidup supaya tiada masa langsung untuk terfikir tentang tipu muslihat mereka. Mengikut keperluan, hal2 seperti kegawatan ekonomi, hutang melampau, keganasan dan perang mesti diadakan sebagai upacara rutin sepanjang tahun;
(iv) Budaya moden yang berpaksikan hiburan2 dan aktiviti2 rekreasi keterlaluan perlu diadunkan di dalam sanubari semua orang supaya manusia sibuk melayan keseronokan ini dan memandang remeh sebarang nasihat atau peringatan oleh para Rasul2 dan para Anbiya.
(v) Semua pucuk pimpinan kerajaan-kerajaan seluruh dunia seperti Raja, Presiden dan Perdana Menteri perlulah dirantai oleh mereka.

Akhirnya pada 6 Ogos 1958, laporan dan kajian akhir mereka telah menunjukkan bahawa hal-hal (i) hingga (v) telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Apa yang mereka perlu lakukan kini ialah kekalkan sahaja pencapaian mereka ini. Dengan kata lain, tarikh 6 Ogos 1958 telah menjadi tarikh keramat bagi Syaitan, Dajjal dan konco2 nya di mana ketamadunan manusia telah berjaya dihancurkan dan dikawal sepenuhnya di bawah telunjuk mereka. Maka tidak lama selepas itu, pada 1hb Oktober 1958, NASA pun ditubuhkan secara rasmi oleh negara Amerika Syarikat.

Misi awal NASA ialah untuk menjadi penyelidik rasmi manusia tentang hal2 di angkasa lepas. Dengan kata lain, hanya mereka sahaja yang layak untuk mengkaji ilmu alam semesta, kita sebagai masyarakat umum hanya perlu membaca hasil2 kajian yang akan merka keluarkan nanti sebagai buku teks. Untuk makluman anda para pembaca yang saya hormati sekalian, telah lebih setengah abad kita ni mempercayai hasil tulisan NASA sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini penipuan mereka dibongkar. Macam mana pula boleh terbuka rahsia mereka ini? Siapa yang membukanya?

Misi Besar(Ultimate Mission) bagi NASA adalah menjerumuskan manusia ke dalam lembah “Atheism” yang menolak sebarang konsep ketuhanan terutamanya Agama Islam. Seterusnya mentaliti manusia akan bersedia untuk menerima Dajjal sebagai Penyelamat Dunia atau disebut sebagai Messiah oleh orang Kristian.


Wallahualam.

(Insyaallah akan bersambung)

No comments:

Post a Comment