Anda telah pun tahu sebab musabab tentang pembohongan NASA tentang “Projek Bulan” mereka dan lain2 maklumat yang bersangkut-paut dengannya. Sekarang mari kita cuba fahami pula, kenapa tak cukup dengan Bulan, NASA kononnya sibuk nak mengkaji planet2 lain di dalam Sistem Suria kita. Berbillion2 malah bertrillion2 jugak la dihabiskan untuk penerokaan angkasa jauh ini sampai berjuta2 rakyat Bumi yang mati kebuluran tidak dipedulikan. Cubalah kita pikirkan... pergi teroka angkasa kah... atau bagi makan orang yang lapar lebih penting dan lebih utama?
Sebenarnya kebelakangan ini... rupanya ada perkembangan tentang respon Atalan Bulan kepada misi-misi NASA ke Bulan. Antara lain, mesej yang dibalas oleh Atalan Bulan ialah teknologi yang didesak untuk penyerahan kepada Atalan Bumi dan NASA kini tidak lagi berada di tangan mereka. Habis tu... duduk kat siapa pulak? Atalan Bulan telah berkeras mengatakan, teknologi itu kini telah dibawa lari oleh sekumpulan Atalan Bulan di mana mereka telah menyorokkannya di salah sebuah planet di dalam Sistem Suria kita. Betul kah begitu?
Sebenarnya saya pun tidak pasti kerana ada juga indikasi dan petunjuk yang mengatakan sebenarnya teknologi Atalan Bulan ini telah dihantar semula ke Bumi dan kini suatu kumpulan Al-Insaan telah diamanahkan untuk menjaganya. Nama kumpulan ini ialah Paladin. Untuk itu, semua ejen2 geng2 jahat di Bumi i.e. CIA, FBI, Mossad, MI6, KGB dan lain2 kumpulan yang mempunyai pelbagai huruf telah dikerahkan untuk mencari Paladin ini. Seperti biasa, ketua turus misi kumpulan2 pelbagai huruf ini ialah tidak lain dan tidak bukan saudara Adolfo Nicolas Pachon, Head of the Jesuits atau lebih dikenali sebagai “The Black Pope”. Opis beliau... semua orang pun tau... di Vatican City... pusat penyembahan Syaitan terbesar di Bumi.
Kisah tentang Paladin ni mungkin ramai yang pernah mendengarnya. Akan tetapi saya masukkan di sini juga sebagai rujukan. Mungkin juga ramai yang telah menonton watak Paladin ini di dalam wayang gambar terbitan geng2 jahat bertajuk “Jumper”. Di dalam wayang gambar ini, ditunjukkan seolah-olah Paladin ini kumpulan ekstrim Kristian berteknologi tinggi yang jahat dan tidak berhati perut bagi mengelirukan kita. Kisah tentang Paladin ini juga ada kat dalam Wikipedia. Kat dalam Wikipedia pula... Paladin dikatakan juga dikenali dengan nama “The Twelve Peers” dan diasaskan oleh King of Franks iaitu Charlemagne atau lebih dikenali sebagai “Charles the Great”. Paladin dikatakan sebagai Pahlawan2 Kristian yang gagah membantu menawan banyak kawasan2 di Eropah sekitar tahu 780 A.D hingga 850 A.D. Semua ini juga adalah cerita2 yang mengarut bagi mengelirukan kita tentang identiti Paladin yang sebenar.
Watak Paladin juga diwujudkan di dalam bentuk permainan2 video dan komputer seperti Fallout 3, Warcraft, Dungeons & Dragons dan banyak lagi. Permainan online dan permainan2 ringan berasaskan Flash pun banyak. Al-maklum seperti biasa... tukang buat permainan2 atau “games” ni pun geng2 jahat juga. Maka watak Paladin di dalam “games” pun amat2 mengelirukan. Ini belum lagi buku2 dan novel2 tentang Paladin... habis semuanya diputar-belitkan.
Jadi, siapakah Paladin ini sebenarnya? Mereka sebenarnya ialah Al-Insaan terpilih yang dilatih oleh saki baki Atalan baik yang belot kepada Atalan jahat. Mereka menyokong Lamarakh kerana sedar keangkuhan dan ketamakan Atalan lah yang menyebabkan peperangan besar berlaku. Sebab itu.... Paladin mempunyai teknologi tinggi berteraskan Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal. Bukan itu sahaja, mereka juga pemegang amanah menjaga teknologi teleportasi dan manipulasi bahan Atalan daripada jatuh ke tangan geng2 jahat.
Berkaitan dengan teknologi teleportasi dan manipulasi bahan ini juga.... ada sumber2 yang saya lihat mengatakan geng2 jahat ini perlukannya bagi membantu Dajjal menghilangkan Al-Masjid Al-Aqsa. Tentang hal ini, saya masih merasakan perlu disiasat lagi... tapi kalau dipikir2 kan mungkin ada juga asasnya. Seperti yang kita tahu, sebagai Plan B, geng2 jahat sedang gigih menggali di bawah Al-Masjid Al-Aqsa bagi meruntuhkannya. Hal ini ada saya kongsikan di dalam posting yang lepas di dalam album NWO.
Daripada Part 1 hingga Part 9, saya telah cuba menjelaskan perkaitan pembohongan Projek Bulan dan projek2 angkasa lepas dengan aspek2 pelan besar atau “blue-print” rancangan2 Syaitan, Dajjal dan konco2 nya. Seperti biasa apa yang saya harapkan ialah cerita2 sebegini tidak terus diterima atau tidak terus ditolak sebelum dibuat sebarang pertimbangan atau siasatan peribadi masing2. Ini supaya tidak berlaku penyakit “Blind Acceptance” mahu pun “Blind Rejection”.
Maka....kalau semuanya dah jelas... apa perlunya Part 10 hingga Part13 pula. Ada sikit lagi hal yang rasanya perlu juga dikongsikan. Harap dapat terus mengikuti apabila posting2 nya dibuat nanti.
(Insyaallah... bersambung)
No comments:
Post a Comment