Untuk makluman, 3753 Cruithne adalah Bulan kita yang kedua. Apa? Kita ada Bulan kedua pulak? Ya... sebenarnya Bumi memang mempunyai dua Bulan. Seperti biasa, hal2 sebegini sudah tentu dinafikan dengan sekeras2 nya oleh NASA.
Begini ceritanya....
Tidak lama dahulu, pada tahun 1986 NASA terpaksa mengumumkan yang mereka telah menemui 3753 Cruithne. Mereka tak boleh nak sorok lagi kerana teleskop pengkaji bintang amatur pun telah dapat mengesannya. Walaupun demikian, seperti lazimnya berlaku... oleh kerana semua orang dok percaya kepada NASA, geng2 jahat telah menggunakan kepercayaan ini bagi mengaburi mata kita dengan mengisytiharkan 3753 Cruithne sebagai hanya sebiji asteroid. Sebijik asteroid yang tidak membawa apa2 makna kepada kita rakyat biasa di Bumi ni.
[Nota: Sebenarnya, penemuan ini pernah diumumkan lebih awal lagi oleh seorang ahli kaji bintang bernama Frederic Petit pada 1846. Komuniti saintis yang dikuasai geng2 jahat pada masa itu dengan mudah telah menafikan beliau.]
Maka... apakah signifikasi sebenar Bulan kedua ini sebenarnya?
Anda telah mendengar tentang cerita tentang Appoloc, Atalan dan Lamarakh. Anda juga telah dengar cerita peperangan besar di zaman Al-Bashar dan anda kini tahu yang saki baki mereka masih hidup bersama2 dengan kita hingga ke hari ini. Cuma... anda mungkin tidak menyedari beberapa perkara lagi.... insyaallah akan diceritakan sebentar lagi.
Pada 20 Disember 2011... Bulan kedua ini sebenarnya telah dilihat jelas dengan mata kasar. Gambar yang saya sertakan sebagai posting ini di ambil di Busby, Australia pada pukul 1.20 pagi. Pada masa itu ramai yang terperanjat dan mengatakan inilah tanda2 hari kiamat semakin menghampiri kita. Apakah penjelasan daripada NASA pula tentang bagaimana ini boleh terjadi? Anda boleh dapatinya dengan mudah di Wikipedia.
http://en.wikipedia.org/
Adakah anda percaya dengan penjelasan NASA ini? Terpulang kepada anda.
Sekarang mari kita menyambung cerita tentang Bulan dan Bulan Kedua ini. Sebenarnya, Al-Insaan telah pun tahu tentang hal ini beribu-ribu tahun dahulu lagi. Malah bagi Al-Bashar, mereka telah tahu hal ini jutaan tahun dahulu lagi. Mereka juga telah biasa berulang-alik di antara Bumi, Bulan dan Bulan Kedua ini yang juga merupakan mini-planet yang mampu menampung pelbagai hidupan.
Apa yang saya belum ceritakan ialah bagaimana keturunan Apolloc tulen pupus selepas Helion, raja terakhir Atalan dan Lamarakh daripada keturunan Apolloc mati.
Sebenarnya, keturunan Apolloc sebelum Helion telah bersepakat untuk berhenti dan tidak lagi menjadi raja mentadbir Al-Bashar. Ini kerana mereka telah tahu yang masa umat Al-Bashar akan berakhir tidak lama lagi dan akan diganti dengan kita Al-Insaan yang dilantik menjadi khalifah selepas mereka. Untuk itu, mereka telah berhijrah beramai-ramai ke Bulan Kedua. Selepas mereka berhijrah, mereka telah menggunakan teknologi mereka (nota: Apolloc menguasai kedua2 teknologi Atalan dan Lamarakh).... untuk mengubah orbit Bulan Kedua ini. Tindakan ini sebenarnya mendapat tentangan banyak pihak namun mereka tidak sempat menghalangnya. Tujuan pengubahan orbit Bulan Kedua ini ialah bagi memutuskan perhubungan keturunan Apolloc dengan Bumi dan Bulan.
Setelah sekian lama mereka (keturunan Apolloc) duduk di Bulan Kedua ini, timbul pula rasa ingin tahu tentang perkembangan Bumi. Maka, sekumpulan kecil Apolloc telah membuat keputusan untuk pergi menziarahi Bumi dan Bulan. Apa yang berlaku ialah kebelakangan ini mereka semakin kerap menziarahi Bumi. Kekerapan yang semakin tinggi ini adalah disebabkan 2 perkara berikut:
1. Mereka merasa kasihan dengan keadaan Al-Insaan yang pada pandangan mereka telah semakin jauh tersesat di dalam tipu daya Syaitan, Dajjal dan konco2 nya; dan
2. Mereka bimbang dengan perkembangan hasil percampuran genetik Al-Bashar dan Al-Insaan yang semakin berleluasa di Bumi (i.e. Bangsa Kerinchi dan beberapa bangsa lain yang saya belum ceritakan lagi).
[Nota: Lawatan keturunan Apolloc ke Bumi dan Bulan inilah yang dijadikan modal oleh geng2 jahat untuk mengada2 kan cerita Anunaki dan Ancient Astronaut Theory yang mengatakan kononnya makhluk asing a.k.a. UFO telah pernah datang melawat tamadun2 terdahulu seperti Maya, Aztech, Inca, Machu-Pichu, Egypt, dsb. bagi mengajarkan mereka teknologi tinggi. Tidak cukup dengan itu, sehingga kini kita dimomokkan dengan kisah X-Files dan UFO yang kononnya makhluk asing datang membuat penyelidikan di Bumi dan Bulan.]
(Insyaallah... bersambung)
No comments:
Post a Comment