Showing posts with label Mistik. Show all posts
Showing posts with label Mistik. Show all posts

Sunday, 13 March 2016

Elizabeth Bathory "The Countess of Dracula"

Kisah bermula dengan seorang wanita bernama Elizabeth Bathory, lahirnya perempuan ini selepas berapa dekad kematian Sang Drakula yang popular di dalam kisah peperangan di antara Wallachia dengan Turki Uthmaniyah. Untuk makluman atuk moyang Elizabeth juga adalah sekutu bagi The Dracula "Vlad III, The Dracul" yang berperang dengan Turki Uthmaniyah itu. Maksudnya di sini, bolehlah dikatakan bahawasanya, Elizabeth dari keturunan bangsawan. Ya, dia berdarah bangsawan Hungary.
Kehidupan Elizabeth amatlah menyedihkan walaupun ia telah berkahwin kerana dia tetap merasa kesunyian dek kerana suami dia sibuk ke luar negara (belajar -> ketua askar Hungary) walaupun keadaan kehidupannya sangatlah mewah di dalam istana yang dipenuhi segala nikmat duniawi. Dengan alasan kesunyian, dia telah juga terlibat dalam berapa skandal seks dengan lelaki lain.
Maka kisah kesyaitanan Elizabeth mula terserlah apabila kehilangan anak2 gadis golongan bawahan semakin diketahui umum. Anak2 gadis yang hilang ini biasanya berkerja di bawah Elizabeth sendiri. Tetapi, pengaruh keluarga yang dimiliki oleh Elizabeth membuatkan kisah2 yang berlaku itu sebagai 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri' pada penduduk dari kalangan golongan bawahan.
Namun, bangkai gajah tidak boleh disembunyikan terlalu lama kerana kebenaran itu akan terserlah jua apabila jumlah kehilangan ini semakin lama semakin meningkat sampailah suatu masa dan saat Emperor Empayar Rom pada ketika itu terpaksa masuk campur dalam hal ini. Emperor ketika itu telah mengeluarkan waran kepada pihak penguasa (tentera) di bawahnya untuk menyerbu istana milik Elizabeth.
Apa yang dilihat oleh mereka adalah tidak dapat disangka sama sekali apabila mereka melihat kepelbagaian keadaan yang tragik dan tragis diperlakukan terhadap mayat2 gadis tersebut. Ada yang mati atas meja makan, tab mandi dan ada sekumpulan yang menanti masa untuk dibunuh.
Dengan dijatuhkan hukuman penjara di dalam istana sendiri, kisah kekejamannya mula membuka mulut apabila Elizabeth yang mencecah usia 40-an mula mengamalkan 'Satanic Ritual' dengan niat 'Young Immortallity'. Ya Elizabeth takut kehilangan kecantikannya yang mana jika diteliti kecantikannya adalah berlandaskan demi kepuasan nafsunya. Sebelum Elizabeth terlibat dalam aktiviti karut-marut tersebut, dia juga pernah melakukan aktiviti biseksual secara paksa terhadap para pekerja gadisnya.
Kaedah dalam ritual yang dijalankan adalah sangat2 mengerikan di mana darah2 anak2 gadis tersebut akan dibuat minum, dilumurkan di seluruh badan atau yang paling dajjal sekali, dia akan mengumpulkan darah para gadis itu tadi sebagai air mandian dia, yang mana telah dikumpulkan di dalam tab mandi. Telah diketahui pada mulanya oleh suami Elizabeth akan tindak-tanduk tidak berperikemanusiaan ini termasuklah perlakuan tidak bermoral dengan lelaki lain, beliau sudi memaafkan dan telah menasihatkan Elizabeth. Tetapi setelah kematian suaminya, perlakuannya bak syaitan yang tidak dirantai kerana jumlah gadis yang dibunuh telah mencapai angka 650 orang.
Setelah ditangkap, dia mati ketika berumur 54 tahun di dalam penjara di rumahnya sendiri. Imej beliau juga telah dikembangkan di dalam sejarah sebagai The Countess of Dracula kerana beliau sebagai bangsawan pernah mengguna pakai nama gelaran tersebut. (Countess merujuk kepada gelaran kepada bangsawan wanita di Eropah). Kisah ini juga menjadi bukti bahwasanya Eropah banyak memendam 1001 kisah mengenai sisi gelap Sejarah mereka sendiri.


Friday, 6 June 2014

(Lagenda) Ilmu Semangat Harimau Dalam Bangsa Melayu

Assalamualaikum W.B.T
  
  Di dalam budaya masyarakat Melayu di Tanah Melayu suatu ketika dahulu, wujud satu kepercayaan mengenai lagenda semangat Harimau terutamanya ketika Malaysia belum lagi mencapai kemodenan yang dapat kita lihat seperti hari ini. Kadang-kadang kekeliruan berlaku bila kita mengatakan berkenaan Harimau Datuk (Tok Harimau), Harimau Jadian dan Manusia Harimau. Pelbagai istilah yang digunakan dalam mengatakan berkenaan jenis harimau di atas. Kadang-kadang kecelaruan bertambah rumit apabila bentuk kepercayaan ini mula difilemkan atau diterangkan oleh seseorang yang kononnya memang arif di dalam soal ini, dan penerangan yang dibuat oleh golongan tersebut sebenarnya lebih banyak kesalahannya berbanding maksud asal daripada istilah-istilah yang telah diberikan oleh nenek moyang kita sejak beberapa kurun dahulu.

Ok, saya akan mula menerangkan maksud bagi ketiga-tiga istilah tersebut berdasarkan apa yang saya fahami . Bahan-bahan yang dijadikan rujukan adalah seperti cerita2 di dalam majalah, surat khabar, internet dan lain-lain. Saya juga berpandukan cerita-cerita orang-orang kampung terutamanya yang terdapat di negeri Perak. Saya ingin memohon ribuan kemaafan jikalau penerangan saya ini berbeza dengan pemahaman yang diketahui oleh anda terutamanya yang bergelar 'Golongan Tua' atau Old Generation.

Harimau Datuk (Tok Harimau):
Harimau Datuk atau dalam bahasa mudahnya Tok Harimau adalah harimau penjaga kampung atau sesuatu daerah itu. Harimau ini asalnya adalah harimau yang sebenar yang hidup di hutan rimba. Kemudian harimau ini di pelihara oleh orang yang berilmu tinggi dalam ilmu harimau. Harimau ini menurut perintah tuannya, boleh disuruh untuk membuat apa sahaja. Biasanya pemiliknya mempunyai ilmu perabun yang membolehkan harimau itu tidak boleh dilihat oleh orang lain. Biasanya pemilik bagi Ilmu Tok Harimau ini adalah orang yang baik-baik yakni alim yang ingin mengekalkan keharmonian di dalam sesuatu kampung itu. Jikalau di lihat secara fizikal atau luarannya kadang-kadang pemilik ini seperti orang biasa-biasa sahaja. Harimau yang dimiliki oleh pengamal ilmu ini, pada masa-masa tertentu ianya akan balik ke hutan dan hidup liar seperti harimau-harimau lain, boleh berkembang biak serta memburu makanannya. Bila di panggil oleh tuannya atau bila diperlukan pada masa tertentu ia akan segera datang dengan kekuatan ilmu angin dari pemiliknya. Biasanya bila berada berdampingan dengan pemiliknya, bertih akan diberi sebagai makanan kepada harimau datuk ini sebagai imbuhan hubungan erat antara pemilik dengan harimau yang di pelihara. Kadang-kala harimau ini juga akan datang kepada ketika ia rindu akan tuannya terutamanya pada waktu malam. Saiz harimau datuk biasanya sebesar lembu dewasa dan berjantina jantan. Andainya diperlekeh ianya akan menampakkan diri, walaubagaimanapun tidak menganggu jika tidak melakukan perkara yang tidak menganggu ketenteraman.

Harimau Jadi-Jadian (Harimau Jelmaan):
Harimau Jadi-jadian merupakan makhluk halus yang berdamping dengan manusia sebagai sahabat. Biasanya makhluk halus ini akan merupakan diri atau menjelmakan diri sebagai harimau jadian jika terdapat kesusahan atau tuannya itu dianiaya. Makhluk-makhluk halus tersebut biasanya akan menjelma di dalam bentuk harimau kerana mereka ingin memenuhi permintaan tuan mereka serta harimau merupakan binatang yang signifikasi dengan kehidupan bangsa Melayu dan sikap binatang tersebut yang garang mampu mengerunkan musuh-musuh mereka juga menjadi pendorong bentuk harimau dipilih dalam penjelmaan ini. Terdapat perjanjian antara manusia dan makhluk ini agar perhubungan mereka dapat diteruskan dan ianya sentiasa diperbaharui. Makhluk halus ini juga berfungsi untuk menjadikan manusia yang sebagai sahabatnya sentiasa digeruni apabila dipandang. 'Harimau' ini juga berfungsi sebagai penjaga bagi rumah, keluarga, kebun atau harta benda bagi tuannya. Kebiasannya pendamping itu merupakan jin atau syaitan yang telah membuat perjanjian dengan manusia tersebut. Penjelmaan harimau jelmaan ini juga berlaku pada kerap kali berlaku pada waktu malam atau ketika pemilik bagi ilmu ini sudah meninggal dunia, kebiasannya senario ini berlaku apabila ada saksi yang merasakan deruan angin yang kuat dan melihat kelibat 'manusia' namun setelah itu kelibat 'manusia' yang dilihat oleh mereka itu tadi lesap dan mereka hanya mendengar ngauman seekor harimau jantan. Hal ini biasanya berlaku di kawasan-kawasan kampung sahaja.


Manusia Harimau (Harimau Jadian):
Harimau jadian atau were-tiger merupakan manusia yang mempunyai ilmu harimau dan mempelajarinya sehingga boleh berubah rupa kepada bentuk harimau itu sendiri. Ilmu ini didapati melalui mempelajarinya dari seseorang yang mempunyai ilmu sebegini ataupun mendapatnya melalui saka. Biasanya orang sebegini mempunyai kekuatan yang berlipat ganda dari kekuatan orang biasa apabila menjadi harimau. Ia juga mempunyai ilmu perabun dan ilmu angin yang tinggi. Orang sebegini biasanya sentiasa digeruni oleh orang disekelilingnya dan binatang liar mahupun harimau biasa. Dikatakan ilmu ini juga lebih hebat berbanding Ilmu Tok Harimau serta Ilmu Harimau Jelmaan. Pengguna bagi ilmu ini juga dikatakan mampu bersilat seperti seekor harimau dan mempunyai gerakan seperti seekor harimau. Mengikut lagenda , bangsa Melayu Kerinchi merupakan suku yang mempunyai kebolehan di dalam mengubah bentuk mereka kepada Harimau Jadian ini tanpa memerlukan saka bagi membantu mereka dalam transformasi tersebut. Wallahualam. Tidak pasti jika perkara ini benar, namun sehingga hari ini kebolehan mengubah bentuk mereka ini dikatakan masih dirahsiakan oleh mereka kerana dikhuatiri akan jatuh ke tangan orang yang salah. Kebolehan yang dimiliki oleh pengguna ilmu ini juga membolehkan mereka menggunakan ilmu ini untuk menentang makhluk hutan yang diberi gelaran Big-Foot yang mana sering menganggu anak-anak dara di dalam sesebuah kampung yang mana kelemahan lain bagi Big-Foot x2 tersebut adalah mereka juga takut akan api.
Perubahan dalam bentuk Harimau Jadian oleh sang penggunanya

Itu sahaja perkongsian ilmu yang ingin saya  kongsikan pada hari ini. 
Sebarang komen serta cadangan daripada anda adalah amat dialu-alukan oleh saya. Sekian terima kasih.