Sudah sekian lama rasanya di dalam hati saya ini ingin
menulis artikel ini dek kerana melihat berapa ketersamaan fizikal di antara
orang-orang Melayu dan orang asli Amerika atau kerap disebut sebagai Native
American di kebanyakan makalah-makalah atau sumber-sumber ilmu yang dihasilkan
oleh negara-negara Barat mengenai subjek berkenaan. Sudah semestinya apabila
menyentuh mengenai pertembungan antara kedua-dua identiti, maka akan ada banyak
perkara yang perlu dibincangkan sebelum saya dan yang membaca dapat memberi
satu kesimpulan adakah kedua-dua ras ini mempunyai kaitan yang rapat sesama
mereka.
Fakta mengenai perhubungan jalan laut yang dibuat oleh orang
Melayu ke benua Amerika diperkuatkan lagi melalui kisah pelayaran Awang Hitam
atau Enrique/Henry The Black ke sekeliling dunia dan akhirnya menjadikan beliau
manusia pertama yang berjaya mengelilingi dunia melalui pelayaran.
Tadi kita telah melihat beberapa bukti mengenai perhubungan
jalan laut yang menghubungkan antara bangsa Melayu dan orang Asli Amerika. Kali
ini mari kita lihat hubungan secara geneology atau secara garis keturunan, yang
mana terhasil melalui penghijrahan orang Melayu ke benua Amerika suatu ketika
dahulu, Pernah suatu ketika, para pengkaji tidak kira saintis mahupun
sejarahwan membentangkan sebuah teori mengenai "3 Gelombang" atau
"3 Waves" apabila menyentuh berkenaan asal usul orang Asli Amerika
ini. Banyak teori yang dibentangkan, tetapi yang paling menarik hati saya
adalah di mana ada di antara pengkaji yang membentangkan garis keturunan The
Indian bermula dari orang-orang Asia Tenggara/ Austronesia sebagai salah satu
gelombang asal usul orang Asli Amerika ini. History of America hasil Muhammad
Yamin telah mengolahkan sebuah hipotesis dimana gelombang yang pertama datang
ke selat Bering, kira-kira 13000 tahun yang lalu daripada orang Mongol.
Gelombang kedua pula datang daripada orang Asutronesia atau Melayu-Polinesia
yang merentasi lautan Pasifik. Untuk gelombang ketiga pula didapati bahawa
ianya datang daripada pelayar Austronesia/Melayu-Polinesia daripada New Zealand
dan juga Asia Timur Jauh (Far East Asia) *Asia Tenggara, Nusantara, dan juga
kepulauan-kepulauan pasifik.
Seorang penulis dari NatGeo News juga pernah menjalankan
sebuah kajian mengenai asal usul Amerindians ini pada 2003. Beliau meletakkan
sebuah permulaan di dalam penulisan beliau dengan sebuah persoalaan "Siapakah
manusia pertama yang berada dan mejalankan kehidupan serta survival di Benua
Amerika?" Di awal penulian beliau menyatakan kajian2 terdahulu yang telah
dijalankan yang mana perolehan kajian2 yang telah diteliti oleh beliau dan
beberapa buah universiti itu mendapati bahawasanya Amerindians berasal dari
Timur Laut Asia. Ianya dittarikhkan pada 12,000 tahun dahulu. Namun yang
demikian, keberadaan orang Asli Amerika tinggal di benua tersebut adalah lebih
lama dari pentarikhan yang dikeluarkan. Jadi di sini sebuah persoalaan mula
timbul, "Siapakah orang & kumpulan pertama yang berada di benua
Amerika & dari manakah asal usul mereka ini?" Rujukan oleh penulis
terhadap kajian yang telah dijalankan oleh sebuah badan di California akhirnya
memberi suatu pencerahan kepada penulis. Di dalam kajian itu, mereka (badan
penyelidik) telah menemui sebuah tengkorak yang kelihatannya lain daripada
penduduk Amerindian yang dikaitkan dengan ras Mongoloid yang berasal Timur Laut
Asia. Walaupun tengkorak itu hanya beberapa ratus tahun, namun para penyelidik
tersebut membuat sebuah dapatan di mana, orang-orang Asia Tenggara yang pernah
menakluki kepulauan Australia pada 60,000 tahun yang dahulu telah mula membuat
sebuah perjalanan ke benua Amerika dan membuat petempatan yang pertama di tanah
Amerika itu.
Tengkorak Luzia |
Kenyataan di atas dapat diperkuatkan kehadiran sebuah bukti
yang dinamakan - "Luzia". Luzia sebenarnya adalah sebuah rangka
manusia yang berusia lebih daripada 11 ribu tahun di benua Amerika. Uniknya
rangka ini juga tidak dapat diselaraskan dengan keberadaan ras Mongoloid di
benua Amerika kerana ciri-ciri yang terdapat di rangka sangat berbeza dengan
Amerindians yang bersalasilahkan orang-orang Timur Laut Asia kerana Luzia lebih
mirip kepada Native Australia. Mereka juga meletakkan "Luzia" di
bawah kategori "Paleoamerican"- orang Amerika di zaman batu.
Kewujudan masyarakat 'Paleomerican" ini kemudiannya terganggu apabila ras
Mongoloid dari Timur Laut Asia mula menyerang mereka di kawasan Utara benua
Amerika. Berkenaan dengan kependudukan orang Asli Amerika di bahagian Utara
benua tersebut, William Ellis di bukunya yang bertajuk " Polynesian
Researches, Volume 1 " menyatakan penemuan rangka-rangka manusia yang
kelihatan berpakaian berjubah dan yang uniknya gaya pemakaian mereka ini sama
seperti mereka yang tinggal di Fiji serta Hawaii. Penemuan bukti di Kentucky
dan Tennesse ini akhirnya merumuskan penulis dalam sebuah dapatan di mana
Amerindians Utara mempunyai perkaitan dengan masyarakat Polinesia dan tidak
mustahil juga dengan masyarakat Melayu kerana seperti mana yang telah
disebutkan di atas, orang-orang Melayu di Asia Tenggara suatu ketika pernah
menakluki kepulauan-kepulauan di sekeliling mereka.
Tengkorak milik Aztekian |
Selain bukti2 rangka juga, terdapat beberapa penyelidik yang
mengaitkan Melayu dengan beberapa nama besar Amerindian seperti Maya dan Aztek.
Antaranya adalah Samuel L. Mitchill yang memperkatakan sebuah teori bahawasanya
"Orang Aztek itu sendiri adalah orang Melayu" serta Prof. Cyrus
Thomas dan Edward Tregar yang mengetengahkan persamaan sistem sebutan orang
Melayu dan orang Maya. Berkenaan teori yang disampaikan oleh Samuel dan rujukan
silang yang boleh dibuat dengan penulisan di atas, mungkin kita dapat melihat
sebuah logika di sebalik teori yang dibuat kerana dengan kewujudan Luzia yang
berusia 11 ribu tahun dan dikatakan berasal dari Austonesia, tidak mustahil jika kita dapat kaitkan bahwasanya
orang Aztek itu adalah orang Melayu. Kerana kemunculan orang-orang Aztek ini di
dalam ketamadunan purba Amerika hanyalah pada 715 tahu yang lepas - abad yang
ke 14. Berkemungkinan Aztek yang membina tamadun yang gah itu adalah cucu-cicit
kepada Luzia atau mungkin mereka adalah gelombang-gelombang yang berterusan
yang berasal dari Asia Tenggara. Jika diperhatikan dua gambar di atas, dengan jelas kita dapat melihat serba sedikit persamaan di antara tengkorak Luzia dan seorang Aztekian, di mana mempunyai ruang mata dan hidung yang besar serta bentuk kepala yang hampir sama panjang dari depan ke belakang.
Antara persamaan sebutan (hampir) Maya dan Melayu: -
Curi - Melayu
Coi - Maya
Kuning - Melayu
Caan,cin - Maya
Ikan - Melayu
Cai - Maya
Rata - Melayu
Lacach (Lacha) - Maya
Kocak - Melayu
Coch - Maya
Meong (Kucing)- Melayu (Sunda)
Miz,
Mio - Maya
No comments:
Post a Comment