Sunday, 14 December 2014

Bangsa Melayu, Pencipta Angka Kosong '0' Pertama Di Dunia?


Di dalam buku-buku teks yang kita atau anak-anak kita singkap dan pelajari pada hari ini mungkin menyatakan bahawasanya Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi atau lebih mudah digelar al-Khawarizmi yang telah mencipta sistem angka terutamanya nombor kosong ini. Sumber ini diperoleh melalui kajian dan pembacaan yang dibuat ke atas salah satu karya beliau yang dipanggil sebagai Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wal Muqabbala (837). al-Khawarizmi yang merupakan salah satu tokoh ilmu hisab atau matematik dunia sebenarnya bukanlah mencipta angka sifar '0', tetapi beliau telah memperkenalkan nombor ini di Iraq setelah lawatannya di India pada ketika itu.

Melalui hal ini Tamadun Eropah melalui Fabonacci atau dikenali dengan jolokan Leornado of Pisa, seorang pemikir Itali pada tahun 1202 telah memperkenalkan angka sifar di dalam karya beliau yang berjudul Liber Abaci . Angka zero atau cipher ini telah ditakrifkan oleh mereka sebagai "tiada apa-apa", "kod", "rahsia" mahupun "mesej rahsia" terkandung di dalam angka itu.



Bagaimanapun, melalui penelitian terhadap buku-buku seperti The Universal History of Number (1998) yang telah diterjemahkan dari hasil karya oleh George Ifrah, Histoire Universelle des Chiffres (1981). Nombor-nombor atau simbol-simbol kosong mungkin telah diguna pakai lebih awal di Alam Melayu. Di dalam buku tersebut, George menyebut beberapa nombor kosong telah ditemui tulisan-tulisan pada batu-batu bersurat sekitar Nusantara dan antaranya ialah prasasti tembaga Sankheda di India pada 594, Trapaeng Prei di Kemboja (683), Kedukan Bukit, Sumatera (683), Kota Kapor, Sumatera (686), Dinaya, Jawa (793), Po Nagar, Vietnam (813) dan Bakul, Vietnam (829). Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kajian yang telah dibuat oleh Joseph Needham, pengkaji sejarah China daalam buku beliau yang berjudul Science and Civilisation in China (1959). Needham menyatakan bahawa simbol ‘0’ sebenarnya ditemukan di bahagian timur tamadun India, iaitu bahagian yang paling hampir dengan China yang menganggap ‘0’ sebagai tempat kosong.

Pada tahun 1979, seorang profesor undangan di UUM, Frank J. Swetz pernah menyebut bahawa etnik Batak di Sumatera memiliki sistem angka merangkumi '0' yang lebih tua usianya daripada yang terdapat dalam sistem angka Hindu-Islam. Frank juga menyatakan bahawa bukti memperlihatkan 17 maklumat mengenai penemuan nombor '0' di alam Melayu berbanding hanya 7 maklumat sahaja yang dapat dikaitkan dengan penemuan angka kosong di India.

Terdapat juga dalam kalangan para pensyarah di Malaysia yang membahaskan mengenai perkara ini sehngga di peringkat antarbangsa. Antaranya ialah Dr Muhammad Alinor, Prof Dr Shaharir Mohamad Zain yang kini mengajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Abdul Latif Samian (UKM), Prof Datuk Dr Abdul Razak Salleh (UKM), Dr Mat Rofa Ismail (Universiti Putra Malaysia) dan beberapa pelajar mereka yang turut sama-sama membantu.

Penemuan bukti ini tidak boleh disangkal lagi apabila Amir Aczel, ahli Matematik US yang telah mendedikasikan hidupnya untuk mencari asal-usul bagi angka '0'. Beliau (Amir) berjaya menemui bukti mengenai penciptaan angka kosong di atas sebuah batu bersurat yang terdapat di dalam sebuah hutan di Kemboja. Beliau yang telah berkongsi kajian beliau di dalam The Huffington Post turut berkata: 

"Angka '0' bukan sahaja satu konsep kosong atau tiada apa-apa, yang membolehkan kita untuk melakukan aritmetik dan algebra dan untuk menentukan nombor negatif, tetapi ia juga merupakan salah satu peranti penting. Dalam peranan itu, sifar membolehkan asas-10 sistem nombor kita untuk hidup, supaya angka 10 yang sama boleh digunakan berkali-kali, pada kedudukan yang berbeza dalam nombor. Ini akhirnya telah menjadikan sistem nombor kita  lebih baik dan hebat. Tanpa angka sifar kita mungkin masih  terperangkap dalam Zaman Pertengahan!."

Tamadun Maya-Aztec di Amerika Tengah juga berjaya mencipta simbol ‘0’ ini yang mana ia menyerupai kulit siput. Namun mereka dipercayai tidak memindahkan pengetahuan itu kepada perabadan bangsa-bangsa lain sehingga diwarisi pada zaman moden dengan satu hipotesis. Namun bagi Amir Aczel pula, sistem '0' yang digunakan oleh tamadun tersebut tidak pernah digunakan oleh mana-mana tamadun lain yang terdapat di dunia. Amir Aczel juga meneruskan hujahnya bahwa tamadun-tamdun lain seperti Tamadun Rom dan Tamadun Mesir tidak memperlihatkan sebarang bukti bahawa tamadun-tamadun tersebut yang mengasaskan angka sifar yang digunakan pada hari ini.

Nombor '0' di atas batu bersurat yang ditemui di Kembuja
Amir Aczel dalam kajiannya turut memetik hasil kajian George Coedes, seorang ahli arkeologi Perancis yang menyatakan bahawa angka sifar sebenarnya datang daripada timur (Kemboja/Funan), yang mana hasil arkeologi yang telah membuktikan penggunaan angka '0' di Alam Melayu tersebut telah ditemui beliau dalam runtuhan sebuah kuil abad ke-7 di rantau Mekong. Aczel  turut menyatakan bahawa Coedes, seorang pakar dalam bahasa Khmer Purba, turut menterjemahkan penggunaan sifar yang pertama seperti di bawah:

"Chaka parigraha 605 pankami ROC ..." yang bermaksud "Era Chaka telah mencapai 605 pada hari kelima bulan menyusut ... ". Nombor '6' di sini muncul dalam bentuk terbalik '9', sebagaimana angka enam yang ditulis dalam Khmer Purba .

Dengan bukti-bukti di atas, jelaslah bahawa bangsa Melayu yang telah mencipta angka '0' yang pertama di dunia, atau lebih tepat lagi ciptaan masyarakat Funan/Chenla (sekarang Kemboja) atau masyarakat Empayar Sriwijaya (kerajaan agung Melayu) kerana terdapat bukti tambahan seperti perkataan tujuh (7) dan saribu (1000) telah turut ditemui pada batu bersurat Vo-Canh di Kemboja sekitar kurun keempat. Antara bukti-bukti lain yang ditemui termasuklah tiga perkataan pembilangan duaratus (200),sariwu tluratus sapulu dua (1312) dan dualaksa (20,000) pada prasasti Kedukan Bukit pada tahun 683, perkataan sapuluh dua (12) dan dua laksa(20,000) di prasasti Telaga Batu (Sumatera) pada 683.

Wednesday, 12 November 2014

Perfectibilist & Illuminati (Origins)

Logo Perfectibilist
Assalamualaikum W.B.T (Please read this article with your language using google translate)

Ya, tentu ramai sekali yang mengenali dan mengetahui mengenai Illuminati. Namun berapa ramaikah yang mengenali struktur organisasi 'Perintah Perfectibilist'. Hmmm. Mungkin agak kurang yang mengenali organisasi rahsia ini. Sebenarnya memang sukar atau tidak pernah juga di antara anda yang pernah mendengar organisasi rahsia ini kerana ianya adalah nama lain bagi 'Perintah Illuminati' dan organisasi ini cenderung kepada bentuk kemanusiaan berasaskan sekularisasi, logik & sains.

Adam Weishaupt
Pada abad ke 18, Adam Weishaupt yang juga pengasas bagi organisasi rahsia Illuminati telah merancang bagi menamakan organisasi tersebut sebagai Perfectibilist, namun atas sebab2 yang tidak diketahui oleh ramai pihak organisasi Perfectibilist atau Perintah Bravian Illuminati diubah namanya kepada Illuminati yang telah dikenali oleh segenap penduduk di dunia. Bagaimanakah Adam Weishpaut ini bercita-cita besar untuk menubuhkan organisasi rahsia yang hari ini telah mengubah dunia ini kepada dunia ciptaannya. Mungkin saya terpaksa membawa anda ke zaman kecilnya. Ahhh sebenarnya, saya begitu benci untuk menceritakan sosok kisah musuh2 monoteis ini, tetapi ianya adalah sebuah sejarah yang perlu difahami dan dipelajari kerana dengan sejarah lah mereka2 ini berjaya menguasai kita dengan mudahnya.


Makhluk bernama Adam ini telah dilahirkan di Ingolstadt (Munich), Bravia, German. German ketika zaman kelahiran Adam bukanlah seperti negara2 Eropah2 yang wujud ketika tu. Negara tersebut berbeza kerana ia dikatakan belum wujud lagi namun ia telah diperintah serta dikuasai oleh seorang putera, duke (pemerintah  dutch/Belanda),  dikuasai juga oleh maharaja, dan ia dapat dikatakan menjadi tanah jajahan (imperial state) yang tidak mempunyai pemerintahan yang berdaulat. Tidak dengan itu sahaja, kawasan kelahiran Adam juga ketika itu dibawah kuasa pihak gereja dan pemilik2 tanah kaya. Natijahnya di sini, kawasan kelahiran pengasas Illuminati itu tidak memperlihatkan suatu kebebesan yang hakiki termasuklah hak bersuara, beragama (gereja memaksa rakyat untuk menyokonggereja), serta hak berdemokrasi (rajanya berkuku besi). Oleh yang demikian, keinginan beliau untuk mengubah semua itu semakin kuat walaupun ketika itu beliau masih lagi seorang kanak2.

Setelah kematian ayahnya, Adam telah diambil menjadi anak angkat oleh seorang dekan universiti di Ingolstadt. Perkara itu telah mendatangkan manfaat kepada beliau untuk meneruskan cita2 beliau kerana sebagai seorang anak kepada dekan universiti, dengan automatik beliau juga akan disuntik dengan semangat inkuiri yang juga mampu memberi suatu implikasi kepada cita2 beliau itu. Di Perpustakaan Baron lah Adam mula mencipta tangga bagi membina istana impiannya. Di peprpustakaan itu, ianya tidak menyimpan bahan2 bacaan yang boleh didapati di perpustakaan2 lain kerana perpustakaan tersebut banyak menyimpan bahan2 bacaan yang telah diharamkan penggunaannya serta pembacaannya di Bravia. Perpustakaan itu juga lah telah menjadi saksi Adam dalam mengenali idea2 radikalisasi yang diperkenalkan oleh 2 orang tokoh Perancis yang terkenal iaitu Rosseau dan Voltaire. Bukan sahaja kehidupan beliau ketika kecil menjadi pendorong untuk menubuhkan organisasi yang telah menjadi penguasa dunia pada hari ini, malah didikan awal beliau turut mendorong dirinya itu untuk mengubah dunia ini.

Pendikan awal yang diperoleh Adam adalah berkaitan Pendidikan Jesuit. Pendidikan Jesuit yang dipelajari anak muda itu adalah berkaitan dengan penghafalan teks2 yang panjang lebar serta perdebatan2 yang bersifat tidak terbuka dan ini sangat menjelekkan beliau kerana tiada perubahan yang mampu diperoleh jika hal ini berterusan. Mahu tidak mahu, beliau tetap meneruskan pelajarannya sehingga beliau mendapat ijazah dalam bidang undang2. Beliau turut berjaya menjadi seorang professor dalam undang2 civil dan pengerusi undang2 Jesuit setelah beberapa tahun kemudian. Namun akhirnya beliau telah ditendang daripada badan undang2 itu kerana menentang ajaran Jesuit serta kebanyakan ahli badan tersebut berpendapat Adam yang bukan seorang Katolik tidak layak untuk memperoleh kerusi tersebut walaupun beliau berpendidikan tinggi dalam bidang Jesuit.

Walaupun ditekan oleh pihak beraja pada akhir abad ke 18, golongan Jesuit ini masih lagi mampu berkuasa penuh ke atas masyarakat lebih daripada kuasa raja itu sendiri dan ini menambahkan perasaan tidak puas hati lagi kepada Adam. Tahun demi tahun, Adam yng juga dekan fakulti undang2 telah banyak menghabiskan masanya  mencari dan menghasilkan buah2 pemikiran bagi menjatuhkan Jesuit dan pemerintahan beraja dan idea2 beliau itu boleh dianggap sebagai idea radikal atau revolusi dalam mobiliti sosial. Tidak terhenti dalam bidang sosial, Weishaupt juga menghasilkan idea mengenai sistem2 perubahan yang boleh disebarkan ke seluruh negara tanpa bimbang akan ancaman pihak berkuasa kerana kebanyakan buku2 Enlightenment (pencerahan) dibekukan dan dilarang penggunaannya di Eropah. Sangkaan beliau tepat dan hasil usaha beliau berjaya, idea-idea revolusi mampu menyerap ke dalam minda anak-anak muda secara perlahan-lahan dan mereka boleh diubah untuk melawan kerajaan mereka serta mengengam gelaran Revolutionary yang berjaya.

"Rakyat tidak akan bebas sehingga kepala raja terakhir mereka digantung dengan isi perut paderi mereka yang terakhir"
-Denis Diderot-


Sistem Sel Biologi turut digunakan dalam Illuminati
Setelah anda membaca quote diatas apakah perasaan anda? Sedih? Marah? Lihatlah betapa berjayanya Weishaupt dan kejamnya hasil2 pemikiran beliau yang telah dijadikan mastermind kepada anak muda sehingga hari ini. Weishaupt dalam menjayakan doktrin Perfectibilist beliau, telah menggunakan sistem sel (cell system). Ketua sistem sel ini akan mengetahui apa yang dilakukan oleh anak2 buahnya. Ini membolehkan organisasi ini terus melakukan kerja2 mereka dan mereka juga terpaksa menghadapi kemungkinan jika ada sel (rekruit) yang baru masuk ke dalam sistem sel mereka.

Rekruit yang terbaru biasanya akan menerima arahan daripada ketuanya yang tidak dikenali. Mereka tidak akan perasaan tindak tanduk dan akiviti orang yang tertinggi daripada mereka. Rekruit yang mempunyai potensi akan dicap oleh para pelatih rekruit (insinuator) dan mereka akan sentiasa diperhatikan di samping dianalisis oleh para pengintip (scrutators) demi mencari ahli2 yang terbaik dalam organisasi ini. Setiap kelas pangkat bawahan perlu memberi laporan kepada orang atasan setiap kali mereka menjalankan aktiviti mereka.

Lukisan Illuminati Council 
Organisasi ini sebenarnya telah mencorak hierarki dalaman mereka dengan menyalin hierarki Jesuit itu sendiri. Pengawas (prefects) akan mengawasi ahli2 individu, dekan (deans) akan mengawasi daerah dan pegawai wilayah akan mengawasi wilayah dan mereka juga mempunyai pengintip untuk mengawasi pengawas dalam setiap pertemuan rahsia yang dibuat. Untuk pangkat yang tertinggi atau lebih dikenali sebagai general, Weishaupt yang juga pengasas merupakan orang yang terlayak bagi kerusi tersebut. Hierarki di bawah beliau pula bertanggaungjawab membentuk dewan seperti di parlimen dan ia digelar sebagai aeropagus atau The Areopagite.

Setiap bulan ahli2 organisasi ini akan bertanggungjawab menghantar Quibus Licet kepada ketua2 mereka. Mereka juga bole menghantar Soli kepada ketua yang lebih tinggi pangkatnya daripada ketua mereka sendiri. Namun begitu jika mereka ingin bercakap dengan Weishaupt, ahli2 bawahan ini perlu menulis Primo yang akan dihantar kepada general secara terus. Semua surat akan disusun mengikut huruf2 dan difailkan secara tertib.

Mungkin ramai dari kita mampu membayangkan struktur2 dan pangkat2 yang ada di dalam organisasi tersebut dengan menggunakan imaginasi kanak-kanak atau tidak kurang juga daripada kita yang membayangkan bahawa Perfectibilist asal Illuminati sebenarnya mempunyai corak pentadbiran seperti corak pentadbiran di sekolah yang mana pengetua adalah ketua sekolah yang tertinggi. Namun inilah kesilapan terbesar yang telah dibuat oleh kita kerana kita mudah membuat tanggapan walaupun belum habis mempelajari mengenai dalam sesuatu hal tersebut, Sebenarnya struktur atau hierarki Perfectibilist ini begitu kompleks dan seperti apa yang anda telah lihat penulis belum menyentuh lagi bab2 mengenai darjah2 kebesaran seseorang ahli Illuminati, simbol2 yang digunakan serta ritual2 mistik dan pelik yang digunakan oleh mereka dalam setiap perjumpaan rahsia yang dibuat

Dengan kelas2 darjah kebesaran yang telah dicetuskan di dalam Perfectibilst oleh Weishaupt sendiri, beliau boleh menghapuskan ahli2 yang tidak layak serta tidak berkemampuan di samping mengangkat dan menjadikan ahli2 yang berkemampuan lebih terkenal di dalam dan luar organisasi.

Pada tanggal 1 Mei 1776 setelah menyusun semuanya secara teliti, Weishaupt bersama orang pengikut setianya telah menubuhkan Order Of Perfectibilist dan nama tersebut diubah kepada Order Of Illuminati atau secara ringkasnya dalam bahasa komunikasi mereka berbentuk bulatan kecil yang mempunyai titik di dalamnya.




Friday, 6 June 2014

(Lagenda) Ilmu Semangat Harimau Dalam Bangsa Melayu

Assalamualaikum W.B.T
  
  Di dalam budaya masyarakat Melayu di Tanah Melayu suatu ketika dahulu, wujud satu kepercayaan mengenai lagenda semangat Harimau terutamanya ketika Malaysia belum lagi mencapai kemodenan yang dapat kita lihat seperti hari ini. Kadang-kadang kekeliruan berlaku bila kita mengatakan berkenaan Harimau Datuk (Tok Harimau), Harimau Jadian dan Manusia Harimau. Pelbagai istilah yang digunakan dalam mengatakan berkenaan jenis harimau di atas. Kadang-kadang kecelaruan bertambah rumit apabila bentuk kepercayaan ini mula difilemkan atau diterangkan oleh seseorang yang kononnya memang arif di dalam soal ini, dan penerangan yang dibuat oleh golongan tersebut sebenarnya lebih banyak kesalahannya berbanding maksud asal daripada istilah-istilah yang telah diberikan oleh nenek moyang kita sejak beberapa kurun dahulu.

Ok, saya akan mula menerangkan maksud bagi ketiga-tiga istilah tersebut berdasarkan apa yang saya fahami . Bahan-bahan yang dijadikan rujukan adalah seperti cerita2 di dalam majalah, surat khabar, internet dan lain-lain. Saya juga berpandukan cerita-cerita orang-orang kampung terutamanya yang terdapat di negeri Perak. Saya ingin memohon ribuan kemaafan jikalau penerangan saya ini berbeza dengan pemahaman yang diketahui oleh anda terutamanya yang bergelar 'Golongan Tua' atau Old Generation.

Harimau Datuk (Tok Harimau):
Harimau Datuk atau dalam bahasa mudahnya Tok Harimau adalah harimau penjaga kampung atau sesuatu daerah itu. Harimau ini asalnya adalah harimau yang sebenar yang hidup di hutan rimba. Kemudian harimau ini di pelihara oleh orang yang berilmu tinggi dalam ilmu harimau. Harimau ini menurut perintah tuannya, boleh disuruh untuk membuat apa sahaja. Biasanya pemiliknya mempunyai ilmu perabun yang membolehkan harimau itu tidak boleh dilihat oleh orang lain. Biasanya pemilik bagi Ilmu Tok Harimau ini adalah orang yang baik-baik yakni alim yang ingin mengekalkan keharmonian di dalam sesuatu kampung itu. Jikalau di lihat secara fizikal atau luarannya kadang-kadang pemilik ini seperti orang biasa-biasa sahaja. Harimau yang dimiliki oleh pengamal ilmu ini, pada masa-masa tertentu ianya akan balik ke hutan dan hidup liar seperti harimau-harimau lain, boleh berkembang biak serta memburu makanannya. Bila di panggil oleh tuannya atau bila diperlukan pada masa tertentu ia akan segera datang dengan kekuatan ilmu angin dari pemiliknya. Biasanya bila berada berdampingan dengan pemiliknya, bertih akan diberi sebagai makanan kepada harimau datuk ini sebagai imbuhan hubungan erat antara pemilik dengan harimau yang di pelihara. Kadang-kala harimau ini juga akan datang kepada ketika ia rindu akan tuannya terutamanya pada waktu malam. Saiz harimau datuk biasanya sebesar lembu dewasa dan berjantina jantan. Andainya diperlekeh ianya akan menampakkan diri, walaubagaimanapun tidak menganggu jika tidak melakukan perkara yang tidak menganggu ketenteraman.

Harimau Jadi-Jadian (Harimau Jelmaan):
Harimau Jadi-jadian merupakan makhluk halus yang berdamping dengan manusia sebagai sahabat. Biasanya makhluk halus ini akan merupakan diri atau menjelmakan diri sebagai harimau jadian jika terdapat kesusahan atau tuannya itu dianiaya. Makhluk-makhluk halus tersebut biasanya akan menjelma di dalam bentuk harimau kerana mereka ingin memenuhi permintaan tuan mereka serta harimau merupakan binatang yang signifikasi dengan kehidupan bangsa Melayu dan sikap binatang tersebut yang garang mampu mengerunkan musuh-musuh mereka juga menjadi pendorong bentuk harimau dipilih dalam penjelmaan ini. Terdapat perjanjian antara manusia dan makhluk ini agar perhubungan mereka dapat diteruskan dan ianya sentiasa diperbaharui. Makhluk halus ini juga berfungsi untuk menjadikan manusia yang sebagai sahabatnya sentiasa digeruni apabila dipandang. 'Harimau' ini juga berfungsi sebagai penjaga bagi rumah, keluarga, kebun atau harta benda bagi tuannya. Kebiasannya pendamping itu merupakan jin atau syaitan yang telah membuat perjanjian dengan manusia tersebut. Penjelmaan harimau jelmaan ini juga berlaku pada kerap kali berlaku pada waktu malam atau ketika pemilik bagi ilmu ini sudah meninggal dunia, kebiasannya senario ini berlaku apabila ada saksi yang merasakan deruan angin yang kuat dan melihat kelibat 'manusia' namun setelah itu kelibat 'manusia' yang dilihat oleh mereka itu tadi lesap dan mereka hanya mendengar ngauman seekor harimau jantan. Hal ini biasanya berlaku di kawasan-kawasan kampung sahaja.


Manusia Harimau (Harimau Jadian):
Harimau jadian atau were-tiger merupakan manusia yang mempunyai ilmu harimau dan mempelajarinya sehingga boleh berubah rupa kepada bentuk harimau itu sendiri. Ilmu ini didapati melalui mempelajarinya dari seseorang yang mempunyai ilmu sebegini ataupun mendapatnya melalui saka. Biasanya orang sebegini mempunyai kekuatan yang berlipat ganda dari kekuatan orang biasa apabila menjadi harimau. Ia juga mempunyai ilmu perabun dan ilmu angin yang tinggi. Orang sebegini biasanya sentiasa digeruni oleh orang disekelilingnya dan binatang liar mahupun harimau biasa. Dikatakan ilmu ini juga lebih hebat berbanding Ilmu Tok Harimau serta Ilmu Harimau Jelmaan. Pengguna bagi ilmu ini juga dikatakan mampu bersilat seperti seekor harimau dan mempunyai gerakan seperti seekor harimau. Mengikut lagenda , bangsa Melayu Kerinchi merupakan suku yang mempunyai kebolehan di dalam mengubah bentuk mereka kepada Harimau Jadian ini tanpa memerlukan saka bagi membantu mereka dalam transformasi tersebut. Wallahualam. Tidak pasti jika perkara ini benar, namun sehingga hari ini kebolehan mengubah bentuk mereka ini dikatakan masih dirahsiakan oleh mereka kerana dikhuatiri akan jatuh ke tangan orang yang salah. Kebolehan yang dimiliki oleh pengguna ilmu ini juga membolehkan mereka menggunakan ilmu ini untuk menentang makhluk hutan yang diberi gelaran Big-Foot yang mana sering menganggu anak-anak dara di dalam sesebuah kampung yang mana kelemahan lain bagi Big-Foot x2 tersebut adalah mereka juga takut akan api.
Perubahan dalam bentuk Harimau Jadian oleh sang penggunanya

Itu sahaja perkongsian ilmu yang ingin saya  kongsikan pada hari ini. 
Sebarang komen serta cadangan daripada anda adalah amat dialu-alukan oleh saya. Sekian terima kasih.

Friday, 6 December 2013

Benarkah Napoleon Itu Seorang Yang Beragama Islam??

Assalamualaikum W.B.T..Bismillahirahmanirahim..
Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada semua yang sentiasa berkunjung ke blog saya
kerana sudah lama saya tidak meletakkan apa2 bahan di dalam blog ini. Hari ini saya akan membincangkan
tentang agama sebenar yang dianuti oleh Napoleon Bonaparte merangkap Maharaja bagi Perancis serta
Raja bagi negara Itali ini.

Maharaja Napoleon I

  Napoleon Bonaparte dilahirkan pada tanggal 15 Ogos 1769 di bandar Ajaccio, Corsica, Perancis. Ibu bapa beliau bernama Carlo Maria di Buonaparte & Maria Letizia Rominio. Mereka sekeluarga tinggal di Casa Buonaparte di mana ianya rumah warisan bagi keluarga Buonaparte. Walaupun beliau adalah anak ketiga dalam empat beradik,beliau telah dinamakan sebagai Napoleon Buonaparte sempena nama abang sulung bagi Carlo Buonaparte yang telah lama meninggal dunia bagi mengenang semula si mati.Semasa Napoleon hidup, beliau adalah seorang ketua tentera bagi negara Perancis serta ketua bagi negara Itali serta Perancis yang mana beliau telah menjadi maharaja bagi negara Perancis serta raja bagi negara Itali. Nama beliau yang asalnya Napoleon Buonaparte telah berubah menjadi Napoleon Bonaparte yang biasanya ditulis dalam sejarah kerana kesan dari bahasa Perancis di negara yang akan diperintah serta dikuasai oleh beliau itu.

  Pada usianya masih seorang kanak2 lagi, beliau telah dihantar oleh keluarga beliau ke sebuah sekolah agama di Autun,Perancis bagi mempelajari bahasa Perancis di sana. Namun setelah 4 bulan belajar di sekolah agama tersebut, beliau telah didaftarkan di sebuah akademi ketenteraan di Brienne le Chateau di mana pada ketikta itu juga,beliau berumur 10 tahun.Di sekolah tentera tersebut,beliau sering kali di usik oleh rakan2 se-akademi kerana beliau tidak mampe berbahasa Perancis dengan lancar kerana beliau sering kali menggunakan loghat Corsican atau loghat beliau sendiri semasa membaca.Di akademi tersebut juga, nasib bakal sang raja ini bertambah malang apabila beliau mempunyai masalah dalam mengeja serta masalah dalam matapelajaran matematik. Walaupun begitu,beliau merupakan seorang prodigi yang sangat hebat dalam bidang sejarah serta geografi hingga guru beliau bagi kedua2 subjek tersebut menganggap beliau akan menjadi seorang pelayar terkenal pada masa akan datang.Setelah tamat pengajiannya di akademi tentera Brienne,beliau telah menjejakkan kaki ke Ecole Militiare yang mana pelajar yang berjaya akan diserapkan ke dalam Tentera Laut Diraja British.Namun begitu atas alasan kekurangan wang setelah ayahnya yang tersayang meninggal dunia,beliau menamatkan pengajian dengan lebih awal dan telah dilantik sebagai ahli Dewan Negara Perancis. Pelantikan ini berlaku kerana Napoleon mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian yang didudukinya walaupun hanya belajar sekejap sahaja.
Napoleon semasa berumur 23 tahun

  Selepas menamatkan pengajiannya juga,Napoleon turut dilantik menjadi Leftenan Muda di Unit Ketenteraan Rejimen La Fere dan bertugas di Valence serta Auxonne sehingga tercetusnya Revolusi Perancis pada 1789.Semasa Revolusi itu berlaku,beliau telah menyertai ahli Revolusi atau disebut sebagai Revolusioner yang diketuai oleh Jacobin di mana Revolusi telah menyaksikan pergelutan di antara royalis,nasionalis serta revolusioner Corsican.Semasa menyertai revolusi tersebut,pangkat beliau telah dinaikkan kepada Leftenan Kolonel dan seterusnya Kapten walaupun beliau sering kali tidak hadir ke kem kerana sibuk dengan revolusi yang beliau sertai itu.

   Semasa beliau masih kecil,beliau telah dibaptiskan dan menerima pandidikan Kristian seawal umurnya 3 tahun iaitu pada tahun 1771. Walau bagaimanapun, guru2 agama yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar beliau hal ehwal agama gagal membentuk beliau kerana setelah beliau dewasa, beliau tidak pernah menganggap tuhan itu wujud dan menganggap agama sebagai satu susunan sosial dalam kehidupan manusia terutamanya agama Kristian Katolik itu sendiri.


Napoleon semasa di Alexandria.
  Beliau dilihat mula terlibat secara langsung dalam hal ehwal yang berkaitan dengan Islam terutamanya dengan pentadbiran Islam sejak beliau menyertai ekspedisi serta peperangan di Mesir pada tahun 1797. Hal ini kerana mengikut pendapat segelintir tokoh sejarahwan, beliau telah lama membuat kajian tentang cara2 hidup orang Islam serta hal ehwal seperti corak pentadbiran, hubungan kekeluargaan dan lain2 lagi yang berkaitan dengan Islam. Sepanjang tempoh di negara berpiramid itu,Napoleon yang pada ketika itu seorang ketua tentera telah menunjukkan satu sikap toleransi terhadap seluruh agama di negara Mesir pada ketika itu dengan mengadakan perbincangan terutamanya dengan ulama-ulama Islam Mesir serta membincangkan sambutan perayaan yang bersangkut paut dengan agama di negara itu. Namun begitu, Jeneral Dupuy yang sentiasa mengiringi dan menemani Napoleon sepanjang perjalanan serta semasa di Mesir telah membongkar satu rahsia besar tidak lama selepas Paus Pius VI menghembus nafas terakhir beliau. Jeneral Dupuy berkata :

"Kami telah memperbodohkan rakyat Mesir demi kepentingan kami dengan berpura-pura mengambil tahu tentang agama mereka; termasuklah Bonaparte atau kami tidak akan sesekali percaya akan agama itu melainkan kami lebih percaya kepada Paus Pius yang telah tiada itu".

  Dalam memoir yang sama juga, setiausaha Bonaparte, Antoine Fauvelet Bourienne menulis cerita tentang kepentingan sesebuah agama kepada diri penguasa Eropah tersebut. Beliau menulis,contoh yang paling unggul yang menunjukkan Napoleon mengambil kesempatan dalam agama terdapat dalam ayat yang berbunyi :

"Dengan menjadikan diri saya sebagai seorang Katolik, saya mampu membawa keamanan ke Brittany dan Vendee. Dengan menjadikan diri saya seorang lelaki Itali, saya mampu menguasai minda2 orang Itali. Dengan menjadikan diri saya seorang Muslim, saya mampu meletakkan diri saya di Mesir. Jika saya mengetuai negara Yahudi, saya akan membina semula Haikal Sulaiman yang telah lama roboh itu." 


   Semasa beliau sudah sampai ke Mesir, beliau telah mengarahkan tenteranya supaya tidak melanggar etika atau undang2 Islam yang telah ditetapkan. Di sana,beliau turut memgikut tradisi umat Islam seperti mengikuti Maulud Nabi S.A.W. Oleh kerana kebaikannya,  segelintir masyarakat Mesir mula memanggilnya Ali Bonaparte bersempena dengan nama sepupu Nabi S.A.W, Ali Ibn Thalib Radiullahu'an. Bagi menghapuskan pengaruh Empayar Uthmaniyah serta pengaruh Mamluk di negara tersebut, Napoleon telah menulis surat kepada Syeikh al-Masiri yang mana Syeikh al-Masiri pada ketika itu merupakan seorang ulama yang terkenal di Alexandaria, Mesir serta beliau sangat senang dengan pendudukan tentera Perancis di negara yang pernah diperintah oleh Firaun itu. Dalam suratnya kepada ulama tersohor tersebut,Napoleon menyatakan ingin menggunakan al-Quran sebagai panduan bagi menyatukan rakyat Mesir daripada kuasa pemerintahan Mamluk serta Uthmaniyah.



  Namun hasil usaha Napoleon ini tidak mampu mengambil hati kesemua penduduk Mesir pada ketika itu, kerana mereka tidak bersetuju atas pendudukan Perancis ke atas Mesir. Semasa Napoleon serta pasukan tenteranya masuk dan menghampiri Kaherah, sebilangan penduduk di situ mula menyerang Napoleon berserta tentera-tenteranya. Semasa penduduk Kaherah menghalau tentera Perancis tersebut, mereka turut menyebarkan manifesto ke seluruh Mesir yang berbunyi ," Mereka rakyat Perancis adalah kaum kafir yang degil dan mereka juga adalah bangsa penyangak yang tidak dapat dikawal...Mereka telah melihat al-Quran, kitab Injil(Perjanjian Baru) serta kitab Taurat(Perjanjian Lama) hanya sebagai sebuah nista dan dongeng sahaja.". Dalam hal yang lain setiausaha Bonaparte, Antoine Fauvelet de Bourienne berkata lagi, 


"Prinsip Napoleon adalah untuk melihat agama2 di seluruh dunia sebagai satu hasil tangan manusia, namun kita harus menghormati ia kerana ia adalah satu enjin yang kuat dan berkuasa tinggi bagi mengerakkan sesebuah kerajaan..Jika Bonaparte bercakap sebagai seorang Muslim, ianya semata-mata untuk menampakan dirinya sebagai seorang ketua politik serta panglima tentera yang berjiwa Islam di negara Islam itu.. Semuanya hanya untuk kejayaannya sahaja, untuk keselamatan tenteranya, dan juga untuk kegemilangannya..Di India, Napoleon mungkin akan menjadi Ali.. Di Thibet, beliau mungkin akan menjadi Dalai-Lama.. Dan di China pula, beliau akan menjadi Confucius". 

  Namun mengikut catatan seorang ahli sejarahwan (Juan Cole), salah seorang jeneral tenteranya yang mengetuai salah satu daripada lima misi ketenteraan di negara Timur Tengah itu telah mengahwini seorang janda kaya yang bernama Zubaidah dan jeneral tersebut bernama Jacques Francois Menou dan beliau akhirnya mengubah nama beliau kepada "Abdullah" yang bermaksud hamba Allah. Hal ini juga mendapat keizinan daripada Napoleon sendiri, namun tidak pasti jika ia hanyalah salah satu permainan dan sandiwara Napoleon itu sendiri bagi menguasai Mesir daripada Mamluk serta Empayar Uthmaniyah yang berpusat di Turki. 

  Pada tanggal 2 Disember 1804, Napoleon telah ditabalkan menjadi Maharaja bagi negara Perancis dengan gelaran Maharaja Napoleon I di Notre Dame de Paris oleh Paus Pius VII. Tidak lama selepas itu, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Gorgaud di mana Napoleon membuka topik perbincangan tentang pandangan materialistik terhadap asal usul manusia serta beliau juga menyatakan keraguan akan kewujudan dan konsep Tuhan Trinity dalam agama Kristian terutamanya ketuhanan Jesus Christ atau Nabi Isa A.S. Beliau turut menyatakan bahawa idea2 yang dibawa oleh Anglikan, Socrates, Plato dan Muhammad yakni Islam tidak seharusnya dikritik jika ia tidak sependapat dengan ajaran Kristian Katolik. Semasa berbincang dengan Gorgaud juga, Maharaja muda Perancis ini turut berkata,

"Saya amat gemar akan ajaran serta agama yang dibawa oleh Muhammad ini, ia mempunyai sesuatu yang agak luar biasa di dalamnya, agama ini juga lain daripada agama yang telah diajarkan kepada kita." Dan seterusnya "Agama Islam adalah agama terbaik daripada segala agama yang ada."

  Keakraban Napoleon dengan Islam akhirnya disokong kuat serta diutarakan oleh salah satu media Singapura iaitu "Genuine Islam" keluaran Oktober 1936 yang mana majalah ini mengatakan bahawa Napoleon telah menukar agama asalnya kepada agama Islam. Menurut media Singapura itu lagi, Napoleon telah berkata:

"Saya telah membaca kitab Injil; Nabi Musa A.S. itu seorang lelaki yang baik, mereka(Yahudi) adalah orang2
yang jahat, pengecut dan kejam.  Ada lagikah kisah yang terdapat di dunia ini kisah yang lebih kejam selain kisah Nabi Luth
A.S serta anak perempuannya??"

"Kajian Sains membuktikan bahawa Bumi bukanlah  pusat pergerakan cakerawala akhirnya telah memberikan satu tamparan hebat terhadap agama(Kristian), Nabi Yushwa' Bin Nun telah 
memberhentikan matahari !!.. Mereka melihat bintang2 akan
jatuh ke laut.. Dan saya akan katakan setiap planet dan matahari turut sama akan
jatuh"

  Maharaja Perancis yang terkenal dengan gelaran "Alexander Baharu" itu berkata lagi:

"Agama2 sentiasa berdasarkan mukjizat, atas sebab itu tiada siapa akan mendengar perkara2 (mengarut) seperti Trinity yang mana Jesus memanggil dirinya anak Tuhan dan dalam masa yang sama
baginda adalah keturunan Daud A.S. Saya lebih suka akan agama yang dibawa oleh Muhammad, 
tidak banyak perkara2 yang mengarut di dalam agama Muhammad ini; masyarakat Turki juga 
mengelar kami sebagai sang penyembah patung yang tidak berguna"

  Maharaja itu meneruskan hujahnya lagi:

"Sesungguhnya, saya telah meberitahu anda pada waktu yang berbeza dan telah mengemukakan cadangan saya kepada anda dalam pelbagai bentuk wacana bahawasanya saya seorang Muslim
Unitarian(Penyembah Tuhan Yang Satu), dan saya akan memuliakan Muhammad itu sebagai
Nabi S.A.W, dan saya juga mencintai dan menyayayngi orang2 Islam.

  Dan Napoleon mengakhiri hujahnya dengan:

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tiada tuhan selain Allah,
Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan" 

  Namun begitu mengikut pendapat segelintir ahli sejarahwan, tokoh
Napoleon semasa menghembuskan nafas terakhirnya
yang mendapat kedudukan ke-34 dalam buku "100 Orang Berpengaruh Di Dunia" yang diterbitkan oleh Michael Hart itu pada ketika dia menghampiri waktu nazaknya, dia dikatakan telah 'disucikan' dengan upacara yang dijalankan oleh paderi di Las Invalides di Perancis. Bagaimanapun menurut Juan Cole, kekaguman pemimpin Eropah ini terhadap pemimpin Islam yang paling unggul yakni Nabi Muhammad S.A.W adalah sangat benar dan tiada percanggahan dalam hal ini, ujarnya lagi. Oleh itu, sebagai seorang penulis artikel ini dan juga sebagai seorang hamba Allah, saya hanya dapat menyerahkan segala-galanya ke atasNya kerana hanya Dia
sahajalah yang mengetahui kebenaran tentang agama sebenar yang dianuti oleh pemimpin yang pernah mengegarkan dunia itu.Wallahualam

Makam Napoleon di Las Invalides

Las Invalides, Perancis






  









Monday, 27 May 2013

Pendedahan Rahsia Bahagian 13/13 (Akhir) : Penamat Bagi Satu Permulaan

Di dalam Part 13 (Bahagian Akhir) ini, apa yang saya cuba lakukan ialah membuat perkaitan sebahagian maklumat2 yang telah lama saya simpan tapi bimbang untuk berkongsi. Ianya sukar disampaikan tanpa bercerita dahulu tentang hal2 yang terdapat di dalam Part 1 hingga Part 12. Saya tidak pasti apakah bentuk respon yang bakal diterima.

Diharapkan ianya dapat mencetuskan buah fikiran dalam mencari cara masing2 memahami apa yang telah dan sedang berlaku... mungkin juga dapat bersedia pula dengan apa yang akan berlaku. Terpulanglah pada anda... sama ada mahu menimbangkan atau pun tidak apa perkara ini secara serius. Seperti posting2 terdahulu, sudah tentu apa yang ada di Part terakhir ini pun bersifat radikal. Malahan... mungkin bagi sesetengah orang... ianya teramat2 radikal sekali.

Adakah anda sudah bersedia? Here we go...

[Nota: Dicadangkan anda baca perlahan-lahan perenggan2 selepas ini. Pastikan anda betul2 faham apa yang diperkatakan... jangan sampai salah faham pulak. Kalau perlu, ulang banyak kali sehingga faham... kalau masih tak faham jugak... mungkin anda membaca posting ini dalam keadaan lapar, mengantuk atau anda sedang mengalami keadaan “jiwa kacau”... 

Sebelum ini anda tentu pernah mendengar atau membaca tentang kisah Nabi Nuh a.s. Sewaktu berlaku banjir besar, bahtera beliau telah memuatkan insan2 terpilih serta makhluk2 lain yang juga terpilih. Cuma, apa yang tidak dicatatkan di mana2 buku setakat yang saya dah baca ialah tentang Bangsa2 terdahulu yang juga menumpang di dalam bahtera Nabi Nuh a.s. Apakah tujuannya mereka menumpang sedangkan mereka boleh sahaja menyelamatkan diri daripada banjir besar ini dek kerana ilmu2 dan kebolehan2 yang mereka miliki? Ya... mereka semua ada satu tujuan yang sama. Mereka mahu mengenali lebih dekat lagi tentang makhluk yang bernama Al-Insaan ini. Semua 96 jenis Bangsa2 terdahulu telah sepakat menghantar wakil masing2 di dalam hal mahu menumpang bahtera ini.

Dipendekkan cerita, setelah banjir besar berakhir, kesemua 96 wakil Bangsa2 terdahulu ini telah bersependapat dan sama2 bersetuju memang patutlah Al-Insaan kini menjadi khalifah di Bumi menggantikan Bangsa2 mereka. Ini kerana mereka kagum dengan kelebihan2 yang dipinjamkan Allah kepada Al-Insaan. Kerana ini, sebelum meninggalkan bahtera, mereka semua telah berdoa kepada Allah. Mereka meminta supaya kisah2 dan ilmu2 tentang Bangsa2 terdahulu ini tidak pupus hilang begitu sahaja tetapi diwarisi pula oleh Al-Insaan. Guess what? (sori... cakap omputih plak sikit). Doa daripada 96 Bangsa2 terdahulu ini telah dimakbulkan oleh Allah.

Ok... standby... di sinilah bermulanya maklumat yang saya rasa teramat2 radikal bagi sesetengah kita. Macam biasa... saya mohon hentikan pembacaan anda sekiranya anda merasakan saya telah melepasi batasan dan melampau.

Ada apa dengan nombor 96? Klu nya terdapat di dalam Surah ke-96 iaitu Surah Al-'Alaq. Semua orang tahu bahawa ayat2 di dalam Surah Al-'Alaq ialah wahyu pertama pertama diturunkan. Tetapi di dalam penyusunan Al-Quran, ia duduk sebagai surah yang ke-96. Ini kerana ia membawa kisah2 dan ilmu2 Bangsa2 terdahulu. Kalau nak dihuraikan semuanya tentulah tidak cukup ruangan di sini. Untuk itu saya akan menyentuh hanya tentang 5 ayat pertama sahaja yang membawa 4 perkara yang menjadi sebahagian daripada inti2 kepada ilmu2.

Sebelum bercerita lebih lanjut, saya mohon anda bersedia dengan terjemahan Al-Quran di sisi anda. Ini bagi membolehkan anda menyemak terus apa yang saya ceritakan tentang 5 ayat2 yang dimaksudkan.

Ayat pertama... Allah telah mengarahkan kita untuk Iqra’... bacalah. Baca apa? Kemudian ayat ke-2, ayat ke-3 dan ayat ke-4 pula diceritakan tentang kejadian Al-Insaan daripada segumpal darah dan bagaimana Allah yang maha mulia mengajarkan kita dengan kalam. Segumpal darah? Kalam apa? Perkataan yang digunakan di sini untuk merujuk kepada manusia ialah Al-Insaan. Seperti yang diceritakan sebelum ini, Al-Insaan bermaksud jenis kita dan tidak termasuk Al-Bashar atau mana2 Bangsa terdahulu. Ayat ke-5 pula memberitahu kita.... yang Allah mengajarkan Al- Insaan apa yang tidak diketahui. Apa yang kita tidak ketahui?

Inilah kunci yang sangat2 penting bagi membentuk “rangka” atau “framework” pemikiran (akal dan hati) kita supaya kita boleh meneroka lebih jauh lagi di dalam mengkagumi kebesaran Allah dan seterusnya dapat pula mengkaji ilmu2 yang sebelum ini mungkin teramat2 sukar sekali difahami.

(i) Baca apa? Bacalah apa yang ada di sekeliling kita. Bacalah... bukan hanya dengan 5 deria dan akal sahaja malah juga dengan hati. Bacalah... supaya kita mengerti adanya Bangsa2 terdahulu dan dapat pula kita memanfaatkan ilmu2 yang dipinjamkan Allah kepada mereka.
(ii) Segumpal darah? Perkataan yang digunakan untuk segumpal darah ialah 'Alaq ('Ain, Lam dan Qof ). Tajuk surahnya pun Al-'Alaq. Daripada segi konteks dan terjemahan yang lebih tepat, ia merujuk kepada DNA Al-Insaan. Cuba recall kisah DNA ini daripada Part 6. Kalau tak ingat... baca la semula Part 6 yer :P Anda faham sekarang? Semua ilmu2 ini telah ada di dalam “DNA junk” Cuma menunggu masa untuk diaktifkan. Bagaimana nak mengaktifkannya? Ntah... kalau saya tau nak buat cam mana... sudah lama saya aktifkan “DNA junk” saya sendiri :D
(iii) Kalam apa? Kalam yang telah Allah ciptakan untuk menulis Qada’ dan Qadar di dalam Kitab Lauh Mahfuz. Apa signifikasinya? Seperti yang kita tahu... semuanya telah dituliskan di Lauh Mahfuz. Kalau betul2 nak cerita pasal Lauh Mahfuz ni... terlalu panjang. Harap anda dapat cuba mencernakan klu ini terlebih dahulu. Jika diizinkan Allah... saya akan kongsikan lebih terperinci di dalam posting2 akan datang.
(iv) Apa yang tidak kita ketahui? Selagi “DNA junk” tidak aktif... selagi itulah kita tidak mengetahui. Insyaallah... kalau kita sentiasa mencari... dapatlah kita mengetahui.

Cukuplah setakat ini dulu kot... Semoga apa yang dihidangkan daripada Part 1 hingga Part 13 ini dapat memberikan kita manfaat di dunia dan di akhirat. Akhir kata, mana yang baik itu sudah tentu datang daripada Allah, dan mana yang tidak baik datangnya daripada kelemahan dan kealpaan diri saya sendiri.

Wallahualam.



p/s: Bacalah dengan seikhlas mungkin imej yang disertakan bersama posting ini.

Pendedahan Rahsia Bahagian 12/13 : SIAPA LAGI????



Bermula daripada Part 1 hingga Part 11, rasanya tidak keterlaluan jika dikatakan saya telah menghujani anda dengan maklumat2 yang luar biasa, aneh dan amat jarang diambil serius. Malah bagi kebanyakan orang terutamanya yang skeptik pasti merasakan hal2 sebegini adalah gila atau mengarut semata2 dan setaraf dengan kisah2 dongeng dan mitos. Bagi anda yang masih sanggup untuk meluangkan masa dan sudi memberi ruang untuk berfikir tentang perkara2 ini.... marilah kita menyambung sedikit lagi.

Di akhir Part 11, kita dah pun menyenaraikan saki baki tujuh Bangsa terdahulu yang masih hidup bersama2 dengan kita (Al-Insaan) di Bumi hingga ke hari ini iaitu:

i. Bangsa Polippa Al-Hin;
ii. Bangsa Polippa Al-Bin;
iii. Bangsa Polippa Al-Tam;
iv. Bangsa Polippa Al-Ram;
v. Bangsa Al-Jin;
vi. Bangsa Al-Bashar Atalan; dan
vii. Bangsa Al-Bashar Lamarakh.

Adakah ini sahaja Bangsa2 yang masih wujud hingga ke hari ini?

Jawapannya.... sudah tentu tidak. Terdapat puluhan lagi Bangsa2 yang terselamat dan telah meneruskan kelangsungan hidup mereka semenjak jutaan tahun lagi. Al-maklum... Bumi ini sudah sangat tua. Saya tidak dapat bayangkan bagaimanakah reaksi mereka yang skeptik ini sekiranya saya mula bercerita pula tentang semua puluhan Bangsa2 ini. Cerita2 tentang kewujudan tujuh jenis Bangsa sebelum ini sahaja pun sudah cukup untuk menyebabkan ruangan “FB Private Message” saya dipenuhi dengan kata2 mengejek dan berbentuk perlekehan. Tidak kurang juga kata2 nasihat yang menyuruh saya kembali ke dunia realiti.... ya... realiti yang fana atau palsu... Itulah realiti menurut definisi mereka yang tidak mempercayai perkara2 yang halus ini.

Untuk memburukkan keadaan lagi, keberadaan Bangsa2 ini pula dirahsiakan dan ditutup oleh geng2 jahat melalui program2 “information censorship” mereka. Program2 ini telah lama dikuatkuasakan semenjak beribu2 tahun lagi di kalangan pemegang2 tampuk pemerintahan negara, di kalangan komuniti saintis dan akademia hinggalah kepada kawalan informasi masakini yang dijalankan secara paksa melalui kuasa kepolisan, ketenteraan dan kumpulan2 pelbagai huruf mereka seperti CIA, KGB, MI6, dsb diterajui oleh the Head of Jesuits. Minda kita pula telah diasuh semenjak kecil lagi dengan sistem pendidikan mereka. Tidak cukup dengan itu, minda kita dilobi pula dengan program2 berita dan informasi tajaan mereka disusuli dengan persembahan2 hebat Hollywood dan rangkaian televisyen serta media mereka.

Ini semua membawa kepada satu situasi yang bagaimana?

Untuk permulaan, cuba bayangkan sekiranya anda ialah salah seorang pembuat keputusan di dalam pentadbiran geng2 jahat. Anda tentu sedar yang geng2 jahat anda sudah menguasai hampir semuanya... harta, duit, sistem ekonomi, sistem pendidikan, kuasa ketenteraan, teknologi sains dan sistem kekuasaan pemerintahan negara2 di seluruh dunia ini. Kenapa anda masih lagi tidak berani beroperasi secara terang-terangan dan menghapuskan terus sesiapa yang menghalang anda? Bukankah anda berkuasa untuk melakukannya sekarang? Apa yang menyebabkan anda masih belum lagi bertindak?

Sebenarnya, geng2 jahat ini masih tidak berani lagi melakukan tindakan penyudah mereka kerana dua perkara:

i. Populasi Bumi yang terlalu ramai – Pada masa ini (setakat awal tahun 2012), populasi Bumi telah melepasi 7 Billion orang. Sekiranya geng2 jahat (yang tak sampai 5% populasi ini) mengambil keputusan untuk menguatkuasakan kehendak mereka secara paksa, pasti mereka tidak akan sanggup ditentang oleh jumlah populasi yang ramai ini. Mereka perlu melakukan beberapa tindakan persediaan terlebih dahulu seperti mengurangkan populasi Bumi atau setidak-tidaknya melemahkan populasi Bumi dengan jalan peperangan, kebuluran, penyebaran penyakit dan pelbagai sekatan terhadap kelompok2 tertentu.

ii. Kewujudan puluhan Bangsa2 terdahulu – Geng2 jahat sedia maklum tentang kewujudan Bangsa2 terdahulu ini yang mempunyai pelbagai kebolehan luar biasa. Mereka sebenarnya amat bimbang kalau2 Bangsa2 ini masuk campur dan mungkin akan menyokong rakyat Bumi menentang Syaitan, Dajjal dan konco2 nya jika mereka bertindak sekarang. Maka, geng2 jahat ini pun sebenarnya ada program2 tertentu untuk menjejaki Bangsa2 terdahulu ini bagi menghapuskan mereka (Ni pun kalau nak cerita... bunyi nya pasti amat di luar akal :P).

Cuba bayangkan alam semesta yang sebegini luas dengan banyaknya ruang2 dimensi yang kita tidak ketahui; adakah wajar sekiranya kita mengatakan hanya kita sahaja yang ada di sini?

Persoalan seterusnya ialah... hebat sangatkah kemajuan sains dan teknologi yang kita telah capai kini sehingga kita dengan penuh yakin menidakkan sebarang kewujudan makhluk2 lain?

Adakah jika sesuatu perkara itu tidak dapat kita lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa.... kita mengatakan ianya tidak wujud? Contoh mudah ialah jika kita mengkaji mata kita sendiri yakni deria penglihatan kita.... ianya hanya mampu melihat tidak sampai 0.01% daripada spektrum atau julat cahaya yang wujud. Ini bermakna 99.99% spektrum cahaya langsung kita tidak sedari wujudnya tanpa menggunakan peralatan2 sains.

Dan akhir sekali, kenapa agaknya bila ada orang yang mengkaji dan menghebahkan perkara sebegini akan dihentam oleh orang2 di sekeliling mereka yang telah terasuh dan terdidik dengan sistem yang sedia ada?

Dalam Part 13 kelak... iaitu Part yang terakhir... saya akan cuba kongsikan beberapa lagi perkara berkaitan yang pasti akan berbunyi sangat2 radikal terutamanya bagi golongan skeptik. Sebelum itu, rasanya saya perlu mengambil masa sedikit bagi membuat moderasi yang terperinci sebelum membuat posting terakhir nanti.


(Insyaallah... bersambung)

Pendedahan Rahsia Bahagian 11/13 : Mereka Yang Telah Wujud Sebelum Ini

Add caption


Di dalam Part 10, saya ada menceritakan yang keturunan Apolloc sebelum Helion telah bersepakat untuk berhenti dan tidak lagi menjadi raja mentadbir Al-Bashar. Ini kerana mereka telah tahu yang masa umat Al-Bashar akan berakhir dalam waktu yang terdekat. Mereka juga tahu yang mereka akan diganti dengan kita Al-Insaan yang dilantik menjadi khalifah selepas mereka. Untuk itu, mereka telah berhijrah beramai-ramai ke Bulan Kedua.

Persoalannya ialah, bagaimana mereka boleh mengetahui pulak yang masa Al-Bashar telah hampir tamat dan tak lama lagi Bapa Al-Insaan iaitu nabi Adam a.s. dan Hawa akan diturunkan ke Bumi menggantikan Al-Bashar sebagai khalifah. Siapa pulak yang beritahu mereka?

Di sinilah sebenarnya bermulanya karier kejahatan Azazil a.k.a. Lucifer a.k.a Iblis semenjak dihalau keluar daripada Taman Syurgawi.

Sewaktu masa semakin hampir bagi Nabi Adam a.s. dan Hawa diturunkan ke Bumi, Azazil yang ketika itu baru sahaja dihalau daripada Taman Syurgawi telah menggarap satu rancangan. Apa yang dirancangkan oleh Azazil ialah mengajak Al-Bashar bersama2 dengannya untuk mempertikaikan kehendak Allah menurunkan Al-Insaan bagi menggantikan Al-Bashar sebagai khalifah di Bumi.

Azazil telah menemui seorang yang sangat berpengaruh di dalam kelompok keturunan Apolloc yang bernama Al-Hin. Kepada Al-Hin diceritakan oleh Azazil tentang Nabi Adam a.s. dan Hawa yang tidak lama lagi akan dihalau daripada Taman Syurgawi dan duduk di Bumi sebagai khalifah baru. Sambil itu, Azazil juga cuba menakut2 kan tentang hakikat bangsa Al-Bashar akan terhapus tidak lama lagi.

Al-Hin memang telah lama mengenali Azazil. Al-Hin bukan sahaja bersahabat dengan Azazil sahaja malah kenal rapat juga dengan ramai raja2 Al-Jin yang terlebih dahulu mendiami dunia sebelum kedatangan Al-Bashar. Pendek kata, Al-Hin dan kaum kerabatnya ini juga boleh tahan hebatnya daripada segi ilmu dan kebolehan (kalau nak cerita tentang Al-Hin ni pun satu kisah yang panjang... kalau diizinkan Allah saya akan kongsikan kisah2 nya di dalam siri posting2 yang lain nanti).

Dipendekkan cerita, setelah Al-Hin mendengar perkhabaran daripada Azazil ini, dia pun segera memanggil beberapa rakan karibnya yang bernama Al-Bin, Al-Tam dan Al-Ram. Mereka berempat pun berbincanglah tentang apakah reaksi yang harus diberikan.

[Nota: Al-Hin, Al-Bin, Al-Tam dan Al-Ram sebenarnya bukan bangsa Al-Bashar pun. Mereka berempat ialah satu bangsa lain yang telah ada di Bumi lebih awal daripada Al-Bashar.... malah lebih awal daripada Al-Jin. Bangsa mereka berempat ini telah diberikan hukuman oleh Allah kerana kemungkaran mereka dahulu. Hukumannya ialah...mereka dipanjangkan umur tetapi tidak boleh melahirkan zuriat. Bangsa ini diberi gelaran Bangsa Polippa. Fizikal mereka ialah mirip seperti Al-Bashar dan Al-Insaan tetapi bersayap yang amat cantik. Populasi mereka yang tinggal ialah 7,000 orang.]

Ok... sambung balik. Mereka berempat ini ialah ketua kepada 4 kumpulan Bangsa Polippa. Bangsa Polippa ini telah lama diberikan kebenaran oleh raja2 terdahulu daripada keturunan Appoloc untuk hidup bersama dengan Al-Bashar. Mereka berempat ini sangat dipercayai oleh Apolloc oleh kerana tingginya ilmu mereka dan taatnya mereka kepada suruhan Allah selepas redha menerima hukuman mereka itu.

Akhirnya, setelah berbincang selama 1,000 tahun, mereka sepakat berjumpa raja Apolloc ketika itu yang bernama Pasadun... abang kepada Zauss (bapa kepada Helion) untuk memberitahu tentang cerita Azazil. Tidak lama selepas itu Pasadun yang telah tua itu telah mati sebelum membuat sebarang keputusan.

Oleh kerana kematian Pasadun, Zauss secara adatnya menggantikan Pasadun sebagai pemangku raja Al-Bashar sementara menanti lantikan raja baru dibuat. Namun, sebelum raja baru dilantik Zauss segera membuat keputusan untuk menamatkan pemerintahan Apolloc ke atas Al-Bashar dan mengarahkan semua keturunan Apolloc untuk berpindah ke Bulan Kedua. Setelah semuanya berpindah, orbit Bulan Kedua telah diubah supaya hubungan Apolloc dan Al-Bashar terputus. Hanya Helion sahaja yang sanggup untuk tinggal sebagai raja terakhir Al-Bashar. Selepas itu, seperti yang diceritakan di dalam Part 10, selepas kematian Helion... bangsa Al-Bashar telah berperang sehingga mereka terhapus daripada Bumi dan Bulan.

Sebagai kesimpulan untuk Part 11 ini, kita boleh senaraikan saki baki beberapa Bangsa terdahulu yang masih hidup bersama2 dengan kita Al-Insaan di Bumi hingga ke hari ini iaitu:

i. Bangsa Polippa Al-Hin;
ii. Bangsa Polippa Al-Bin;
iii. Bangsa Polippa Al-Tam;
iv. Bangsa PolippaAl-Ram;
v. Bangsa Al-Jin;
vi. Bangsa Al-Bashar Atalan; dan
vii. Bangsa Al-Bashar Lamarakh.

Dua potong ayat2 Al-Quran yang pada pendapat saya mungkin boleh menggambarkan kewujudan bangsa-bangsa ini ialah:

Al Ankabuut - Ayat 19

'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'

Al An'am - Ayat 6

'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'


(Insyaallah... bersambung)