Amaran:JIKA ANDA MERASA PELIK SEMASA MEMBACA ARTIKEL YANG AKAN DIEDIT OLEH SAYA INI. MAKA SEBAIK_BAIKNYA ANDA MENUTUP SAHAJA WEBSITE INI. DAN SAYA MENGINGATKAN SEKALI LAGI BAHAWA SAYA HANYA MENGEDIT SAHAJA MAKLUMAT YANG AKAN DIPAPARKAN DI BAWAH INI. SEBARANG MASALAH YANG TERJADI TIDAK AKAN DITANGGUNG OLEH SAYA!!!!!!
Sebelum memulakan editing saya pada kali ini,marilah kita sama2 menadahkan tangan serta menyedekahkan al-Fatihah buat wira-wira yang telah terkorban semasa berjuang di Lahad Datu dan Semporna,Sabah.Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat. AL-FATIHAH.
Sejak kebelakangan ini kita acap kali didedahkan dengan penipuan2 dan konspirasi2 tangan yang tersembunyi.Dan setelah mendengarnya kita mungkin akan merasa pelik atau merasakan ianya sesuatu yang sangat mengarut.Kadang-kala ada di antara kita yang menganggap sesuatu yang seperti ini sesuatu yang bersifat SYIRIK kepada orang2 yang sentiasa mengambil berat terhadapnya.YA!!!! Itulah kebenarannya.Inilah yang berlaku di sekeliling kita.Mengapa perkara yang perlu diambil berat oleh semua pihak ini sering kali dianggap merepek,pelik,syirik dan tanggapan negatif yang lain.Ya jawapannya adalah kerana semenjak kecil kita telah diasuh oleh sistem Zionis untuk hanya percaya apa yang ditulis di dalam buku2 teks sekolah dan sistem maklumat serta berita yang memang semenjak awal lagi dibangunkan untuk membutakan mata kita daripada maklumat2 yang sebenar serta sahih.
Kita mulakan dengan Bulan dulu. Apa yang diberitahu kepada kita oleh NASA tentang Bulan ialah:
1. Bagi NASA bulan ialah tempat yang membosankan serta tandus. Berwarna kelabu kekuningan. Tidak seperti Bumi yang cantik dengan lautan dan daratannya.
2. Kononnya NASA juga sudah menghantar angkasawan2 mereka turun naik ke Bulan sebanyak tujuh kali (di antara Tahun 1969 hingga Tahun 1972) dan mendapati tiada apa lagi yang menarik lagi untuk dikaji di Bulan.
3. Oleh kerana NASA sudah menutup kajian mereka tentang Bulan, mereka sekarang menumpukan usaha2 mereka untuk menjelajah angkasa lepas lebih jauh lagi.... seperti meneroka planet2 lain dalam sistem suria dan juga meneropong lebih jauh sehingga ke sistem2 bintang lain serta galaksi2 lain yang sangat2 jauh. Sudah tentu mereka mahu menang dalam hal2 yang berkaitan dengan alam semesta ciptaan Allah ini.
4. Kesimpulannya,bagi mereka orang2 biasa seperti kita ini tidak perlu mempelajari tentang Bulan yang sebenarnya. Cukuplah apa yang mereka hidangkan di dalam buku2 teks atau ensklopedia yang dibuat oleh mereka. Bagi mereka tidak ada apa lagi yang tinggal di atas permukaan Bulan itu.
Soalannya ialah... Benarkah begitu? Adakah wajar kita terima bulat2 sahaja tentang hal ini atau orang2 Barat menyebutnya sebagai Blind acceptance?
Oleh kerana kita semua tidak pernah pergi sendiri ke Bulan dengan menaiki Roket atau Kapal Angkasa atau melihatnya dengan menggunakan teleskop yang berteknologi tinggi maka terpaksalah kita menerima apa sahaja yang tertulis dengan menggunakan mata pena elektronik lalu dibukukan menjadi buku2 teks atau bahan2 bacaan sebagai rujukan bagi menambah ilmu tentang sesuatu atau alam semesta ciptaan Yang Maha ESA. Jika perkara ini berterusan,maka setelah nyawa kita hanya tinggal di paras hidung pun kita masih belum mengetahui kebenaran tentang Bulan ini.
Okay lah. Untuk editing saya yang pertama ni marilah kita lihat dulu perkara2 asas yang secara relatifnya ringan2 dan persoalan2 tentang Bulan yang pihak NASA rahsiakan supaya kita kekal dungu. Sekali lagi diingatkan... kalau anda sudah mula rasa sesuatu yang aneh atau pelik apabila membaca posting ni, eloklah dihentikan sahaja pembacaan anda ini.
Sekarang cuba fahamkan persoalan2 yang berkaitan dengan perkara-perkara di bawah ini:
1. Bulan bukan tempat yang membosankan dan tandus. Ya. Bulan juga bukan berwarna kelabu kekuningan. Bulan ialah seperti Bumi.... penuh berwarna-warni. Pendek kata... Bulan ialah sebuah planet mini yang mampu menampung pelbagai hidupan seperti di Bumi. WOW!!!! hebat bukan. Hmm, tetapi mengapa kita tidak pernah mendengar tentang hal ini? Kalau kita pernah dengar pun. bukankah cerita sebegini dianggap cerita dongeng? Dan bukankah orang yang mengatakan ini ialah fakta sebenar (seperti yang sedang saya buat sekarang ni ) sudah tentu akan dianggap gila atau mereng atau wayar di dalam kepala saya ini tersilap sambung atau mungkin anda cuba megatakan skru2 yang cuba mengukuhkan minda dan otak saya ini telah berkarat serta longgar?HAHAHAHA :D
2. Kenapa NASA bersusah payah mereka cerita yang hebat2 dengan kos berbillion2 USD untuk menyorokkan perkara2 yang sebenar? Sebelum persoalan ini terjawab.Marilah kita terutamanya yang beragama Ilam berfikir apakah perkara yang digeruni Puak Yakjuj-Makjuj moden ini atau dengan kata lain Zionis Laknatullah Ya... inilah kunci kepada jawapan persoalan ini.
3. Siapakah yang tinggal di atas Bulan? Sabar, nanti di dalam bahagian-bahagian seterusnya akan diterangkan.
4. Adakah NASA betul2 telah menghentikan misi pergi ke Bulan dan kajian ke atasnya. Untuk mengukuhkan lagi pendirian NASA yang Bulan ni sudah tiada nilai untuk dikaji. Presiden USA yang masih kekal hari ini, Barrack Obama telah mengumumkan tidak lama dahulu yang Amerika Syarikat dengan rasminya menghentikan dan menutup "Projek Bulan". Adakah ini lakonan untuk mengaburi aktiviti2 mereka yang berkaitan dengan Bulan yang sebenarnya mereka sedang teruskan secara rahsia?
5. Persoalan seterusnya, daripada mana saya dapat sumber maklumat ini? Sudah tentu bukan daripada internet atau buku2 hasil tulisan NASA dan penyokong-penyokongnya. Dan saya pun tidak bercadang untuk menerangkan daripada mana maklumat2 ini yang saya dapat kerana sebab2 tertentu. Jadi kalau anda rasa lebih percaya kepada NASA dan ingin memanggil saya sebagai seorang yang paranoid. Untuk ketiga kalinya... saya memohon jangan teruskan pembacaan anda.
6. Akhir sekali, timbul satu lagi persoalan. Apakah tujuan serta gunanya program2 angkasa lepas yang gah dan hebat sedang dijalankan sekarang? Adakah ianya untuk tujuan "show-off" atau propaganda sahaja? Nanti akan diterangkan.
(Insyaallah akan bersambung pada hari esok...Selamat malam semua,,,,,)
No comments:
Post a Comment