Sunday 13 March 2016

Elizabeth Bathory "The Countess of Dracula"

Kisah bermula dengan seorang wanita bernama Elizabeth Bathory, lahirnya perempuan ini selepas berapa dekad kematian Sang Drakula yang popular di dalam kisah peperangan di antara Wallachia dengan Turki Uthmaniyah. Untuk makluman atuk moyang Elizabeth juga adalah sekutu bagi The Dracula "Vlad III, The Dracul" yang berperang dengan Turki Uthmaniyah itu. Maksudnya di sini, bolehlah dikatakan bahawasanya, Elizabeth dari keturunan bangsawan. Ya, dia berdarah bangsawan Hungary.
Kehidupan Elizabeth amatlah menyedihkan walaupun ia telah berkahwin kerana dia tetap merasa kesunyian dek kerana suami dia sibuk ke luar negara (belajar -> ketua askar Hungary) walaupun keadaan kehidupannya sangatlah mewah di dalam istana yang dipenuhi segala nikmat duniawi. Dengan alasan kesunyian, dia telah juga terlibat dalam berapa skandal seks dengan lelaki lain.
Maka kisah kesyaitanan Elizabeth mula terserlah apabila kehilangan anak2 gadis golongan bawahan semakin diketahui umum. Anak2 gadis yang hilang ini biasanya berkerja di bawah Elizabeth sendiri. Tetapi, pengaruh keluarga yang dimiliki oleh Elizabeth membuatkan kisah2 yang berlaku itu sebagai 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri' pada penduduk dari kalangan golongan bawahan.
Namun, bangkai gajah tidak boleh disembunyikan terlalu lama kerana kebenaran itu akan terserlah jua apabila jumlah kehilangan ini semakin lama semakin meningkat sampailah suatu masa dan saat Emperor Empayar Rom pada ketika itu terpaksa masuk campur dalam hal ini. Emperor ketika itu telah mengeluarkan waran kepada pihak penguasa (tentera) di bawahnya untuk menyerbu istana milik Elizabeth.
Apa yang dilihat oleh mereka adalah tidak dapat disangka sama sekali apabila mereka melihat kepelbagaian keadaan yang tragik dan tragis diperlakukan terhadap mayat2 gadis tersebut. Ada yang mati atas meja makan, tab mandi dan ada sekumpulan yang menanti masa untuk dibunuh.
Dengan dijatuhkan hukuman penjara di dalam istana sendiri, kisah kekejamannya mula membuka mulut apabila Elizabeth yang mencecah usia 40-an mula mengamalkan 'Satanic Ritual' dengan niat 'Young Immortallity'. Ya Elizabeth takut kehilangan kecantikannya yang mana jika diteliti kecantikannya adalah berlandaskan demi kepuasan nafsunya. Sebelum Elizabeth terlibat dalam aktiviti karut-marut tersebut, dia juga pernah melakukan aktiviti biseksual secara paksa terhadap para pekerja gadisnya.
Kaedah dalam ritual yang dijalankan adalah sangat2 mengerikan di mana darah2 anak2 gadis tersebut akan dibuat minum, dilumurkan di seluruh badan atau yang paling dajjal sekali, dia akan mengumpulkan darah para gadis itu tadi sebagai air mandian dia, yang mana telah dikumpulkan di dalam tab mandi. Telah diketahui pada mulanya oleh suami Elizabeth akan tindak-tanduk tidak berperikemanusiaan ini termasuklah perlakuan tidak bermoral dengan lelaki lain, beliau sudi memaafkan dan telah menasihatkan Elizabeth. Tetapi setelah kematian suaminya, perlakuannya bak syaitan yang tidak dirantai kerana jumlah gadis yang dibunuh telah mencapai angka 650 orang.
Setelah ditangkap, dia mati ketika berumur 54 tahun di dalam penjara di rumahnya sendiri. Imej beliau juga telah dikembangkan di dalam sejarah sebagai The Countess of Dracula kerana beliau sebagai bangsawan pernah mengguna pakai nama gelaran tersebut. (Countess merujuk kepada gelaran kepada bangsawan wanita di Eropah). Kisah ini juga menjadi bukti bahwasanya Eropah banyak memendam 1001 kisah mengenai sisi gelap Sejarah mereka sendiri.