Friday 6 December 2013

Benarkah Napoleon Itu Seorang Yang Beragama Islam??

Assalamualaikum W.B.T..Bismillahirahmanirahim..
Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada semua yang sentiasa berkunjung ke blog saya
kerana sudah lama saya tidak meletakkan apa2 bahan di dalam blog ini. Hari ini saya akan membincangkan
tentang agama sebenar yang dianuti oleh Napoleon Bonaparte merangkap Maharaja bagi Perancis serta
Raja bagi negara Itali ini.

Maharaja Napoleon I

  Napoleon Bonaparte dilahirkan pada tanggal 15 Ogos 1769 di bandar Ajaccio, Corsica, Perancis. Ibu bapa beliau bernama Carlo Maria di Buonaparte & Maria Letizia Rominio. Mereka sekeluarga tinggal di Casa Buonaparte di mana ianya rumah warisan bagi keluarga Buonaparte. Walaupun beliau adalah anak ketiga dalam empat beradik,beliau telah dinamakan sebagai Napoleon Buonaparte sempena nama abang sulung bagi Carlo Buonaparte yang telah lama meninggal dunia bagi mengenang semula si mati.Semasa Napoleon hidup, beliau adalah seorang ketua tentera bagi negara Perancis serta ketua bagi negara Itali serta Perancis yang mana beliau telah menjadi maharaja bagi negara Perancis serta raja bagi negara Itali. Nama beliau yang asalnya Napoleon Buonaparte telah berubah menjadi Napoleon Bonaparte yang biasanya ditulis dalam sejarah kerana kesan dari bahasa Perancis di negara yang akan diperintah serta dikuasai oleh beliau itu.

  Pada usianya masih seorang kanak2 lagi, beliau telah dihantar oleh keluarga beliau ke sebuah sekolah agama di Autun,Perancis bagi mempelajari bahasa Perancis di sana. Namun setelah 4 bulan belajar di sekolah agama tersebut, beliau telah didaftarkan di sebuah akademi ketenteraan di Brienne le Chateau di mana pada ketikta itu juga,beliau berumur 10 tahun.Di sekolah tentera tersebut,beliau sering kali di usik oleh rakan2 se-akademi kerana beliau tidak mampe berbahasa Perancis dengan lancar kerana beliau sering kali menggunakan loghat Corsican atau loghat beliau sendiri semasa membaca.Di akademi tersebut juga, nasib bakal sang raja ini bertambah malang apabila beliau mempunyai masalah dalam mengeja serta masalah dalam matapelajaran matematik. Walaupun begitu,beliau merupakan seorang prodigi yang sangat hebat dalam bidang sejarah serta geografi hingga guru beliau bagi kedua2 subjek tersebut menganggap beliau akan menjadi seorang pelayar terkenal pada masa akan datang.Setelah tamat pengajiannya di akademi tentera Brienne,beliau telah menjejakkan kaki ke Ecole Militiare yang mana pelajar yang berjaya akan diserapkan ke dalam Tentera Laut Diraja British.Namun begitu atas alasan kekurangan wang setelah ayahnya yang tersayang meninggal dunia,beliau menamatkan pengajian dengan lebih awal dan telah dilantik sebagai ahli Dewan Negara Perancis. Pelantikan ini berlaku kerana Napoleon mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian yang didudukinya walaupun hanya belajar sekejap sahaja.
Napoleon semasa berumur 23 tahun

  Selepas menamatkan pengajiannya juga,Napoleon turut dilantik menjadi Leftenan Muda di Unit Ketenteraan Rejimen La Fere dan bertugas di Valence serta Auxonne sehingga tercetusnya Revolusi Perancis pada 1789.Semasa Revolusi itu berlaku,beliau telah menyertai ahli Revolusi atau disebut sebagai Revolusioner yang diketuai oleh Jacobin di mana Revolusi telah menyaksikan pergelutan di antara royalis,nasionalis serta revolusioner Corsican.Semasa menyertai revolusi tersebut,pangkat beliau telah dinaikkan kepada Leftenan Kolonel dan seterusnya Kapten walaupun beliau sering kali tidak hadir ke kem kerana sibuk dengan revolusi yang beliau sertai itu.

   Semasa beliau masih kecil,beliau telah dibaptiskan dan menerima pandidikan Kristian seawal umurnya 3 tahun iaitu pada tahun 1771. Walau bagaimanapun, guru2 agama yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar beliau hal ehwal agama gagal membentuk beliau kerana setelah beliau dewasa, beliau tidak pernah menganggap tuhan itu wujud dan menganggap agama sebagai satu susunan sosial dalam kehidupan manusia terutamanya agama Kristian Katolik itu sendiri.


Napoleon semasa di Alexandria.
  Beliau dilihat mula terlibat secara langsung dalam hal ehwal yang berkaitan dengan Islam terutamanya dengan pentadbiran Islam sejak beliau menyertai ekspedisi serta peperangan di Mesir pada tahun 1797. Hal ini kerana mengikut pendapat segelintir tokoh sejarahwan, beliau telah lama membuat kajian tentang cara2 hidup orang Islam serta hal ehwal seperti corak pentadbiran, hubungan kekeluargaan dan lain2 lagi yang berkaitan dengan Islam. Sepanjang tempoh di negara berpiramid itu,Napoleon yang pada ketika itu seorang ketua tentera telah menunjukkan satu sikap toleransi terhadap seluruh agama di negara Mesir pada ketika itu dengan mengadakan perbincangan terutamanya dengan ulama-ulama Islam Mesir serta membincangkan sambutan perayaan yang bersangkut paut dengan agama di negara itu. Namun begitu, Jeneral Dupuy yang sentiasa mengiringi dan menemani Napoleon sepanjang perjalanan serta semasa di Mesir telah membongkar satu rahsia besar tidak lama selepas Paus Pius VI menghembus nafas terakhir beliau. Jeneral Dupuy berkata :

"Kami telah memperbodohkan rakyat Mesir demi kepentingan kami dengan berpura-pura mengambil tahu tentang agama mereka; termasuklah Bonaparte atau kami tidak akan sesekali percaya akan agama itu melainkan kami lebih percaya kepada Paus Pius yang telah tiada itu".

  Dalam memoir yang sama juga, setiausaha Bonaparte, Antoine Fauvelet Bourienne menulis cerita tentang kepentingan sesebuah agama kepada diri penguasa Eropah tersebut. Beliau menulis,contoh yang paling unggul yang menunjukkan Napoleon mengambil kesempatan dalam agama terdapat dalam ayat yang berbunyi :

"Dengan menjadikan diri saya sebagai seorang Katolik, saya mampu membawa keamanan ke Brittany dan Vendee. Dengan menjadikan diri saya seorang lelaki Itali, saya mampu menguasai minda2 orang Itali. Dengan menjadikan diri saya seorang Muslim, saya mampu meletakkan diri saya di Mesir. Jika saya mengetuai negara Yahudi, saya akan membina semula Haikal Sulaiman yang telah lama roboh itu." 


   Semasa beliau sudah sampai ke Mesir, beliau telah mengarahkan tenteranya supaya tidak melanggar etika atau undang2 Islam yang telah ditetapkan. Di sana,beliau turut memgikut tradisi umat Islam seperti mengikuti Maulud Nabi S.A.W. Oleh kerana kebaikannya,  segelintir masyarakat Mesir mula memanggilnya Ali Bonaparte bersempena dengan nama sepupu Nabi S.A.W, Ali Ibn Thalib Radiullahu'an. Bagi menghapuskan pengaruh Empayar Uthmaniyah serta pengaruh Mamluk di negara tersebut, Napoleon telah menulis surat kepada Syeikh al-Masiri yang mana Syeikh al-Masiri pada ketika itu merupakan seorang ulama yang terkenal di Alexandaria, Mesir serta beliau sangat senang dengan pendudukan tentera Perancis di negara yang pernah diperintah oleh Firaun itu. Dalam suratnya kepada ulama tersohor tersebut,Napoleon menyatakan ingin menggunakan al-Quran sebagai panduan bagi menyatukan rakyat Mesir daripada kuasa pemerintahan Mamluk serta Uthmaniyah.



  Namun hasil usaha Napoleon ini tidak mampu mengambil hati kesemua penduduk Mesir pada ketika itu, kerana mereka tidak bersetuju atas pendudukan Perancis ke atas Mesir. Semasa Napoleon serta pasukan tenteranya masuk dan menghampiri Kaherah, sebilangan penduduk di situ mula menyerang Napoleon berserta tentera-tenteranya. Semasa penduduk Kaherah menghalau tentera Perancis tersebut, mereka turut menyebarkan manifesto ke seluruh Mesir yang berbunyi ," Mereka rakyat Perancis adalah kaum kafir yang degil dan mereka juga adalah bangsa penyangak yang tidak dapat dikawal...Mereka telah melihat al-Quran, kitab Injil(Perjanjian Baru) serta kitab Taurat(Perjanjian Lama) hanya sebagai sebuah nista dan dongeng sahaja.". Dalam hal yang lain setiausaha Bonaparte, Antoine Fauvelet de Bourienne berkata lagi, 


"Prinsip Napoleon adalah untuk melihat agama2 di seluruh dunia sebagai satu hasil tangan manusia, namun kita harus menghormati ia kerana ia adalah satu enjin yang kuat dan berkuasa tinggi bagi mengerakkan sesebuah kerajaan..Jika Bonaparte bercakap sebagai seorang Muslim, ianya semata-mata untuk menampakan dirinya sebagai seorang ketua politik serta panglima tentera yang berjiwa Islam di negara Islam itu.. Semuanya hanya untuk kejayaannya sahaja, untuk keselamatan tenteranya, dan juga untuk kegemilangannya..Di India, Napoleon mungkin akan menjadi Ali.. Di Thibet, beliau mungkin akan menjadi Dalai-Lama.. Dan di China pula, beliau akan menjadi Confucius". 

  Namun mengikut catatan seorang ahli sejarahwan (Juan Cole), salah seorang jeneral tenteranya yang mengetuai salah satu daripada lima misi ketenteraan di negara Timur Tengah itu telah mengahwini seorang janda kaya yang bernama Zubaidah dan jeneral tersebut bernama Jacques Francois Menou dan beliau akhirnya mengubah nama beliau kepada "Abdullah" yang bermaksud hamba Allah. Hal ini juga mendapat keizinan daripada Napoleon sendiri, namun tidak pasti jika ia hanyalah salah satu permainan dan sandiwara Napoleon itu sendiri bagi menguasai Mesir daripada Mamluk serta Empayar Uthmaniyah yang berpusat di Turki. 

  Pada tanggal 2 Disember 1804, Napoleon telah ditabalkan menjadi Maharaja bagi negara Perancis dengan gelaran Maharaja Napoleon I di Notre Dame de Paris oleh Paus Pius VII. Tidak lama selepas itu, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Gorgaud di mana Napoleon membuka topik perbincangan tentang pandangan materialistik terhadap asal usul manusia serta beliau juga menyatakan keraguan akan kewujudan dan konsep Tuhan Trinity dalam agama Kristian terutamanya ketuhanan Jesus Christ atau Nabi Isa A.S. Beliau turut menyatakan bahawa idea2 yang dibawa oleh Anglikan, Socrates, Plato dan Muhammad yakni Islam tidak seharusnya dikritik jika ia tidak sependapat dengan ajaran Kristian Katolik. Semasa berbincang dengan Gorgaud juga, Maharaja muda Perancis ini turut berkata,

"Saya amat gemar akan ajaran serta agama yang dibawa oleh Muhammad ini, ia mempunyai sesuatu yang agak luar biasa di dalamnya, agama ini juga lain daripada agama yang telah diajarkan kepada kita." Dan seterusnya "Agama Islam adalah agama terbaik daripada segala agama yang ada."

  Keakraban Napoleon dengan Islam akhirnya disokong kuat serta diutarakan oleh salah satu media Singapura iaitu "Genuine Islam" keluaran Oktober 1936 yang mana majalah ini mengatakan bahawa Napoleon telah menukar agama asalnya kepada agama Islam. Menurut media Singapura itu lagi, Napoleon telah berkata:

"Saya telah membaca kitab Injil; Nabi Musa A.S. itu seorang lelaki yang baik, mereka(Yahudi) adalah orang2
yang jahat, pengecut dan kejam.  Ada lagikah kisah yang terdapat di dunia ini kisah yang lebih kejam selain kisah Nabi Luth
A.S serta anak perempuannya??"

"Kajian Sains membuktikan bahawa Bumi bukanlah  pusat pergerakan cakerawala akhirnya telah memberikan satu tamparan hebat terhadap agama(Kristian), Nabi Yushwa' Bin Nun telah 
memberhentikan matahari !!.. Mereka melihat bintang2 akan
jatuh ke laut.. Dan saya akan katakan setiap planet dan matahari turut sama akan
jatuh"

  Maharaja Perancis yang terkenal dengan gelaran "Alexander Baharu" itu berkata lagi:

"Agama2 sentiasa berdasarkan mukjizat, atas sebab itu tiada siapa akan mendengar perkara2 (mengarut) seperti Trinity yang mana Jesus memanggil dirinya anak Tuhan dan dalam masa yang sama
baginda adalah keturunan Daud A.S. Saya lebih suka akan agama yang dibawa oleh Muhammad, 
tidak banyak perkara2 yang mengarut di dalam agama Muhammad ini; masyarakat Turki juga 
mengelar kami sebagai sang penyembah patung yang tidak berguna"

  Maharaja itu meneruskan hujahnya lagi:

"Sesungguhnya, saya telah meberitahu anda pada waktu yang berbeza dan telah mengemukakan cadangan saya kepada anda dalam pelbagai bentuk wacana bahawasanya saya seorang Muslim
Unitarian(Penyembah Tuhan Yang Satu), dan saya akan memuliakan Muhammad itu sebagai
Nabi S.A.W, dan saya juga mencintai dan menyayayngi orang2 Islam.

  Dan Napoleon mengakhiri hujahnya dengan:

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tiada tuhan selain Allah,
Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan" 

  Namun begitu mengikut pendapat segelintir ahli sejarahwan, tokoh
Napoleon semasa menghembuskan nafas terakhirnya
yang mendapat kedudukan ke-34 dalam buku "100 Orang Berpengaruh Di Dunia" yang diterbitkan oleh Michael Hart itu pada ketika dia menghampiri waktu nazaknya, dia dikatakan telah 'disucikan' dengan upacara yang dijalankan oleh paderi di Las Invalides di Perancis. Bagaimanapun menurut Juan Cole, kekaguman pemimpin Eropah ini terhadap pemimpin Islam yang paling unggul yakni Nabi Muhammad S.A.W adalah sangat benar dan tiada percanggahan dalam hal ini, ujarnya lagi. Oleh itu, sebagai seorang penulis artikel ini dan juga sebagai seorang hamba Allah, saya hanya dapat menyerahkan segala-galanya ke atasNya kerana hanya Dia
sahajalah yang mengetahui kebenaran tentang agama sebenar yang dianuti oleh pemimpin yang pernah mengegarkan dunia itu.Wallahualam

Makam Napoleon di Las Invalides

Las Invalides, Perancis