Wednesday 16 January 2013

Tokoh-Tokoh Yahudi Yang Merosakkan Pemikiran (Part 3)

                            
Assalamualaikum W.B.T Bismillahirahmanirahim,Pertama sekali saya ingin menyusun sepuluh jari-jemari saya atas kelewatan saya mengupdate sambungan dari post yang lepas.Tanpa membuang masa anda semua mari kita sambung artikel yang lepas. :)

“Jadi saya fikir pada saat itu setiap wanita akan bereaksi dengan berbagai cara yang berbeza. Sekumpulan wanita pada ketika itu tidak akan memasak, sedangkan yang lainnya akan terlibat dialog dengan suami mereka. Di sebahagian negeri di dalam dunia ada beberapa wanita yang akan keluar untuk menunjuk ketidakpuasan hati mereka. Mereka akan menekan anggota Kongres Senator agar meluluskan undang-undang yang mempengaruhi peranan wanita. 


                                                                         Betty Frieden


Tahukah anda siapakah yang mengucapkan kata-kata di atas tadi?Ayat-ayat di atas diucapkan oleh  Betty Friedan(gambar) untuk menyambut demo besar-besaran wanita pada tanggal 26 Ogos 1970 di Amerika Serikat. Friedan adalah seorang tokoh wanita liberal yang turut mendirikan dan kemudian diangkat sebagai presiden pertama National Organization for Woman pada tahun 1966. Ia menjadi pemimpin utama untuk menekan pihak UU di Amerika yang melarang penguguran dan pengembangan sifat-sifat maskulin oleh kaum wanita.Betty Friedan sendiri dilahirkan dengan nama Betty Naomi Goldstein pada tanggal 4 Februari tahun 1921. Pada gilirannya Friedan berkembang menjadi seorang aktivis wanita Yahudi Amerika kenamaan pada sekitar pertengahan 1960-an. Puncak momentumnya terjadi setelah ia berhasil mengarang “The Feminine Mystique“. Buku yang menjadi rujukan kaum wanita ini menggambarkan peranan wanita dalam masyarakat industri di dimata dunia. Di situ, Friedan mengkritik habis peranan ibu-ibu dalam rumah tangga menjadi suri rumah sepenuh masa yang baginya sangat mengekang dan jauh dari penghargaan terhadap hak wanita.Buku Freidan pun terjual laris. The Feminine Mystique berubah menjadi “kitab suci” bagi kaum wanita dan ia diagung-agungkan sebagai pencetus feminisme gelombang kedua setelah gelombangnya  pernah menyapu dunia pada sekitar abad ke-18.Teori yang sangat ternama sekali darinya adalah apa yang disebut oleh Freidan dengan istilah Androgini. Androgini sendiri adalah istilah yang digunakan untuk menunjukkan pembahagian peranan yang sama dalam karakter maskulin dan feminin pada masa yang sama. Istilah ini berasal dari dua kata dalam bahasa Yunani yaitu ανήρ (anér, yang berarti laki-laki) dan γυνή (guné, yang berarti perempuan) yang dapat merujuk kepada salah satu dari dua konsep terkait tentang jantina.Namun pada asalnya, perkataan Androgini muncul pertama kali sebagai sebuah kata majmuk dalam Yudaisme Rabinik sebagai alternatif untuk menghindarkan kata hemaprodit /khunsa yang bermasalah dalam tradisi Yahudi.Akan tetapi, sekalipun telah mendaki kerjaya yang semakin memuncak dalam dunia feminisme, gagasan Freidan pun juga menjadi sasaran kritikan banyak pihak. Menariknya orang yang mengkritik Friedan adalah seorang wanita lain yang bernama Zillah Eisenstein. Eisenstein sendiri adalah Profesor Politik dan aktivis wanita dari Ithaca, New York. Ia menulis kritikan tajam terhadap gagasan konsep wanita bekerja milik Friedan. Dalam bukunya, Radical future of Liberal Feminism, Eisenstsein mengkritik;

“Tidak pernah jelas apakah pengaturan ini seharusnya meringankan beban wanita (keluarga dan pekerjaan) atau secara signifikan menstruktur semula siapa yang bertanggung jawab atas pengasuhan anak. Bagaimana tanggung jawab ini dilaksanakan?” 


Henry Makow dalam tulisannya -Gloria Steinem: How the CIA Used Feminism to Destabilize Society- telah menjelaskan dengan baik bagaimana peranan CIA dalam mengerakkan isu feminisme. Pakar konspirasi kenamaan ini mengatakan bagaimana media elite telah mencipta feminisme gelombang kedua sebagai sebahagian dari agenda elit untuk meruntuhkan peradaban dan mendirikan New World Order. Kesalahfahaman utama kita tentang CIA, kata Makow, adalah bahwa CIA melayani kepentingan AS. Nyatanya, ia selalu menjadi instrumen empayar minyak dunia dan perbankan dunia (Rothschild, Rockefeller, Morgan) yang dikoordinasi oleh Royal Institute for Internal Affairs di London dan cabang mereka di AS, Council for Foreign Relations. Lembaga ini didirikan dan diisi oleh orang-orang berdarah biru dari penguasa perbankan New York dan lulusan perkumpulan organisasi rahsia, “Skull and Bones”.Akhirnya jutaan lelaki yang berwarganegara Amerika dilemahkan dan dipisahkan dari hubungan mereka dengan keluarga (dunia dan masa depan). Wanita Amerika diperdaya hingga mencurahkan diri dalam kerjaya keduniaan lebih daripada kasih-sayang kepada suami dan anak-anak mereka. Banyak wanita sudah tidak layak untuk menjadi isteri serta ibu. Banyak pihak yang merasa terasing dan sendirian serta pertumbuhan mereka seperti tersekat malah ada yang dahagakan kasih sayang, mudah sekali dipengaruhi dan dimanipulasi. Tanpa pengaruh sihat daripada kedua orang tuaatau ibubapa yang tercinta, begitulah anak-anak mereka yang mudah rosak akhirnya.Penindasan terhadap wanita adalah suatu pembohongan. Pembahagian peranan berdasar jenis jantina tidak pernah seteruk yang dipropagandakan kaum wanita. “Ibu saya berjaya menjalankan perniagaan mengimport jam tangan dari Swirtzerland pada tahun 1950. Saat pendapatan ayah saya meningkat, dia bersedia berhenti dan menumpukan perhatian untuk menguruskan anak-anak. Wanita bebas mengejar kerjaya jika itu mereka impikan. Bezanya, dahulu peranan mereka sebagai isteri dan ibu difahami, dan disahkan secara sosial, sebagaimana kemahuan mereka. Hingga Gloria Steinem dan CIA datang bersama-sama,” hujah Makow dengan panjang lebar.Oleh itu, Feminisme adalah penipuan besar-besaran yang dilakukan terhadap masyarakat oleh kumpulan pemerintah. Hal itu dirancang untuk memperlemah struktur sosialis dan budaya Amerika dalam rangka memperkenalkan New World Order sebagai sebuah fasisme yang mesra dan baik di mata masyarakat dunia. Para pendukungnya adalah orang-orang berlagak suci yang menjadi kaya dan berpengaruh darinya. Mereka merangkumi golongan pendusta dan golongan yang rendah nilai moral yang berfungsi untuk golongan elit dalam pelbagai kapasiti seperti: pemerintahan, pendidikan, dan media. Para pelakon ini harus dibongkar dan dikritik sehebat-hebatnya.








Friday 4 January 2013

Tokoh-tokoh Yahudi Yang Merosakan Pemikiran (Part 2)




SEORANG psikologi kelihatan sungguh resah. Ia diberitahu ada ahli psikologi muslim yang baru saja berjaya menasihati seorang ibu yang mempunyai seorang anak. Masalahnya, mungkin sesuatu yang biasa ataupun tidak.

Ahli psikologi muslim itu menerima aduan “unik” dari penjaga tersebut yang memiliki anak berusia tiga tahun.

Rupanya anak ini memiliki sesuatu yang luar biasa. Ia sering kelihatan tidak tenang, mudah marah dan, juga menyimpan kelakuan yang begitu aneh iaitu kerap menggaruk-garuk (maaf ingin saya katakan) kemaluannya. Lalu sebagai seorang psikatri muslim, kepada penjaga si anak itu, dia mengatakan bahawa tingkah laku sang anak adalah normal. Dengan ilmu psikologinya, ia menganalisis dan memberitahu bahawa perangai anak kecil itu disebabkan anak sedang menjalani tahap perkembangan seksual yang normal pada masa mumaiz. “Itu biasa, puan. Puan tidak usah khuatir akan tindakan anak puan itu,” lebih kurang begitulah pesan yang diberikan oleh ahli psikatri muslim kepada ibu yang sangat risau akan tindakan anaknya yang masih kecil itu.
Mendengar cerita ini, ahli psikatri tadi tercengang. Ia hairan mendapati seorang seorang ahli psikatri muslim memberi nasihat dengan kata-kata seperti itu. Bagaimana tidak? Nasihat ahli psikatri muslim itu tadi nyata merupakan teori-teori yang dikeluarkan Freud.
Sigmund Freud (1856-1938) adalah ahli psikologi Yahudi yang menyatakan bahwa kepuasaan peningkatan seksual seorang anak pada usia ini diperoleh dengan cara menahan dan mengeluarkan kotoran. Hal itu sedikit sebanyak membuatkan seorang anak itu kerap menggaruk kemaluannya berkali-kali sebagai sebuah kepuasan kepada dirinya. Freud memang beranggapan sumber kebahagiaan manusia bukanlah agama, namun seksualiti. Agama justru sebaliknya. Ia adalah ilusi. Ilusi yang sengaja diciptakan manusia dari mimpii-mimpinya. Seperti jika kita berdoa, kita tahu Tuhan tidak mampu dilihat, tapi sengaja "dihadirkan" manusia agar yakin doa mereka dimakbulkan
Kisah diatas pernah dibacakan oleh DR. Malik Badri pada tahun 1975 alam pertemuan tahunan ke-4 Kumpulan Ilmuwan Sosial Muslim (AMSS) Amerika dan Kanada.DR. Malik Badri sendiri adalah seorang ahli akademik muslim yang berasal dari Sudan yang kini mengajar di Fakulti Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Saat itu, secara lantang ia membawakan majalah berjudul “Psikologi Muslim dalam Liang Biawak”. Tulisan itu sendiri telah menggoncang denyut nadi setiap ilmuwan muslim yang bersekularisme (secara tidak sedar) yang melanda mereka.
Kata DR. Malik Badri juga, penggunaan ayat “dalam liang biawak” sengaja dipakai kerana bersumber dari hadis terkenal Nabi Muhammad SAW ketika baginda Rasulullah S.A.W meramalkan bahawa akan tiba saatnya nanti orang-orang Islam secara membabi buta mengikuti cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian). “Hal ini dengan indahnya diungkapkan dalam hadis nabi: bahkan jika mereka masuk dalam lubang biawak sekalipun, orang Islam tanpa berfikir panjang akan mengikutinya,” nyata DR. Malik Badri pada majalah yang kini telah menjadi buku berjudul Dilema Psikologi Muslim.
Rupanya inflitrasi teori dari seorang pengikut mazhab Hasidisme Yahudi bernama Sigmund Freud itu betul-betul memperjudikan maruah dan harga diri seorang gadis. Tengoklah perkembangan idea yang digariskannya pada teori  penis envy miliknya.
Menurut Freud, seorang anak gadis kecil yang berusia tiga tahun memiliki sikap "jealous" pada anak lelaki. Mereka berubah menjadi "self-minder" kerana merasa iri hati kerana tidak memiliki kemaluan seperti seorang budak laki-laki. Mulai detik itu, kata Freud, perempuan mulai membenci dirinya. Ada perasaan tidak adil meliputi hati setiap gadis cilik. Mereka tidak dapat menerima nasib yang telah ditakdirkan Tuhan . Seterusnya, terang psikatri Yahudi itu, jika hal ini tidak diatasi, anak cenderung menjadi self-introvert dan rendah diri pada masa dewasanya. Jadi masa silam amat memberi impak pada kehidupan yang mendatang.
Tidak hanya itu, Freud juga mengulas tentang kepribadian seorang gadis kecil seperti "merendahkan/memalukan" mereka. Ulas Freud, anak perempuan yang berusia tiga tahun memiliki keinginan untuk meniduri ayahnya, ya dalam kata-erti sebenarnya. Perasaan sayang terhadap ayah membuak-buak, menyebabkan sang kecil mempunyai kedengkian terhadap seorang ibu. Inilah yang kemudian menjadi "perkara-penting" dalam dunia psikologi pada abad ke-20  dan dikenali sebagai Kompleks Oedipus.

Zakaria Ibrahim dalam bukunya Psikologi Wanita memberikan suatu fakta yang lebih menyedihkan lagi. Ia menemukan bahawa sebahagian psikologi yang melibatkan proses inilah yang menyebabkan kenapa banyak anak perempuan suka menyiram pokok bunga atau berkebun. Sebab dengan memegang selang air atau gagang penyiram, anak perempuan merasakan seolah-seolah sedang memegang kemaluan dan kencing dengan jarak yang jauh. Pernahkah kita mendengar kisah Havlock Ellis tentang seorang pesakit wanita yang tersentak begitu mendengar suara pancuran air pancut? Ya kira-kira seperti itu idea  Freud.
Rupanya idea Freud tidak semanis seperti yang ia bayangkan. Daniel Goleman, bekas peengkaji sains tingkah laku di New York Times mengatakan bahawa gambaran Freud tentang diri manusia merupakan model paling dekat yang dapat diraih peradaban Barat. Di Seville, Spanyol pada tahun 1986 sekelompok ilmuwan berjumpa, termasuk ahli-ahli psikologi, ilmuwan syaraf, ahli genetik, antropologi, dan ilmuwan politik, dan menyatakan bahawa tidak ada dasar ilmiah bagi anggapan bahawa manusia seperti yang digambarkan oleh Freud. Freud dinilai mengada-adakan dan terlalu memaksa percepatan proses kedewasaan psikologi manusia bahawa anak berumur tiga tahun sudah mempunyai berahi tinggi untuk meniduri orang tuanya.
Bahkan Ibrahim al-Jamal, dalam bukunya Penyakit-penyakit Hati menemukan suatu penemuan yang berbeza dalam Oedipus Kompleks. Menurutnya, perkara yang terjadi sebenarnya adalah pembalikan dari skema anak-ibu dalam Oedipus Kompleks. Selama ini kita kenal bahawa kompleks tak lazim ini berpusat  daripada aktiviti erotik sang anak terhadap ibu atau ayahnya. Namun kita tak dapat mengelak sekiranya terjadi  sesuatu yang agak jarang jika seorang ibu yang sangat mencintai anaknya, hingga keduanya mengalami masalah psikologi.
Inilah gambaran orang yang tidak memiliki iman. Bahawa manusia seakan-akan amat mudah dikaburi oleh nafsu jasmaninya. Padahal, dalam tiap diri manusia telah tertanam sebuah fitrah. Ia diberi anugerah untuk bisa membezakan mana yang haq dan mana yang bathil. Bahkan dengan kesungguhannya ia mampu melawan sifat negatifnya itu.

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan sentiasa mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram[QS. 13:28]

AHAD, (29/7/2012), saya bertemu dengan salah seorang 
Calon Doktor Falsafah di Belgorad State University. Beliau menjelaskan pengalaman-pengalaman uniknya selama menetap di Rusia. Khususnya pandangannya terhadap seks bebas di Negera Komunis tersebut.
Lelaki 40-an itu mengatakan pada saya bahawa Rusia untuk urusan seks tidak jauh berbeza dengan di mana-mana buah negara lain di dunia. Kerana sepanjang hubungan itu dilakukan atas dasar suka sama suka, maka tidak akan terjadi suatu masalah. Masalah baru terjadi ketika cinta dilakukan dengan adanya unsur pemaksaan. “Seperti pemerkosaan,” katanya.
Maka tidak hairanlah meski ada jabatan pernikahan & perkahwinan, tapi gelombang perzinaan betul-betul menular di Negara Eropah itu. Rusia bukanlah negeri tanpa agama, tapi mereka bukanlah negara yang menjadikan agama sebagai sumber undang-undang. Agama Kristian di Rusia juga dikatakan telah atau hampir mati serta pupus di dalam diri masyarakat di sana.
Mendengar pernyataan dari Calon Doktor Falsafah dari Russia itu, kita tentu ingat nama seorang Tokoh Yahudi bernama Lawrence Kohlberg (1927-1987). Bagi anda yang aktif dalam bidang pendidikan mahupun psikologi tentu tidak asing mendengar nama professor dari Amerika Syarikat (USA) tersebut. Ia adalah tokoh yang memegang kunci di sebalik kejayaan suatu program yang dikenali "character-education".
Perspektif Karakter dalam kamus rujukan Kohlberg memang bermasalah. Bagi pendidikan karakter,seorang anak yang melakukan hubungan seks tidak tergolong dalam golongan sang-pendosa sepanjang masa itu jika dilakukan dengan penuh tanggungjawab. Ertinya, jika seorang perempuan hamil kerana hubungan haram tersebut, maka yang lelaki sedia untuk menjadi ayah kepada anak tersebut. Jadi Kohlberg mahu mengatakan bahawa yang jadi masalah bukan masalah hubungan zinanya, tetapi bentuk tanggungjawab yang ditunjukkan. Dalam pemahaman Islam, tentu ini suatu masalah besar.
Islam mengajar sesiapa sahaja yang melakukan perzinaan tanpa didahului hubungan pernikahan, maka dia tergolong dalam kumpulan dosa besar. Tidak diikuti jika ia mahu bertanggungjawab atau tidak. Pelaku perbuatan zina yang belum memenuhi kriteria al-muhshân (belum menikah), maka hukumannya adalah disebat sebanyak seratus kali. Ini adalah kesepakatan para ulamak berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah (sebatlah) tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera (sebatan)”. [An-Nûr/24:2]
Sedangkan pelaku perzinaan yang pernah menikah akan dikenakan hukum rejam (dibaling dengan batu) sampai mati. Hukuman ini berdasarkan al-Qur`an, hadits mutawatir dan ijma’ kaum muslimin. Ayat yang menjelaskan tentang hukuman rejam dalam al-Qur`an meski telah dihapus lafadznya namun hukumnya masih tetap dibuat. Umar bin Khatthab Radhiyallahu ‘anh menjelaskan dalam khuthbahnya :
“Sesungguhnya Allah telah menurunkan al-Qur`an kepada NabiNya dan diantara yang diturunkan kepada beliau adalah ayat Rejam. Kami telah membaca, memahami dan mengetahui ayat itu. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melaksanakan hukuman rejam dan kamipun telah melaksanakannya setelah beliau. Aku khawatir apabila zaman telah berlalu lama, akan ada orang-orang yang mengatakan: “Kami tidak mendapatkan hukuman rejam dalam kitab Allah!” sehingga mereka sesat lantaran meninggalkan kewajiban yang Allah Azza wa Jalla telah turunkan. Sungguh (hukuman) rejam adalah benar dan ada dalam kitab Allah untuk orang yang berzina apabila telah pernah menikah (al-Muhshân), bila telah terbukti dengan kesaksian atau kehamilan atau pengakuan sendiri”.
Kohlberg sendiri memilki jejak langkah dalam zionis yang kuat. Ketika Perang Dunia ke-II berakhir pada tahun 1945, Kohlberg melakukan perjalanan ke Eropah untuk melaksanakan misi pembentukan Negara Israel raya. Dia kemudian menjadi sukarelawan untuk membantu penyeludupan bangsa Yahudi keluar dari Eropah dengan melalui Britain ke Palestin. Atas keberaniannya itu, Kohlberg sempat ditangkap dan ditahan di Siprus. Kerana penyeludupan bangsa Yahudi ke Palestina termasuk  dalam jenayah Dunia pada masa itu. Namun barisan tentera Yahudi, Haganah, berjaya membebaskan Tokoh Pendidikan Karakter ini. Kohlberg pun berjaya dibebaskan dan kembali ke USA pada tahun 1948.
Kohlberg juga menemui ‘ilham’ dalam merancang pendidikan karakter dari Sistem Kibbutz di Israel. Sistem Kibbutz adalah sistem yang lebih serupa dengan sistem dalam konsep komunisme. Mengenai hal ini, Karl Marx pernah berkata bahawa ideologi dari para pendiri kibbutz sangat dipengaruhi oleh sosialisme dan zionisme. Dasar pendiriannya dipengaruhi oleh dua dasar ideologi ini: pengalaman pahit dengan antisemitisme yag terjadi di diaspora. Mereka juga dipengaruhi oleh sistem kemasyarakatan patriakhalis yang diwarisi dari Eropah Timur. Dari dasar inilah para pendiri kibbutz mempraktikkan di dalam pemukiman-pemukiman mereka. Mereka menganut sistem tidak ada kelas dalam masyarakatnya. Masing-masing dari anggotanya ‘memberikan apa bisa dia perbuat’ dan ‘akan mendapatkan akan apa yang dia perlukan” (Wikipedia)
Memang pada intinya sistem Kibbutz ini sangat kental mewarnai konsep "character-education" bahawa baik-buruk suatu nilai ditentukan dalam sebuah konsep yang disepakati manusia secara bersama-sama. Jadi Hukum Tuhan tidak diambil kira. Ianya serupa dengan negara komunis.
Oleh kerana, sangat wajar sekali jika Profesor Dadang Hawari, dalam dialognya masa lalu, mengatakan betapa hancurnya Amerika Syarikat sebagai sebuah negara. Karena perzinaan, homoseks, lesbianisme dimana-mana atas nama kebebasan melaksanakan Hak Asasi Manusia. Ya hak asasi untuk bebas dari aturan yang diciptakan Tuhan.







Thursday 3 January 2013

Tokoh-Tokoh Yahudi Yang Merosakan Pemikiran (Part 1)


Oleh:Alive (Alif Wahab)
  Suatu ketika dalam perbincangan di pejabat Institute for the Study of Islamic Thought and Civilizations (INSISTS).DR. Adian Husaini yang merupakan seorang cendekiawan muslim Indonesia menceritakan lawatannya selama 22 hari di Negara Britain. Ia menjelaskan bagaimana perkembangan liberalisme dan ilmu-pengaetahuan di Negeri Puteri Diana tersebut. Namun yang menarik adalah ketika beliau sampai pada pengalaman bertemu dengan warga Yahudi dan Sinagog-sinagog yang ada disana.

  DR. Adian menceritakan bagaimana orang Yahudi begitu serius mengkaji tentang pemikiran manusia. Mereka rela duduk puluhan jam di perpustakaan hanya untuk belajar ilmu pengetahuan. Mereka makan di perpustakaan , minum di perpustakaan, dan mandi pun juga disana. Begitu cerita dari DR. Adian itu sendiri

  .Jika kita meneliti lebih jauh serta lebih mendalam, sebenarnya kecintaan Yahudi terhadap ilmu menjadi suatu kewajipan dalam diri mereka. Fakta memperlihatkan bahwa Yahudi adalah bangsa minoriti -dan memiliki sejarah yang gelap  membuat mereka tidak dapat melakukan banyak perkara selain mempertahankan diri mereka. Dimulakan dengan memperbanyakan keturunan, bergerak dalam bidang ekonomi, sampai pada satu tahap melemahkan pemikiran kelompok-kelompok di sekitar mereka. Namun cara itu tidak akan dapat dilakukan tanpa proses internalisasi ajaran Yahudi yang betul-betul menyatu terhadap generasi serta keturunan mereka.
  
  Proses internalisasi itu setidaknya dimulakan dari bagaimana mereka mempelajari kitab-kitab Yahudi seperti taurat, talmud, mishnah, siddur, dan sebagainya. Tiap hari-khususnya hari sabtu- mereka akan "menyibukkan" diri mereka membaca teks-teks Yahudi. Pendidikan ini biasanya dipimpin oleh seorang rabbi yang sudah menguasai teologi Yahudi secara baik dan memahaminya dengan betul.

  Satu hal penting untuk dikuasai Yahudi adalah bahasa. Rahel Halabe, seorang guru pendidikan Bahasa Ibrani yang terkenal di kalangan Yahudi pernah menulis sebuah buku pengantar bahasa Ibrani berjudul “The Introduction to Biblical Hebrew the Practical Way“. Menariknya,jurusan pendidikan oleh Halabe adalah jurusan Sastra dan Bahasa Arab di Hebrew University, Israel.

  Dalam penulisannya, Halabe menjelaskan betapa pentingnya penguasaan bahasa Ibrani bagi seorang anak Yahudi. Halabe mengulas lagi, bahasa Ibrani bagi seorang anak Yahudi, bukan sahaja semata-mata menjadi tuntutan teologis tapi bahasa Ibrani juga memperlihatkan kultur atau budaya yang menjadi suatu jiwa yang tidak dapat dipisahkan dari identiti seorang Yahudi. Halabe kemudian mendelegasikan tulisan Ibrani modern dalam cara pendidikannya. Hal ini tidak saja untuk memudahkan jalan mereka menguasai percakapan bahasa Ibrani dan literatur moden Ibrani, tetapi juga untuk mendukung pelajaran yang dipelajari mereka tentang teks-teks teologi klasik Yahudi seperti Siddur dan Mishnah.

  “Introducing young students to modern Hebrew literature will not only ease their way into Hebrew conversation and modern Hebrew literature, but will support their study of the classical texts: Bible, Siddur, Mishnah and more. In fact, studying classical Hebrew will, in its turn, support the learning of modern Hebrew, which draws so much from its layered linguistic traditions,” jelasnya.

  Akhirnya setelah semua proses itu telah dipelajari, orang2 Yahudi tersebut akan memetik hasilnya. Hasil itu adalah berbentuk suatu generasi dewasa Yahudi yang terpelajar sekaligus menghargai warisan dan budaya mereka. Ya, bukan budaya dari bangsa-bangsa lain.

  “In fact, studying classical Hebrew will, in its turn, support the learning of modern Hebrew, which draws so much from its layered linguistic traditions. A rich program offering both past and present will help produce educated adult Jews who are well-read and appreciative of their heritage and culture.”

  Dan ketika orang-orang Yahudi betul-betul menguasai konsep ajaran agamanya, barulah mereka akan lebih serius “menjajah” ajaran agama lain. Hal ini betul-betul terjadi tak lama setelah Yahudi berhasil melakukan invasi ke atas negara Palestine dan kemudian melahirkan Israel sebagai negara mereka yang baharu.

  Salah satu contoh khusus untuk mewakili kajian ini adalah dengan berdirinya Arabic and Islamic Studies di Hebrew University of Jerusalem atau dapat diringkaskan sebagai Jurusan Pengajian Islam dan Arab. Dalam bukunya Belajar Islam Dari Yahudi, Herry Nurdi mengatakan bahwa Kajian Islam di Hebrew University sendiri digagas bersamaan dengan keberkesanan zionisme merampas tanah Palestine. Mereka menilai cara menguasai Palestine sebagai representasi islam dengan mengenali agama orang Palestine itu sendiri, yakni agama Islam.

  Dapat dikatakan, Kajian tentang Islam dan Arab sendiri adalah salah satu kajian tertua di Hebrew University of Jerusalem yang mulanya bernama the School of oriental studies. Namun meski didirikan hanya oleh lima orang Yahudi, jurusan ini kemudian berkembang menjadi jurusan terkenal di kampus tersebut. Dan kini tercatat sudah memiliki 32 Profesor dalam bidang Sastra Arab beserta Sejarah Peradaban Islam.

 Dan dari Universiti tertua di Israel inilah lahir para cendekiawan-cendekiawan Yahudi yang mempromosikan ajaran liberalisme dan bertindak sebagai orientalisme yang seiring dengan misi kolonialisme, yakni menjajah adama Allah.

  

Apakah setiap datang kepadamu seorang rasul membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginanmu lalu kamu angkuh; maka beberapa orang (di antara mereka) kamu dustakan dan beberapa orang (yang lain) kamu bunuh? [QS al-Baqarah (2): 87]

  KEBENCIAN kaum Yahudi Zionist Laknatullah terhadap umat Islam selalu menjadi sebuah perbincangan serius di dalam Al Qur’an. Allah berkali-kali menjelaskan sifat kaum ini yang sungguh tidak rela ketika Islam menjadi agama yang benar. Salah satu misi tersebut kini banyak dpelopori oleh para orientalis Yahudi. Salahsatunya adalah Abraham Geiger (1810-1874).

Boleh saya katakan Geiger merupakan manusia yang pertama  mengatakan Al Qur’an dipengaruhi agama Yahudi. Anda tahu apa judul penulisannya hingga memenangi pertandingan masuk Universiti Bonn pada tahun 1832??? Sangat provokatif tajuk penulisannya, yakni “Apa Yang Diambil Muhammad Dari Yahudi”. Penulisan yang dibuat Geiger akhirnya dipilih oleh Professor Georg B. F. Freytag dari Fakulti Oriental Studies, Universi­ti Bonn. Hasilnya, Geiger menang dan mendapat hadiah dari hasil tulisannya. Padahal, saat itu usianya baru 22 tahun.

  Setahun kemudian penulisan tersebut yang dikarang Geiger lantas diterbitkan  dengan judul “Was hat Mohammed aus dem Judenthume aufgenommen?”. Seperti dikuti dari buku Adnin Armas, Metodeologi Bibel dalam Pengajian al- Qur’an, (dalam tulisannya) Geiger menuding kosa kata Ibrani memiliki pengaruh signifikan. Geiger mengutip sebahagian ayat-ayat dalam Al Qur’an yang mirip dengan Ibrani seperti Tabut, Taurat, Jannatu ‘And, Jahannam, Ahbar, darasa, Rabani, Sabt, Thaghut, Furqan, Ma’un, Mathani, Malakut. Geiger juga berpendapat Qur’an  terpengaruh ketika mengemukakan, (a) hal-hal yang menyangkut keimanan dan gaya kehidupan (b) peraturan-peraturan hukum dan moral dan (c) pandangan tentang kehidupan. Selain itu, Geiger berpendapat cerita-cerita yang ada di dalam Al Qur’an pun tidak lepas dari agama Yahudi.

 Senada dengan Geiger, seorang Yahudi yang bernama Joseph Horovitz juga menulis dua buah tulisan untuk menyatakan perkaitan Bahasa Yahudi dibalik Qur’an, yakni sebuah buku berjudul Das koranische Untersuchungen (1923) dan sebuah artikel bertuliskan Jewish Proper Names and Derivatives in the Koran (1925).

  Pandangan Geiger ini kemudian diikuti oleh banyak sarjana lainnya, seperti Günther Luling dan Christoph Luxemberg. Karya terbaru yang menghimpun beberapa hasil kajian historis-kritikan ala Geiger ini adalah buku yang diedit oleh Tilman Nagel, iaitu Der Koran und sein religiöses und kulturelles Umfeld (2010).

  Pesanan yang ingin disampaikan adalah bahwa Qur’an bukanlah sebuah kitab yang suci dan mengatakan bahwa pada dasarnya Nabi Muhammad bukanlah seorang yang ummi (tidak mampu membaca serta menulis ). Pandangan ini banyak ditekankan oleh Geiger.

  Hartwig Hirschfeld (1854-1934), seorang Yahudi Jerman kelahiran Russia, juga memfokuskan betapa pentingnya melacak kosa kata asing (Fremdworter) Al-Qur’an. Hirschfeld, yang telah mendapat gelaran doktor ketika berusia 24 tahun juga telah menulis sebuah penulisan dengan judul Judische Elemente im Koran. Ein Beitrag zur Koranforschung, Berlin 1878 (Elemen-elemen Yahudi dalam Al-Qur’an. Sebuah Sumbangan untuk Penelitian Al-Qur’an). Setelah lapan tahun kemudian, Hirshfeld menulis Beitrage zur Erklarung des Koran, Leipzig 1886 (Sumbangan untuk Tafsir Al-Qur’an). Ia juga menulis New Researches into the Composition and Exegesis of the Qoran, London, 1901 (Penelitian-penelitian Baru dalam Penulisan dan Tafsir Al-Qur’an).

  Menurut Hirshfeld, Muhammad mampu membaca dan menu­lis. Dalam pandangan Hirshfeld, Muhammad mengetahui aksara Ibrani tatkala berkunjung ke Syiria. Selain itu, fakta menunjukkan Muhammad mampu menulis ketika di Madinah. Sukar dipercayai, tegas Hirshfeld, jika Muhammad tidak bisa menulis ketika ia berusia 50 tahun keatas. Selain itu, Hirshfeld berpendapat banyak kesilapan nama-nama dan kata-kata yang di­ungkapkan di dalam Al-Qur’an menunjukkan Muhammad silap membaca catatan-catatannya yang dibuat dengan tangan yang tidak memiliki skill dalam penulisan  (The disfigurement of many Biblical names and words mentioned in the Qur’an is due to misrea­dings in his own notes made with unskillful hand).
 
  Pernyataan Geiger, Horovitz dan Hirschfeld sudah awal-awal telah dipatahkan Al Qur’an itu sendiri. Allah SWT dalam surat Al Fushilat ayat 44 berfirman,  “Dan jika Kami jadikan Al Qur’an itu suatu bacaan dalam selain bahasa Arab tentulah mereka mengatakan: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?”.  Apakah (patut Al Qur’an) dalam bahasa asing, sedang (rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: “Al Qur’an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Qur’an itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) orang-orang yang dipanggil dari tempat yang jauh.”
 
  Ibnu Katsir dalam tafsirnya mengatakan bahwa Al Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab kerana ia  adalah bahasa yang paling mudah, jelas, dan luas maknanya lebih tepat serta sesuai untuk jiwa manusia. Oleh kerana itu, kitab yang paling mulia (yakni Al-Qur’an) diturunkan kepada Rasul yang paling mulia (iaitu Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam) dengan bahasa yang paling mulia (yaitu bahasa arab), melalui perantara malaikat yang paling mulia (iaitu malaikat Jibril), ditambah kitab ini pun diturunkan pada tempat yang paling mulia di atas muka bumi Allah ini (yakni tanah Arab), serta masa dan tarikh diturunkanya pun pada bulan yang paling mulia (iaitu Ramadhan), sehingga Al-Qur’an menjadi sebuah kitab dan rujukan sempurna dari segala sisi kehidupan.

  
Al-Quran Yang Menjadi Petunjuk Umat Manusia

  Abu Ubayd menjelaskan sekalipun asal usul kosakata Qur’an bersinggungan dengan bahasa Asing, tidak semestinya bahwa Al Qur’an itu berasal dari bahasa lain, kerana kosakata asing tersebut sudah diarabkan dan memiliki makna tersendiri. Allah, dalam konsep pra-Islam, berbeza dengan Allah dalam konteks agama Islam. “Ini disebabkan Islam membawa makna baru. Islam telah meluruskan, mengIslamkan ajaran yang salah dari jahiliyah, agama Yahudi dan Kristian,” tegas Prof Mohd Nor Wan Daud dalam bukunya The Educational Philosophy.

 
 Hal yang sama juga disuarakan oleh Syed Naquib Al Attas. Dalam bukunya, The Concept Education in Islam, pendekar Ilmu dari Melayu ini mengatakan bahwa Islamisasi yang dilakukan Rasulullah SAW dengan tanda turunnya wahyu menjadikan bahasa sebagai media yang sangat penting. Bahwa hal pertama yang dilakukan al-Qur’an adalah merombak struktur semantik konsep-konsep kunci dalam bahasa Arab Pra Islam dan memberinya makna baru seperti kata Allah, Haji, maupun nikah. Itulah yang membezakan Al Qur’an dengan kitab2 suci lain.

  Seperti juga yang dikatakan Sayyid Quthb  dalam bukunya yang berjudul Indahnya Al Qur’an Berkisah,
menjelaskan mengapa sebagai sebuah kitab suci, al-Qur’an dapat melumpuhkan bangsa Arab. Pakar sastra ini berkesimpulan rupanya al-Qur’an tidak saja kaya dengan susunan redaksinya, tapi juga mengikat beberapa ayat dengan unsur tasyri (penetapan hukum) yang dirasa adil, detail, dan amat tepat untuk digunakan dalam setiap zaman. Yang ini tidak akan mungkin mencuba diselaraskan dalam konteks bahasa Ibrani dengan menjadikan agama Yahudi sebagai induknya. Kesimpulannya, tuduhan dari Geiger, Horovitz dan Hirshfeld bahwa Al Qur’an menciplak kata-kata dalam Yahudi telah gugur dengan sendirinya.